Sejahteralah ke atas kamu...
Anak soleh aku yang taat kepada
Allah, pada Rasul, pada mama dan papanya tu sekarang dah berusia 10 bulan.
Waktu ni, bila aku recap balik video Luth masa dia berusia 3 bulan, boleh
menitis air mata aku. Apa bleh buat, dah memang aku drama queen. Itu anak baru
umur 10 bulan. Kalau Luth dah 10 tahun nanti aku tak bleh imagine drama apa plak
yang aku akan buat. Hahahah.
Setakat ini, Luth ini sangat
menyenangkan hati, sangat menghiburkan. Dia ada karektor tersendiri yang selalu
buat aku melting. In fact, semua parents
pun akan rasa anak dia unik dan paling comel, paling best. Itu memang naluri
yang Allah anugerahkan untuk setiap parents. So, jangan pelik le kalau aku
asyik nak puji anak aku je, macam le anak aku yang paling comel di alam
semesta. Aku rasa aku baru je lagi review perkembangan Luth 9 bulan. Sekarang
dah nak review umur 10 bulan plak. Tadah le mata korang untuk baca ye.
Fizikal
Aku lupa nak sukat panjang Luth
semalam. Last aku ukur, panjang dia 74cm yang aku pasti berat dia 8.6kg. Dia ni nampak je halus, tapi badan dia padat,
berat. Ramai orang yang dukung dia akan kata gitu. Rambut masih lagi tak berapa lebat kat belah
belakang. Tapi improve berbanding rambut ‘antu kak limah’ dia 3 bulan lepas.
Masa umur dia 7 hari dulu, papa dia cukur rambut belakang dia tak habis. Jadi,
rambut dari syurga masa dia baru lahir dulu ada lagi. Aku suka cium rambut
baldu dia tu. Sebab masih bau wangi macam baru lahir. Rambut lain dah 2 kali
dah potong, berganti dgn rambut keras mcm berus sabut dah sekarang.
Gigi.
Dia ni aku tak tau le apa masalah
dia, gigi masih belum tumbuh. Kot, dia kurang makan. Aku tengok dia ni, dah
lama start gatal gusi. Aku dah beli teething toys kat dia sejak umur dia 4
bulan lagi. Tapi sampai ke sekarang batang hidung gigi pun tak muncul lagi.
Kot-kot ini kesan buruk sebab dia selalu jadikan ibu jari kaki aku sebagai
teething toy dia kot. Adakah ibu jari kaki aku membantutkan pertumbuhan gigi
Luth? Ini misteri yang tidak dapat dijawab.
Aktiviti
seluar sampai senget-senget ke diri. |
kalau buat muka gini, mama tak jadi sokmo nak buat2 marah muka serius. |
Perkembangan dia sekarang, dah
pandai berdiri dan meniti hari.
Pantang ada peluang, berdiri saje dah sekarang. Asal boleh capai, dia
main capai je untuk berdiri. Bulu kaki papa pun dia sempat capai untuk berdiri.
Tangan kecik je kuis bulu kaki papa. Haiyooo ini budak. Ko bayangkan, muka
beriya nak berdiri tu, dengan lidah terjelir sikit je kat hujung. Memang muka
menakal. Dia pun dah mula boleh menapak sikit-sikit tapi berpegang la. Tak
sia-sia aku sewa Play Wall Fisher Price ni. Ini yang dia paling enjoy
nampaknya. Dulu yang Rain Forest Jumperoo dengan BounceBounce Baby dulu dia tak
berapa suka sangat. Selalu je nangis kalo aku letak dalam tu. Dia dah mula pandai bizi main dengan fridge
magnet. Fridge magnet mana yang aku rasa sesuai tu, aku pindahkan dari atas ke
bawah untuk memudahkan Luth capai. Jadi, aku dah dapat cara untuk buat dia bz
tanpa mengganggu aku buat kerja dalam masa yang sama aku nampak dia main dengan
selamatnya.
Pertuturan
Masih lagi bertutur dalam bahasa
Tibet bercampur bahasa Uruguay. Paling kerap dia akan sebut tetetete. Sama jugak macam bulan lepas, perkataan yang
dia boleh sebut hanya mama, papa dan air. Standard kot permulaan pertuturan
bayi macam tu.
Kefahaman
Aku tengok dia dah makin faham
apa aku cakap. Bila aku sebut, jom baca buku, terus mata dia pandang pada soft
book dia yang aku letak kat rak sebelah TV. Dia ada satu plushie toy Poko Chan
yang dapat percuma bila beli Mami Poko. Aku selalu tanya dia, where is poko
chan, then dia mesti akan cari melilau pastu bila jumpa poko chan, dia akan tenung
poko chan tu lama. Kadang-kadang dia siap pergi amik poko chan tu bagi kat
aku. Terharu sangat aku rasa. Kalau dia
main benda-benda yang bukan mainan dia seperti henfon atau remote, aku akan
kata, ‘Luth, bagi mama tu, mama nak’. Dia akan lepaskan tanpa menangis. Tu kira
dah baik la kot. Tapi biasanya aku bagi
je dia main remote. Sebab aku tau dia akan main kejap je. Gile boring permainan
remote tu kot. Hahaha. Kalau aku suruh duduk, dia boleh duduk. Kalau aku kat
dapur, dia datang pastu dia nangis nak dukung, aku akan ajak dia pegi ruang
tamu tapi aku tak ambil dia. Aku ajak dia datang kat aku. Aku agak kejam, tapi
aku memang suka dan terharu bila tengok dia datang kepada aku dengan penuh
bersungguh-sungguh. Aku hanya tunggu dan hulurkan tangan tanda aku nak dukung
dia. Biarlah dia berusaha skit. Lagipun aku bajet macam berlakon iklan susu
formula plak bila buat aksi gitu. Kehkeh.
Panjang
Panjangnya entry ni. Aku harap
korang sudi la baca pasal hal ehwal anak aku yang lebih kurang sama je dengan
anak2 lain. Perkembangan anak-anak memang macam ni, tak de beza jauh betul tak.
Tapi kasi can la kat aku yang excited nak bergossip pasal anak sendiri ni.
Baik, meh sambung lagi. Haihhh ada lagi rupanya. Apa, korang ingat dah habis ke?
hahah.
Karektor
Kan aku ada kata yang karektor
dia ni selalu buat aku melting. Kadang2 aku ketawa bila tengok perangai dia ni.
Memang mengarut macam papa dia. Hahahah. Selambe aku petik nama papa pulak.
Padahal mama pun sama je merepeknya. Luth ni, bila dia mengantuk, kalau ko agah
dia, dia akan ketawa melampau sampai hilang suara, memang over sangat. Suara
Eric Tsang dia pun muncul.
Biasanya bila aku nak susukan
dia, aku akan baca doa makan kuat-kuat bagi dia dengar. [takde la kuat sampai
menjerit tu, Cuma kuat untuk dia dengar je la.]. Dia ni kalau dia nak susu pun
dia boleh lagi bersabar. Aku biasanya tahu dia lapar sebab aku rasa susu aku
dah banyak. Time tu, bila aku tanya dia, ‘Luth nak susu?’, dia akan terus
ketawa. Maksudnya betul la tu. Sama jugak kalau dia dah lama sangat tahan
lapar, dia akan merengek, bila aku mula letak dia baring kat tilam, pastu aku
mula baca doa, dia dah ketawa dulu. Dia dah faham dah habuan dia akan sampai
sekejap lagi.
Sekarang ni, dia dah pandai
menangis nak ikut papa. Dulu sentiasa sedih kalau mama takde. Pastu sensitive
dengan perkataan bye. Kalau org say goodbye dia mula la nangis. Over sungguh.
Dengan orang dia nak je dukung.
Tak kira le sape. Mungkin kat umah nenek dah biasa ramai orang.
sesuka hati je dia ni dok melepek kat bahu orang. |
Pakaian
Aku suka pakaikan Luth dengan
baju baby yang berwarna putih sejak dia lahir lagi. Walaupun peringkat ni dia
kuat merayap dan akan kotorkan baju dia, pastu airliur asyik selebet je yang
akan kena baju dan membuatkan baju bertahik lalatun, aku tetap suka dia pakai baju
putih. Sebab bagi aku, baby sangat comel dan nampak suci bila pakai baju putih.
Nanti dia dah besar, baru aku akan pakaikan baju yang color terang2.
insyaAllah. Ada satu seluar panjang yang aku baru je pakaikan 2 kali kat dia,
hilang. Then sepasang baju tolly joy long sleeves warna putih yg ala-ala kpop
pun hilang. Tak tau mana pergi. Aku dah la sayang kat 2-2 baju tu. Huhu...
kalau ikutkan nafsu aku, nak je aku pegi beli lagi sekali baju dan seluar tu.
Tapi, tak baik pulak. Dah hilang tu maknanya setakat tu je la Allah bagi kami
pinjam baju tu.
Kalau diikutkan, banyak lagi aku
nak cerita. Tapi aku nak taip pun bosan, inikan pulak korang yang baca. Jangan
salahkan shaye kalau mata uols berpinar. Itu je la kisahnya.
semuanyer tntg luth yer... moga dier terus membesar dgn sihat yer !
ReplyDeleteDah lepas ni kalau saya tengok iklan, dok terbayang Lyd tgh angkat tangan tunggu Luth dtg...hahahaa
ReplyDeleteAssalamualaikum..Singgah dari GA yg sama.Jemput singgah ke blog :)
ReplyDeletehttps://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra
Hmm dah10 bulan baka menantukunie..heheh..dok ingat dlm 8 bln gitu..bagus btullah taktik mama yg suruh luth berusaha dtg kepadanya tuh...tp mmg betu bila baby berusaha tergolek2 dtg dan baring sebelah kita mmg terasa hebatnya jadi ibu..itulah yg arissa selalu dok buat..goek2 dtg dok elah ketiak mak dier..hehe
ReplyDeletedh 10 bulan membesar dgn jayanya..org dulu2 kata kalo lmbt tumbuh gg cpt boleh berjalan nti..entah benar atau x
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteWow... Luth lagi tinggi dari fiyya... Berat pun luth menang... Hmmmmm baru 10 bln... Hmmmm fiyya kena kejar lagi ni... Skrg fiyya demam sure lagi turun beratnya... Tapi 8.5kg je.. Nak naik tangga soh abah dia je dukung. . Kalau mamanya leh tercungap2... Hehehehe
Sakinah jassni tadi komen tu actually dari jassnani.blogspot.com yer... Pinjam hp anak bw kawan2 ni...
ReplyDeleteSakinah jassni tadi komen tu actually dari jassnani.blogspot.com yer... Pinjam hp anak bw kawan2 ni...
ReplyDeleteLuth budak baik...normal la lyd mak bapak mmg akan puji ank sndiri. ..sy pn xtrkecuali...sbb tu la ksh syg mak ayah btl dgn mak ayah tiri xsama kan...br ku paham skrg ni...
ReplyDeleteBest bila tgk ank mmbesar dpn mata...kalau leh xnk brenggang dgn ank2 lgsung. ..
aah...
ReplyDeletebaru perasan yang semua gambar luth baju kaler putih...
tak kesah la, janji comel....
selamat pagi lyd.
ReplyDeletealhamdulillah. makin hari makin bertambah baik la. tak puji anak sendiri nak puji anak sape lagi kan. lagipon benda positif.
syok la kalau luth mudah mau dgn org. mesra alam giteww.
ciksu doakn smoga luth membesar sbgai anak yang taat kpada Allah, Rasul & ibubapa
aamiin
semangat shayer baca sampai habis, suka tau perkembangan Luth ni, mmg melting ok, kami yg baca pun boleh feel. Budak2 elok dipakaikan baju putih pun, at least kotor semua tu kita nampak, and boleh cuci bersungguh2 nnt, and senang sekaliharung jer basuh ngan air panas semue muehehe.
ReplyDelete