Sejahteralah ke atas kamu...
Channel Astro kat umah aku, aku ambil pakej murah je. Selain yang basic, aku ambil Entertainment [suka sangat berhibur ni, hamba seni acekonon], dan Learning. Kalau time aku nak buat kerja, nak tinggalkan Luth biar dia tengok TV sesorang, channel yang sesuai hanya Learning. Learning ni semua channel dokumentari: NatGeo, Discovery, History dan Animal Planet. Rancangan-rancangannya okay, selamat untuk tontonan kanak-kanak tapi yang tak bestnya bila time iklan, terus keluar iklan yang kadang2 tak senonoh ciung-ciung mulut [sbb promo channel lain]. Memang la Luth tu kecik lagi. Tapi aku tak pernah under estimate tahap perkembangan otak seorang bayi. Apa yang dia tengok dan apa yang dia dengar akan diserap sepenuhnya oleh otak dia.
Aku rasa takleh jadi ni. Nak pasang katun kat Ceria atau TVIQ, kadang2 ada jugak dalam citer katun tu adegan bergaduh-gaduh sesama makhluk katun. Aku tanak Luth tengok pergaduhan sebegitu. [Haaa.. tengok aku dah over-protective lagi.]. Aku mula terfikir nak tambah channel Baby TV. Khas untuk baby je. Tapi rasa malas nak call careline Astro. Bosan hokey nak dengar robot tu bagi arahan "tekan 1 untuk bahasa Bajau, please press 2 for Manglish, bla..bla..bla..". Habis tu cemana nak tambah channel kalau malas nak call Astro?
Aku cuba browse semua channel yang ada, untuk cari information. Hebatkan aku. Aku boleh ada idea plak nak browse satu persatu channel untuk cari maklumat. Tah hapa-hapa pun ada. Tapi jangan pandang rendah tau dengan usaha aku. Aku jumpa channel 200. Astro Service Portal nama diberi.
Ni aku ada amik gambar interface Astro Service Portal tu.
Aku amik gambar screen TV. Kalau nak tambah channel, pilih UPGRADE/BUY PACKS |
Yang ada tanda titikntu [itu sebenarnya asterisk*] adalah channel yang sudah disubscribe. |
Bila korang dah select OK, nanti akan keluar screen ni. Ko ikut je step yang dia tunjuk tu... Nanti dalam masa tak sampai seminit channel tu korang dah boleh tengok. |
Jadi, begitulah caranya untuk tambah pakej atau channel di Astro tanpa perlu menelefon Astro Service centre. Senang sangat. Cuma, Portal ni takleh kurangkan channel. Nak tambah bleh, nak kurangkan takleh. Kena call jugak ye.
Hebat..hebat..!!
ReplyDeleteUmah ku takde astro..kikiki
Sebab takde sapa nak hadap tivi tersebut..hahaha
skrg nie kat umah pakai superpack 1...ingat nak tmbh jgk bbtv sbb qisya dh pandai tgk tv..tq utk info nie
ReplyDeleteHah.. tu la...
ReplyDeleteTambah boleh, nak kurangkan punyalah payahhh....
saya tak pasang astro, yg chanel biasa pun takde yg nengok.
ReplyDeletetapi kalau ada anak maybe kena pasang..yg sesuai mcm lyd kata tu. elok gak utk pembelajaran.
eh, ado ko option bahasa bajau segala tu..:D
Astro klau bab nak caj cust memang semua serba boleh.. tp part kita nk potong channel diorang takmau la bg keistimewaan camtu kang kita suka2 plak tambah or tolak kan :)
ReplyDeleteSy mmg langgan kartun utk aydin. Dah nampak keberkesanannya, kartun boleh improve bahasa inggeris. Mak sy mmg sengaja bia adik bongsu tgk kartun selalu. Tak perlu hantar tadika mahal semata nak anak fluent. Hahahah! Tgk kartun je, english die berabuk dr kami. Heheheh...
ReplyDeleteCkp2lah sy langgan pek yg satu tu. Tak moh tmbh g. Pokai woo! Heheheh!
hehehe... tambah boleh kurang x boleh ni yg leceh
ReplyDeletewaaahhh... tq lyd... mmg tengah berkira kira nak tambah... tapi tak reti... dan malas usaha nak reti... hehehhehe
ReplyDeletex larat nak tambah pakej dah. jenuh nak membayor nanti.
ReplyDeletemasa awal2 dulu xtau
ReplyDeleteastro la pandai sgt
x bgtau!
masa awal2 dulu xtau
ReplyDeleteastro la pandai sgt
x bgtau!
channel yg sedia ada ni pon dah tak tertengok.,
ReplyDeleteni kalo gatal² tambah carik penyakit namanya.,
hahahaha... :))
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKat umah tak der astro. Tgh berfikir2 nak pasang ker tak ☺☺
ReplyDeletetak pernah nak tambah channel, yang ada nie pun tak tertengokk..haha
ReplyDeletesaya pun tak nak lah tambah,kalau dapat kurangkan lagi bagus,channel yang sedia ada tak habis tengok...berebut-rebut lagi adalah...tu belum tambah lagi tu..
ReplyDeletecikgu pun dulu langgan babytv untuk razin tapi bila dia dah besaq cikgu stress dok tgk kartun yang sama berulang2 sampai lagu2 tu menyanyi2 dalam otak cikgu..huhu..last2 amik kartun network and the geng je bagi dia layan disney jr lagi senang..huhu
ReplyDeletesinggah jgk & nak wish selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !
ReplyDeletedl aku x ajar zharif tgk tv pn...cuma skrg ni utk menyenangkan aku wat keje so pasang upin ipin je bg zharif tgk...mmg dia x bergerak dari dpn tv...klu idak zharif dok ngekor je aku g mana
ReplyDeleteOwhh begitu, walau I takder kena mengena dengan astro dah, tapi I tetap baca satu2 untuk tambah ilmu katanya. Hahhahaa
ReplyDeleteU are right, never underestimate otak bayi, apa yang dorang nampak, dorang save terus dalam memori dan akan digunapakai soonest as they can. I used to be surprised by what Jelita knows.
Masa nk comfirm order tu.. Wajib ke sms ?
ReplyDeleteYe wajib.
DeleteMasa nk comfirm order tu.. Wajib ke sms ?
ReplyDeleteye wajib sms.
DeleteAstro ni xda pesaing, die pn bermaharajalela..
ReplyDeletebetul tu ... sbb dia takde pesaing, mmg monopoly.
DeleteDia kata kena tunggu 5 minet tunggu punya tunggu Tak jadi dia kata Aq Tak langgan lagi
ReplyDeleteoo jadi kira dah beli 1 channel kekal la
ReplyDeleteKalau berminat nak pasang Astro atau sebarang kemusykilan mengenai Astro boleh whatsapp 013-9790000 (Adha)
ReplyDeleteKenapa aku x blh....
ReplyDeleteIni dia send...RM0 You have sent to an invalid shortcode. Pls check with the shortcode service provider. Thank you.
Mcmne nk cek shortcode
kalau nak tambah channel macam 611 , 612 , 613 tu cane eh ,aku cri tk jumpa pun
ReplyDeletesaya punya dh laen la..jdi susah nak ikut step akak ni
ReplyDeleteAstro.... Astro...klu cuaca x ok ..xleh nonton...tp Astro x bagi diakaun
ReplyDeleteKlo dekoder jnis ultrabox nk tambah siaran kena ikut step yang sama juga ka?
ReplyDelete