Sejahteralah ke atas kamu... Okay... lepas dah banyak entry duniawi, sempena hari Jemaat ni saya nak tulis entry membebel plak. Cerita Malam Pertama Meh sini nak citer skit. Ada sorang professor ni. Dia ada anak murid yang ramai dan kebanyakan mereka telah tamat pengajian serta bekerja bagus dengan memegang jawatan yang best-best dalam organisasi masing2. Pada satu hari, professor ni nak buat majlis ala-ala gathering dengan anak2 murid dia. So, pada hari yang dijanjikan, ramai la murid-murid yang hadir ke rumah professor tu. Mereka berbual-bual dan bertanya khabar sesama mereka. So, tiba la masanya professor minta izin untuk masuk ke dapur bagi menyediakan minuman untuk murid-muridnya. Apabila professor tersebut keluar dari dapur, dia membawa sedulang air kopi yang telah siap diisikan ke dalam cawan-cawan yang berlainan rupa bentuk dan saiz. Ada yang bulat dan putih, ada yang baru, ada yang berwarna emas, ada yang panjang ada yang pendek dan ada juga yang kelihatan buruk wala...