Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Something Missing

Sejahteralah ke atasmu. Tahun ni first time aku berpuasa tanpa mak. Huhuhu.... Aku dah takde emakkk... Ada banyak perkara yang aku rindu pasal arwah mak. Aku cuba mengarang ayat yang terbaik untuk menggambarkan perasaan rindu tu. Rindu masakan mak dah tentu. Arwah mak aku takde signature dish. Takde la nak kata, "fuhhh... asam pedas mak aku buat memang terbaik di seluruh pelusuk cakerawala".. Memang bukan macam tu la. Bagi aku semua masakan mak aku sedap. Jadi aku tak reti nak pilih masakan mana yang paling aku rindu tu. Mungkin sentuhan air tangan dia tu yang paling aku rindu kot. Ntah la.  Tapi, bila bulan puasa..... ada banyak jugak makanan yang mengingatkan aku kepada arwah mak aku. Sebab biasanya aku akan suka juadah yang dia suka, yang orang lain biasanya tak suka. Contohnya buah kabung. Curi gambar dari sini Dan kuih nekbat Gambar dikelepet dari sini . Kuih nekbat ni bagi sesape yg tak tau, dia macam bahulu tapi tawar. Pastu masak dgn air gula letak...

Cerita Ramadhon

Sejahteralah ke atas engkau, engkau dan engkau.... Tahun ni aku rasa bulan ramadhan aku lalui dengan lebih bermakna. Sebab aku ada Luth. Pastu setiap hari aku masak. *Tahun lepas aku tak masak sebab aku alahan.*Tahun ni, paling koman pun mesti masak satu lauk pastu tak beli pun kat param pam pam, walau seulas buah melaka sekalipun. Biasanya memang tiap-tiap hari la koman. Sebab tiap2 hari pon masak satu lauk je. Muehehe. Awal2 dulu ada jugak buat kuih sendiri. Kuih keria wa cakap lu! Hey, dengar sini orang-orang PJ. Mama Luth ini membuat kuih keria sendiri di bulan ramadhon. *sumbat telinga dengan plasticine*.Tetiba nak riak. Padahal orang lain siap buat 4 jenis lauk dengan 10 jenis kuih tak keccccoh pon. Ada sekali tu, aku cekonon bajet caucasian nak masak western. Hari tu hari Sabtu. Aku cuti. Husband aku balik awal dari ofis. Mula-mula daripada pagi plan nak masak ayam masak merah je. Sebab senang dan semuapun sukakannya. Termasuk Luth. Luth menyukai susu berperisa ayam mas...

Yey! Luth Dah Makan Biskut

Sejahteralah ke atas kamu... Luth dah 4 bulan. Isnin lepas masa ambik Luth dari rumah nenet, nenet kata Luth menangis je ari tu. Katanya pusat Luth merah. Aku tau tu. Kulit sekeliling pusat Luth memang merah skit. Macam melepuh sebab minyak angin dia. Insap kejap haku. Lepas tu dah tak letak dah minyak angin dalam pusat. Letak mintak afiat je.  Sebelum aku dengan papa Luth balik tu, nenet cakap... "tadi dia nangis sangat, nenet bagi dia makan biskut". Gulp. Telan air liur sebesar manggis. Dalam hati aku, "Biskut???!!". Bertukar pucat 2 saat muka aku. "Biskut baby la, bukan biskut orang dewasa". But still dalam hati aku, "biskuttt???. Luth baru 4 bulan la nenet. Haiyaaa... ini nenet aaaa bikin kacau la".  Nenet kata Luth nampak lapar. So, dia bagi la biskut. Sebelah je. Yang dah campur air punya. Ye... Aku tau la biskut ala-ala Farley's Rusk mcm tu. Tapi ntah la. Buntu seketika otak aku. Patut la susu Luth selalu tak habis. Bagi 4...

Pengasuh Luth

Sejahteralah ke atas kamu... Nenet Pengasuh Luth adalah isteri pak imam kat surau flat aku. Beliau nampak seperti seorang yang baik, berusia akhir 50-an. Selain Luth, beliau turut menjaga lagi 8-9 orang budak lain yang berusia dalam lingkungan 5 tahun ke bawah. Kalau ikutkan aku kaget gak nak tinggalkan Luth kat dia. Ramai sangat. Baby pun ramai dalam 5 orang tapi Luth yang paling kecik sesuci embun pagi.[eii... cekomeinyaa... rindunya]. Pengasuh ni dipanggil Nenek oleh anak2 jagaan dia. Dia ada 2 orang pembantu. So, kira kurang la skit kaget aku tu. Menangis La Sampai Kerang Oleh sebab aku tak buat stok susu dan akan hantar susu fresh kat Luth waktu rehat tengahari, aku kerap la masuk rumah nenet, tengok budak2 yang dia jaga tu. Memang agak huru hara dan tak menang tangan gak sebenarnya. Selalu gak time aku datang tu ada budak-budak yang nangis unattended sebab nenet dan pembantu tengah attend budak lain. Tapi aku rasa tu normal je kot. Kalo kat umah pun aku selalu je b...

Jejakku Dapat Dihidu

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ada sorang kawan, nama dia Rina. Dia kawan seasrama aku masa aku form 1, kawan semerepek buat kerepek merangkap kawan gedik-gedik minat abang senior. Kami tak sama kelas. Aku kelas 1 Jingga, dia kelas 1 Kuning sama kelas dengan suami aku. Tapi aku kawan dengan dia, aku tak kawan dengan suami aku pun masa tu. Bila masuk form 2, dia tukar skolah. Dia balik gi skolah kat kampung. Aku tak sempat nak bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi yang mulia ini pun dengan dia sebelum dia tukar sekolah. Aku pun tak pasti ngape dia tukar skolah, tapi aku suspect dia tak tahan dok asrama. Mungkin dia alergi sabun bila kena basuh baju sendiri guna tangan. Kot. Itu hanyalah spekulasi aku.  Dah 20 tahun tak jumpa[nampak benor aku ni mmg dah tua huuuu], aku pun tak tau apa jadi dengan dia. Baru-baru ni aku dapat friend request kat facebook. Dia tak guna nama sebenar tapi naluriku berkata, 'yaaa.... dialah orang yang ku cari-cari' *ceh poyo*, so aku ac...

Cara Nak Tambah Channel/Pakej Astro

Sejahteralah ke atas kamu... Channel Astro kat umah aku, aku ambil pakej murah je. Selain yang basic, aku ambil Entertainment [suka sangat berhibur ni, hamba seni acekonon], dan Learning. Kalau time aku nak buat kerja, nak tinggalkan Luth biar dia tengok TV sesorang, channel yang sesuai hanya Learning. Learning ni semua channel dokumentari: NatGeo, Discovery, History dan Animal Planet. Rancangan-rancangannya okay, selamat untuk tontonan kanak-kanak tapi yang tak bestnya bila time iklan, terus keluar iklan yang kadang2 tak senonoh ciung-ciung mulut [sbb promo channel lain]. Memang la Luth tu kecik lagi. Tapi aku tak pernah under estimate tahap perkembangan otak seorang bayi. Apa yang dia tengok dan apa yang dia dengar akan diserap sepenuhnya oleh otak dia. Aku rasa takleh jadi ni. Nak pasang katun kat Ceria atau TVIQ, kadang2 ada jugak dalam citer katun tu adegan bergaduh-gaduh sesama makhluk katun. Aku tanak Luth tengok pergaduhan sebegitu. [Haaa.. tengok aku dah over-protecti...

Molekul Air Dan Molekul Susu

Sejahteralah ke atas kamu... Aku ingat lagi, dulu ada sorang negarawan yang femes kat Malaysia ni pernah kondem agamawan Islam pasal air jampi. Negarawan ni sangat tak setuju dengan rawatan menggunakan air yang 'dijampi' oleh ustaz-ustaz yang mengamalkan perawatan alternatif. Kalo kita fikir pun... Yelah.. Air, apa je yang air dapat buat untuk sembuhkan barah otak. Air hanyalah air kan? Rasanya ramai yang dah tau kot, ada sorang doktor kat Jepun yang mengkaji tentang molekul air. Nama doktor ni Dr Masaru Emoto . Hasil kajian dia, menunjukkan molekul air akan berubah mengikut keadaan sekeliling. Kalau molekul air tu didedahkan dengan perkataan positif, maka molekul air tu akan jadi cantik. Manakala jika didedahkan dengan perkataan negatif, molekul air pun akan berubah jadi hodoh. Sama juga dengan music. Kalo kita dedahkan air tu dengan lagu-lagu yang indah, molekul air akan jadi cantik dan sebaliknya. Sedangkan perkataan dan muzik yang baik pun boleh mencantikkan molekul ...

Penatkah Dia?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku boleh mengaku yang sekarang fikiran aku dah banyak positif daripada negatif. Apa-apa benda yang terjadi pun, tak kira buruk cemana pun, aku tetap akan cuba memikirkan daripada sudut yang paling positif yang boleh. Biasanya aku berjaya. Cuma sekali sekala yang tak berjaya tu kadang-kadang keluar fikiran negatif yang biasanya memang tak bertempat. Huhu. Minggu lepas Mat Azghul outstation. Tak lama, semalaman je. Aku ni sebenarnya memang tak berapa gembira kalau dia tak ada. Tapi aku redha je kalau dia otstesen. Bagi la sokongan moral jugak walaupun dalam hati memang berat hati [mengada-ngada lebih]. Masa dia takde, aku pulun tengok TV je. Pfffttt... Ada channel baru kat Astro. Channel Lifetime 709. Ada satu siri My Life Is A Lifetime Movie. Kisah benar. Interview dengan orang sebenar yang lalui kisah benar tu. Episod yang aku tengok, kisah pasal sorang lelaki ni dia ada family; isteri yang sedang pregnant dan 2 orang anak sorang laki sorang p...

Aksi Luth

Sejahteralah ke atas kamu... Aku memang takde idea nak update blog. Jadik aku letak gambar Luth je la. Harap2 korang terhibur jugaklah tengok gambar anak aku ni. Duduk le situ sorang sambil tengok mama makan. Biasanya kalo aku lapar, aku tinggal je depan tv tengok channel BBTV, aku makan tapi dekat2 dgn dia la. Sama le kalo aku nak mandi atau nak solat. Tersenyum gemuk. Ramai orang kata muka dia sebijik muka aku. Aku pun rasa ada kebenarannya. Kadang2 aku tengok mcm muka arwah mak aku pun ada. Enough mama, enough! Don't take my pic anymore. *muka aku kalo aku nangis cenggini le.*. Luth ni jarang sangat menangis. Kalo dia lapar pun dia nangis macam berlakon je. Dia hanya betul2 nangis kalau dia mengigau. Nangis sampai tersedu-sedan dan sampai tak dengar suara hanya mulut je nganga [kerang]. Mama Junior. Kalau naik keta, dia ada motion sickness. Hehehe... Mabuk kenderaan. Kalo aku susukan dia dalam keta, mesti dia muntah habis smeua susu keluar. Kalo mulut ce...