Skip to main content

Kegilaan Terhadap Tudung Hoodie

Sejahteralah ke atas nkorang hoi....


sense of fashion aku agak lambat berkembang. orang lain dah lama dah apply sesuatu fesyen tu, aku baru je nak mula. selama ni, aku hanya suka pakai tudung bawal. sampai sekarang pun aku sebenarnya masih suka wajah aku di dalam tudung bawal. nampak lebih soft dan ada shape muka aku. padahal orang tengok sama je. hehe. cuma masalahnya tudung bawal ni, perlu digosok. part yang kena gosok tu, aku masih boleh kompromi. tapi bila dah lama-lama pakai tudung bawal, satu perkara tentang tudung bawal ni yang buat aku jadi surrender, ialah fabricnya yang jarang. hampir nak transparent. nampak bayang telinga cegeng dan tengkuk aku. yang itu dah tak boleh kompromi la. terpaksa berkorban walaupun suka.

maka, aku pun mula la berjinak-jinak pakai tudung express yang ada awning. memang senang memakai tudung jenis tu. takyah nak lipat 2 jadi 3 segi. main sarung je. kadang2 aku tak gosok pun. kalo rajin aku gosok le. huhu... buruk perangai. tapi tudung express ni aku tak la minat sangat. sebab takde style. [eh, sejak bila plak aku kisah pasal style2 ni. kata taknak bergaya kan? heheh...ini azam tahun baru la. kena berpakaian kemas sebab Nabi Muhammad suka. Allah pun suka akan kecantikan.].

dah boring dengan tudung express, aku cuba beli tudung hoodie, yang berjahit terus antara inner dengan hoodie tu. senang nak pakai. sarung je, pastu naikkan yang bahagian belakang tu ke atas kepala. terus nampak bergaya macam natalie portman. tetibe. macam hijabista gitewww... walaupun ko hanya berhijab je, tak bista pun. huhu.

aku minat betul tudung hoodie kat zaharah hoodie. tudung hoodie dia, sangat cantik. tapi ya hampon, mahal. aku ada beli satu, ternyata tudungnya labuh dan boleh menutup dado den. satu yang aku suka pasal tudung hoodie, walaupun kepala ko nampak bulat togel je sebab inner melekap kat kepala, tapi ko boleh cover dengan efek hoodie tu. 
[yaaaa.... hasil seni aku datang lagi... kalau picasso tengok lukisan aku ni, boleh menangis keinsafan kejap dia sebab rasa rendah diri.. ]. ini la konsep tudung hoodie. ko sarung je semua pastu nanti, yang part bintang tu ko angkat naik atas kepala.

santekkk kan adik ton.


Comments

  1. tudung hoodie memang mahal kak..tp ada satu tempat yg murah..tp kena beli lebih 5 helailah..hehe

    ReplyDelete
  2. hmmm..sy yg dok sini mmg ketinggalan dr segi tdung menudung salji nie..eh tudung jerr..hehe..masih lagi ngan tudung bidang 50-60 yg lipat sendiri tuh...lgpun sy taksuka tudung yg asalnya mcm indon tuh..skrang tak tahulah...dulu ms br terkenal kami panggil tudung ayam..tringat arwah anak sedara yg suka pakai tudung tuh...sedey lak...

    ReplyDelete
  3. Nak komen pun tak reti sebab tak paham sangat pasal hoodie-hoodie ni. Robin Hood tau lah...

    ReplyDelete
  4. tak pernah try lagi tundung jenis ni..

    ReplyDelete
  5. kita reti pakai bawal and shawl je...hehehe...tudung hoodie ni cantik tengok orang pakai, tapi I dont think they suit me. haha.
    yes, tudung bawal jarang. saya pakai inner neck. shawl yang jarang pun pakai inner neck. Tapi, untuk orang tak suka pakai inner neck memang kena cari yang material tak jarang la kan.

    ReplyDelete
  6. MJ tak pernah lagi ada tudung hoodie ni :)

    ReplyDelete
  7. BERMINAT UNTUK MENPELAJARINYA..SENG SAHAJA..ANDA POM BOLEH CUBA BUAT SENDIRI..

    ReplyDelete
  8. BERMINAT UNTUK MENPELAJARINYA..SENG SAHAJA..ANDA POM BOLEH CUBA BUAT SENDIRI..

    ReplyDelete
  9. BERMINAT UNTUK MENPELAJARINYA..SENG SAHAJA..ANDA POM BOLEH CUBA BUAT SENDIRI..

    ReplyDelete
  10. Hubby br belikn tudung ni..x tau cr nk pki..siap tny cik abg ag cmne nk pki..sllu gn bawal or selendang je..tq kak google2 jmp blog akak..dh leh practice lps ni.. :)

    ReplyDelete
  11. betul tu...skrg dah jarang sgt pakai tudung bawal..tudung hoodie xpernah try lagi sbb i suka shawl-type tudung..so, skrg i pakai tudung bokitta dari Lebanon..tudung shawl yang dah siap lilit (xpayah pening kepala nak belit macamana), xpayah pakai pin ada sekali matching inner...easy to wear..biasa i beli kat this website www.myvalorem.com ...telekung bertahta rhinestone..ni baru 1st time tgk telekung camtu..so, i pun belila 4 helai..untuk my mom, my sisters and i pun nak la jugak..hehee... sume tgh ada sale..banyak jugak discount.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...