Skip to main content

Cerita Ramadhon

Sejahteralah ke atas engkau, engkau dan engkau....


Tahun ni aku rasa bulan ramadhan aku lalui dengan lebih bermakna. Sebab aku ada Luth. Pastu setiap hari aku masak. *Tahun lepas aku tak masak sebab aku alahan.*Tahun ni, paling koman pun mesti masak satu lauk pastu tak beli pun kat param pam pam, walau seulas buah melaka sekalipun. Biasanya memang tiap-tiap hari la koman. Sebab tiap2 hari pon masak satu lauk je. Muehehe. Awal2 dulu ada jugak buat kuih sendiri. Kuih keria wa cakap lu! Hey, dengar sini orang-orang PJ. Mama Luth ini membuat kuih keria sendiri di bulan ramadhon. *sumbat telinga dengan plasticine*.Tetiba nak riak. Padahal orang lain siap buat 4 jenis lauk dengan 10 jenis kuih tak keccccoh pon.

Ada sekali tu, aku cekonon bajet caucasian nak masak western. Hari tu hari Sabtu. Aku cuti. Husband aku balik awal dari ofis. Mula-mula daripada pagi plan nak masak ayam masak merah je. Sebab senang dan semuapun sukakannya. Termasuk Luth. Luth menyukai susu berperisa ayam masak merah. Ok. Merepek. Get back to the track. Tetiba dah petang masuk kul 5 baru aku terasa nak makan steak. Ni la dia bahananya kalau sebelum puasa dulu teringin nak makan steak kat Laman Grill pastu tak sempat sebab bz [bz ke mende la nko tu Jescissa? *oleh sebab ni citer nak masak western kena la tukar nama jadi Jescissa. Kalo tidak kak bedah.].

Daging batang pinang dah ada dalam fridge. Pukul 6 ptg baru aku nak start masak.  Aku ni seumur idop aku, tak penah beli daging batang pinang. So, aku tak tau pun kat dalam tu bentuk dia tak sekata sebab aku beli hok frozen punya dan packaging dia lebih kurang macam ini.


Aku ingatkan dagingnya seperti ini;

 Yang akan mendapatkan hasil seperti ini;

Aku memang teringin nak makan steak gemuk macam ni. Potongan yang cantik dan bersegi. Tapi ternyata  ramalanku salah belaka. Daging tu hanya macam ni. Macam steak yang biasa-biasa kita makan kat kedai western melayu kat Malaysia ni. Dagingnya kadang2 liat, kadang2 lembut. Ikut nasib la kan.

Bentuk kerepot-kerepot je pastu nipis.























Dah la tak penah buat steak. Pastu ko expect nak buat semua termasuk gravy dan side dishes dalam masa sejam lebih? Bodo je kan. Ari cuti pastu start masak kul 6. Memang bermimpi di siang bolong je la ko. Steak yang aku buat tu dah la bentuk tak sama tebal. So korang pon boleh teka la yang ada part jadi rare, ada part yang medium-rare, medium well-done dan ada juga part yang well-done. Memang unwell done betul la ko ni Lydi. Last-last petang tu aku lapar, aku sambung buka puasa aku makan biskut Hup Seng cap Ping Pong cicah air koko panas je. Huhu. Sedih betul kisah bulan ramadhan aku kali ni. Suami aku punye okay sikit daripada aku punyer. Sebab sebelum aku plating [bajet macam masterchef plak], aku dah pilih yang nampak lebih baik utk suami aku. Biarla yang rupa buruk aku makan. Tapi memang aku gagal la memasak steak utk kali pertama. Terasa aku memang loser giler. Si loser yang gile. Memancing dalam longkang kering. Haiyaaa.... Takpe.... Kegagalan itu membuatkan aku rasa aku tidak ditakdirkan utk masak steak sendiri. Maknanya aku kena pegi restoren je. hahahaha. 

Penyudahnya.... Daging yang mentah tu, aku basuh, aku simpan balik dalam fridge, belum plan lagi nak buat apa dengannya. Mungkin buat masak kicap je la nanti atau pun daging dendeng. Itu je yang aku reti buat dgn daging. Sian kat laki aku, sahur pagi Ahad tu makan megi je. Hahah.

Comments

  1. hehe.. at least anda telah mencuba! :-)

    ReplyDelete
  2. Mcm biasa...saya rasa lawak campur kesian campur salute.
    Apapun, lyd ni kategori gigih memcuba. Saya kategori nak yg senang je. Ada pulak suami yg menggalakkan..masak yg sng2 je. Yg susah kita beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun biasanya gitu gak ujie. Nak yang senang je. Tapi ntah cemana ari tu termengada konon2 nak buat sendiri. Maka rasakanla.

      Delete
  3. at least awak mencuba lyd hehehehehe

    ReplyDelete
  4. sedap steak ni kan...daging batang pinang saya pun tak pernah tengok jesicca ooi...tau sebut jer...kalau rajin daging tu buat rendang je lah kak bedah,tekak Melayu mesti sedap kan...hehehehe...tapi dah cuba lebih baik dari tak mencuba langsung kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah ummi arissa. Saya mmg suka steak. Lebih2 lagi yg gravy dia banjir. Dah mcm makan sup daging plok.

      Delete
  5. assalamualaikum lyd...lain kali boleh cuba lagikan...:)

    ReplyDelete
  6. gelak-gelak baca Luth suka susu berperisa ayam masak merah tu..haha. ok part steak ni cubaan pertama biasalah...nak2 mula masak pukul 6 kan. sila coba lagi ya mana tahu menjadi pula dilain cobaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... Lain kali kena mula kul 6 pagi. baru jadi. Kalo jumpa daging yg cantik mcm dlm gmbr tu mungkin akan cuba lagi. kalo tak, kim salam je la.

      Delete
  7. Ramadhan kali ni aku lak x masak...sekali pn x pnh masak lg huhuhu!! buka+sahur beli je kat param...xde keinginan nak masak pasal rasanye aku x leh bau masakan...pegi param pn terpaksa tahan nafas & bernafas ikut mulut..bulan posa ni pn br 3 kali je makan nasik tu pn pasal berbuka kat rmh kakak & mentua...errr...comment ni dah jadi kisah ramadhan aku la plak kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe..takpe. Silalah kongsi kisah ko, aku suka. Kalo boleh makan nasik lagi tu kira okay la. Sekurangnya ko boleh jugak pegi param wp takleh bau.

      Delete
  8. errr...jap...gemok tui steak tu...mcm teringin lak nak g carik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Sebab tu aku terliur. Kalah org mengandung ni. Jom la gi Laman Grill nak? Ahad ni aku nak gi kat Shah Alam.

      Delete
    2. steak kat Laman Grill tu best ke? aku teringin tp xtau blh mkn ke idak..last week azli dpt voucher buffet kt hotel istana tp aku maleh nak g coz bkn aku blh melantak mcm dl2(tau kan melantak aku camne klu mengadap buffet ni hehehe) pegi jauh2 tp x dpt menikmati makanan buat letih badan jek...

      Delete
  9. bersahur megi?
    sungguh nostalgik perkataan tu....

    ReplyDelete
  10. At least, ade usaha tu. Heheheh. Klu nak daging sdp, jgn beli hok frozen. Beli yg hok segar tu. Batang pinang pure, tak de jalur urat yg bikin liat. Kena pantau baik2 ms situ kang jual dok ptg daging tu utk awak. Klu nak dpt result tebal mcm dlm pic, potong kasi tebal sikit le. Baru best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak pegi pasar. Kat kedai pon ada hok prozen je. Beli je la mana yang ada. kalo buat sate sedap la jugak. Nnt boleh la cari kat pasar kalo rajin.

      Delete
  11. hehehe yg penting berani mencuba kan..

    ReplyDelete
  12. ye la. Bila dah tau ni taknak cuba dah rasanya.

    ReplyDelete
  13. mak aih daging batang pinang. Bukan setakat daging batang pinang.. daging batang idong pon jarang2 saya dapat makan.

    balik2 makan tetel. Mencik!

    ReplyDelete
  14. adoi!!naik kejang perut cikgu ni gelak sorg2 baca entry lyd ni..uhuhu..mmg lawak tapi salute gakla berjaya buat steak..klu cikgu buat stik(kayu) bolehla..hahaha..

    ReplyDelete
  15. hehe..lawak la lyd ni...xpe2..kita seangkatan...sy pun xpndai jgk wat steak gini..at least lyd ada usaha nk wat...2nd trial nnti mesti jadi punyer la..=)

    ReplyDelete
  16. tgk macam sedap je, suami mesti cakap sedap je nak jaga hati isteri kan..hehehe

    ReplyDelete
  17. Bersahur dgn megi...sunggiuh nostalgik, teringat masa student bujang2 dulu bila duit dah tinggal ciput bersahur dgn megi aje, ketika itu teringat masakan mak..

    ReplyDelete
  18. kalau husben sy dia akn ckp takpe. cube je la. dh ddk sendiri cuba la nk cuba apa pun. jadik tak jadik blkg cerita. jnji ikhlas. msk dgn iman.

    ReplyDelete
  19. peh kalau pekena stik yg gemok tentu lazat.

    ReplyDelete
  20. Practice make perfect lyd. At least ada kesungguhan nak membuat. Saya ni tak terbuat2 lagi.

    Kat bangi ni baru buka restoran Laman Grill. Nak try lah nnt ☺☺

    ReplyDelete
  21. hehhehehe.. rajin... walaupn xmenjadi sy nk ucapkan tahniah buat akak...hehehe

    ReplyDelete
  22. ok dah tu. pasni bole buat yg lagi terbaek.

    ReplyDelete
  23. Terus mencuba. (sat lintas langsung, si JJ ni duk mundar mandir pakai stoking kat tangan dah macam glove pengantin dengan tak berbajunya, I malas nak jerit kering tekak dah ni so I shout kat sini jer la ek. Ok dia tanggal seluar dia pulak dah, stoking still bersarung di tangan).

    Masak apa tadi? Steak yer... I pun masih gagal untuk dapat rasa idaman sebab I suka well done, tapi papa JJ suka medium. Katanya mereka yang pakar, letak sat atas kuali panas then only campak dalam oven, tahap ke-rare-an atau kemasakan dia kalau medium kerasnya macam our nose tip. hohoho

    ReplyDelete
  24. Takpe boleh cuba lagi :)

    Myra malm ni Iftar makan Beef steak.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...