Skip to main content

Cameron Highlands 2.0 : Review Yang Tak Macam Review Pon

Sejahteralah ke atas kamu....

Beruang Kutub
Hari pertama kami celik mata di Cameron Highlands, rasa seperti tidak picaya   bila spesis beruang kutub macam saya yang selalunya akan cepat panas kalau takde salji, boleh tidur siap berselimut tanpa bantuan aircond mahupun kipas. Suatu keanehan telah terjadi kepada diriku ini. Udara di Cameron Highlands walaupun bukanlah sejuk sampai tahap menggigil, tapi still nyaman dan berangin. Tak sama langsung macam KL. Kuantan pun. Malam pun panas. Pasang kipas 4 bijik pun masih lagi mengewap. Ada yang tak tahan sejuk kat Cameron siap pakai sweater tapi yang paling over, siap pakai scarf lagi kat leher. Memang feeling dok oversea dah tu. Ha okay la.. Dah-dah la mengumpat.


30 Kuntum Ros Tanda Cinta?
Mula-mula kami bersarapan kat Hotel. Lepas tu  kami pegi pasar tani Brinchang. Lokasinya hanya depan tapak pasar malam Brinchang. Tapi tak la se'happening' pasar malam. Sebab takde byk jual makanan. Makanan itukan pentim. Kalau ada jual makanan bleh la beli then makan  sambil tengok-tengok barang ye dok? Yang ada hanyalah sayur-sayuran. Produk2 bosan seperti jem stoberi, asam2[buah-buahan kering], serbuk teh, dan buah-buahan cam oren, stoberi. Tapi alang-alang dah pegi sana kan, beli la jugak beberapa signature Cameron Highlands. Nah, saya berikan gambar sekali dgn harganya....

Ini kaktus. Bukan kak Rus atau kak Tun. Siapa tak tau sila gantung diri di kipas ceiling. Harga yang ini RM10 = 3. Saiznya sebesar penumbuk wanita dewasa sama ada yang gojes atau tak gojes.

Yang ini juga kaktus. Saiznya lebih kecik daripada yang kat atas tu seperti saiz penumbuk bayi berusia setahun empat bulan. Harganya RM10 bleh dapat 7 ekor ketul biji  errrr apa penjodoh bilangan untuk pokok kaktus ek? Selamba je saya tak tau. Kaktus yang kecik ni biasanya berharga RM10 dalam 6 hingga 7 pokok.

Ye-ye je muka memilih kaktus. Gaya le macam rajin sangat nak berkebun. Main Farmville kat facebook pun kebun dah jadi hutan belantara dah lama tak tuai, harap-harap in real life saya lebih rajin berkebun... [puihhh... jangan harap..]. Memandangkan saya sendiri belum tahu prestasi perkebunan saya, jadi eloklah kita beli yang murah je ye. Ada 7 kaktus, 1 dah bagi kat Amaluddin pastu dia main lompat-lompat sambil pegang pokok kaktus. Habis berterabur pasir yang dalam pasu tu kat dalam umah. Haiihhh...


Ahah! Inilah yang selalu jadi idaman wanita. Bunga ros. Yang warna merah tu ada 6 kuntum. Bungkusan lain semuanya ada 8 kuntum. 4 bungkus tu teka berapa RM? Alahh.. takyah la teka. Lambat. Harganya hanya RM10. Murah giler kan? Terbeliak anak tekak. Selamat le bunga ni takleh dimakan. Kalo tak, saya dah beli 40 bungkus. Buat makan anak-beranak. Finally dapat jugak feeling seperti wanita cantik dihadiahkan bunga semasa berdating. Keh...kehkehkeh... Actually saya bukan jenis 'wanita dan bunga'. Bunga tidak relevant untuk diri saya. Tapi kalau dapat bunga sekali sekala, saya suka jugak. Next time kalau rasa nak dpt bunga banyak2, kena pegi Cameron Highlands lagi la nampaknya. Wink! Wink!
Beli madu asli. Ini harganya RM12. Mintak kurang pun hanya dapat kurang singgit. Kedekut tahik hidom masin!

Ini la buah-buahan kering. Tak la buah sangat pun. Yang warna hijau striking tu peria tau. Ada rasa pahit-pahit. Yang warna merah cam selebet je rupanya tu ialah stoberi kering. Tapi yang ni terlalu dry. Lagi best kalo dia ada moisture sikit. Kaler kuning tu nenas kering dan oren tu pisang kaki. [Apsal nama pisang tu pisang kaki?Adakah kerana pisang itu hanya sesuai untuk di'kaki'kan?]. Yang ini harganya 2 kotak RM10. Sekotak lagi ada buah mini tomato kering. Tak buka pun lagi. Elok je tengah bersemayam kat dalam fridge.

Ini jem stoberi versi masam dan nak hampir ke original sebab dia tak banyak gula. Harganya RM8.00. [250g]


Yang muka innesen ni plak jem manis. Yang besar tu mak dia, harganya RM7 [250g]. Dan anak dara dia yang kecik tu harganya RM2.50[tak perasan berapa gram]. Bezanya jem ini dengan jem Lady's Choice ialah jem ini Lyda's choice. Ok. Be serious plissss. Jem Cameron Highlands ni rasa dia sedap. Kalau korang selalu makan jem dan korang perasan, jem biasa, masa nak sapu tu dia ada nampak mcm jeli-jeli skit[macam tekture agar-agar]. Tapi yang ni pure punya jem, bila nak sapu kat roti pun dia tak la berketul sampai kita kena press guna sudu untuk ratakan kt roti. Yang ini masa nak sapu tu sangat smooth. *ikut kepala aku la. Kot-kot korang rasa tak best, terpulang la*.


Erm... lagi apa ye saya beli kat Pasar Tani Brinchang tu? Rasanya ini je la kot. Selain daripada stoberi celup cokolat. Celup! Celup! [nyanyi ikut lagi Nini cokolat celup].

Lepas pergi Pasar Tani Brinchang, saya balik hotel. Relax-relax sekejap. Lepas Zohor baru kiterang keluar semula. Pegi ladang teh. Kat Boh Tea Plantation. Boh Tea Plantation ni ada 2 kat Cameron Highlands. Satu letaknya di Tanah Rata. Satu lagi atas lagi dari Brinchang. Kalau tak silap namanya Sg Palas. Yang kat Sg Palas tu cantik skit sebab dia pakai kasut Pallas. [yey! lawak bodoh!]
Minah Nepal sedang memetik teh. Lepas je snap gambar ni terus je kena buang keja sebab tak produktif.


Saya bukannya minum sangat teh kat umah. Yang ni saje2 beli. Sepeket RM0.60. Ada macam-macam perisa. Yang ni je saya amik. Yang lain semua bagi orang.

On the way balik daripada Boh Tea Plantation, kami singgah di Bee Farm. Kat Bee Farm ni takde apa. Kebun stoberi pun macam hidup malu, pengsan juga yang mahu. Yang ni saya saje amik gambar  stoberi remaja ni. Kot-kot yang tak tau warna stoberi masa belum masak ialah hijau. Tipu je. Sebenarnya nak amik gmbr bunga stoberi tu. Nampak tak yg tengah2 bunga yg warna kuning tu, nanti bila besar, yg itu la akan jadi buah.

Tak caya tengok daun ni. Stoberinya dah habis dilahap oleh 2 ekor beruang kutub. So, tinggal daun ni dgn kesan bunga tu. Cool tak? Cool tak? [cakap cool cepat!!!]


Oleh sebab kami pegi Cameron Highlands selepas musim cuti skolah, so stoberi banyak yang dah habis dipetik oleh pengunjung-pengunjung sebelum tu. Tapi ada saya kesah? Saya tak heran pun nak petik2 stoberi ni. Malas aku. Sebab tujuan saya hanya nak makan stoberi. Sedangkan buah rambutan kat laman rumah kat kampung pun saya malas amat nak pegi petik, inikan plak stoberi. Tak rasa petik sendiri pun takpe. Huk alohhh. Mak jemah tak kisah.
Nyum.... Stoberi kalau nak yang manis, kena pilih yang warnanya merah yang nak hampir ke maroon tu. Merah gelap. Yang tu manis. Sebab tu orang kata kalau nak makan stoberi manis kena makan kat atas [Cameron Highlands]. Bukan sebab buah tu berlagak diva pandai2 bertukar rasa masa kat tempat sejuk atau kat tempat panas. Tapi sebab yang merah2 gelap macam ni, tak tahan untuk dibawak turun. Yang ni yg dah betul-betul masak ranum. Kalau bawak turun, nanti dia berair kang takleh makan plak. Tapi kalau setakat nak bawak turun ke KL tu rasanya sempat lagi kot. Syaratnya lepas je sampai terus kena sumbat semua dalam mulut. Barulah terjamin kemanisannya. Apa-apapun, manis stoberi ni takde la manis yang macam buah mangga atau buah ciku tu. Manis stoberi still ada masam-masam sikit cuma bezanya sama ada masam tu pekat atau masam tu rasa nipis je.


Okay... itu je kot untuk Cameron Highlands 2.0 ni. Saya yakin korang takkan larat nak baca kalau saya humban semua cerita dalam satu entry. Lepas ni sambungan yang terakhir Cameron Highlands 3.0. Tapi yang tu dah tak panjang sangat. Belajar rajin-rajin ye.

Comments

  1. tgk strawberi tu yg x leh tahan tu.. anta sini ckit hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh...cantik la gambar wanita nepal itu...hehe :)

    ReplyDelete
  3. betul tu. nk dpt bunga byk2 pergi la CH. mcm nora elena dgn seth tan tu. bukak bonet je tgk bunga. hehehe...

    ReplyDelete
  4. Sedapnye tgk strawberry tu....
    Tak pernah lagi sampai CH...

    ReplyDelete
  5. murah giler ros2 tu..geram..tapi saya tak beli. masa 1st time sampai dulu dah penah beli.

    kaktus..pun tak beli. kurang minat, tapi mmg geram tengok rupa & rege murah.

    *entri CH saya pulak tak byk gambo, sbb misi kali ni nak nikmati alam, kurangkan gambo.

    ReplyDelete
  6. pnh g skali je CH ni.. pastu x mau g dah.. jln dia buat sy fenin (wlpun bkn sy yg drive..ekeke)

    ReplyDelete
  7. sbb koi ni jenis karnivor..so takde lahap sgt sgt tgk stoberi tu..acu bagi ayam goren 1 bucket pun sapan...

    ReplyDelete
  8. Mrs R : Hahahah... cantik kan minah nepal tu. Hehehe.

    AnisAlya : Dapat sekali sekala best jugak kan? Kalau bunga nak beli kat bawah ni, mahal.

    Lily Qistina : Erm.. stoberi mmg la sgt sedap. Try la pegi. At least try sekali.

    UjieOthman : Haa, dah baca dah entry ladang muslim ujie. InsyaAllah nanti nak pegi jugak. Ari tu tak sempat nak makan eskem. Sbb bila cuaca sejuk tu takde feel nak makan eskem.

    kyo : ada jalan yang tak pening. Jalan Raub Sg Koyan.

    Nafisa81 : Hahaha.. Karnovor okay lagi. Saya ni Omnivor terus. Semua benda saya excited nak makan.

    FnF : Haa.. jangan tak tau. Lyda's Choice tu yg paling best dalam dunia. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Oh tidakkkkk...akak nak pi CH makan stoberi....lama x pi...

    ReplyDelete
  10. wahh bestnya...tada buah tangn untk saya ke?hehe

    ReplyDelete
  11. Suria Amanda : Jom pegi. Syok makan stoberi.

    Cik mimey : Alaaa... lambat sgt mintak. heheh. dah habish.

    ReplyDelete
  12. CH ni boleh la jadik tempat hanimun sementara nak ke obesi sebab cuacanya nyaman...especially pagi dan petang.

    ReplyDelete
  13. sronoknye...adik bradik kaktus tu mmg ganas belaka kannn..asyik nak berduri je..buah stroberi..mkn fresh so yummy

    ReplyDelete
  14. tak penah lgi sweety mkn stroberi fresh mcm ne..huhuhu..

    ReplyDelete
  15. salam;
    seronok dapat petik dan makan stroberi terus dari ladang..segar!!.

    ReplyDelete
  16. bila dah banyak kali g CH ni,macam boring je saya nak posing bergambar bagai...he he he..(Ayat riak ni)..tapi tengok awak posing ala minah Nepal..jeles tau..orang kita g CH lagak duk luar negara..bukan kat leher je,siap buh headphone stoberi kat telinga lagi tau...seronokkkan g CH...nanti boleh kita plan g sana sekali...ajak ramai2 blogger..sewa apartment...he he he...berangan dulu..

    ReplyDelete
  17. Aduhhh tak tahannya tengok buah stoberi tu, menggoda jiwa betul ;)


    p/s: dear, kamera tu MJ menang contest dari Denaihati-nak baca cerita pasal tu klik
    http://normj1001.blogspot.com/2012/04/kemenangan-terindah-menang-kamera-nikon.html

    ReplyDelete
  18. Takpun boleh baca entry ni macam mana peringkat yang dilalui untuk menang hadiah mahal ;D


    http://normj1001.blogspot.com/2012/05/hadiah-termahal-dalam-berblog-kamera.html

    ReplyDelete
  19. owhh.. btl ke harga ros tu?? kalo beli kat sini melanbung mahal kan..patutla masa seth tan & nora elena g CH beli sampai penuh bonet rose utk nora elana..rupanya murah je... huk..huk..suh fain beli gop la... hihi

    awk..suka sgt tgk pic tu..cun la..spontan ke tu??mmg cantik sgt.

    ReplyDelete
  20. Minah Nepal tu memang ada gaya dan bakat jadi pemetik teh. Tak cuba risik2 ke, kot ada yg nak jual sebahagian ladang tehnya, bolehlah Minah Nepal beli, nanti boleh jual teh cap Nepal...(Usik2 aje, jgn marah...)

    ReplyDelete
  21. wahhhhh!!! bestnyaaa.... mtk kaktus satu..kihkihkih



    posing maut gtu minah napel 2... btw comelll!!

    ReplyDelete
  22. akk klu gi CH..beli stoberi bnyk2..masak buat jem..

    ReplyDelete
  23. panjang sangat lyd..hahhaa..aku dh lama tak pegi cameron.cambest je...last aku pegi dulu beli pokok cili..sampai sekarang hidup lagi..hehe..

    ReplyDelete
  24. baru je g cameron 2minggu lepas.. siang tak sejuk pun tp malam kaki sampai krem, sejuk sgt.. balik rumah simpan strawberi dlm peti ais sampai terlupa.. busuk buang je.. teruk kan? ;( baby follow sini

    ReplyDelete
  25. O ho... Review yang sgt panjang Dan padat.
    :) tenkiu berkongsi cerita.

    ReplyDelete
  26. seronok laa pergi CH..layan bunga fresh tu yang tak leh tahan..

    ReplyDelete
  27. yang gambo tgh memetik teh tu mcm majalah la!heheh XD

    ReplyDelete
  28. pernah beli salah satu kaktus macam dalam gambar. letak kat ofis, tak pernah bubuh air atau baja, tapi makin lama makin tinggi pulak jambulnya. ada jin kot...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca