Skip to main content

It's A Wowwee : Hotel Grand Lexis, Port Dickson

Sejahteralah ke atas kamu.......

Citer banyak pun tak guna. Korang tengok je la gambar ni.

Ini bilik yang saya dapat. H122 ni Garden Villa. Nampak macam rumah teres je.

Ini bilik peserta kursus yang lain. Berjiran la kita ye.

Ini horsemate housemate saya. Cubaan membuka pintu yg gagal pada mulanya. Kad tu kami dok cari lubang slot untuk masukkan kad, tapi tak jumpa lubangnya. Last-last baru tau rupanya swipe je mcm kat ofis. Kehkeh. Memang sakai.

Ini gambaran di dalam bilik. Ada 1 katil King dan 1 katil Kong. Maka ada katil King Kong.

Ini meja serbaguna. Sungguh tak 5s meja ini. Kalau termasuk skali dalam evaluation 5s, meja ini mungkin mendapat tempat yang kedua tercorot. [Yang paling corot sudah tentu Division ICT. Hahah]

Cermin kat sinki tu sebenarnya juga adalah tingkap yang boleh nampak keluar swimming pool. Takde plak gmbar tingkap tu terbuka, sbb masa saya amik gmbr ni saya belum dpt discover lagi yang cermin tu adalah tingkap. Ish..ish.. sekali lagi kesakaian melanda diri.

Ini sinki. Nampak tray seblah sinki tu? Keperluan harian sangat complete. Hampir nak perfect.  Syampu, conditioner, sabun tu biasa je. Lotion pun masih lagi biasa. Ada cotton buds dgn shower cap pun still standard. Berus gigi dan ubat gigi dah extra, hotel 5 bintang je biasa ada berus gigi so takde apa sangat. Ada juga mending kit[sewing kit]. Pastu ada shaver kit, ada comb, ada emery board[yg manicure utk tumpulkan hujung kuku bergerigi lepas potong guna nail clipper] dan juga ada dish washer. Hahaha. Yang dish washer ni je yang paling tak pernah saya jumpa diberi percuma kat mana2 hotel. Kalau mereka bagi mouth wash, dental floss, facial cleanser dan deodorant baru la bleh bagi perfect.

Ini mending kit itu. Mcm best sebab jarum dia nampak cam kuat je. Saya terus je kelepet nak bawak balik. Senang la lepas ni nak jahit felt craft. Oyeah..oyeah...
Ini shower room. Selesa. Again, kalau pegi honeymoon pun bleh main tom tom bak kat dalam ni. [angkat kening]



Bathroom scale pun ada yu olls....Electronic lagi.  Towel ada 2 jenis. Yang biru tu towel utk swimming pool. Yang putih tu yg biasa punya la.

Owhh... Look at that! It's a pool! A swimming pool. In a room? Yeah... That's right. Air dalam kolam tu dah terpekik terlolong panggil saya suh terjun dalam kolam. Tapi tidak semudah itu. Mereka tidak tahu yang saya ini penyabar orang ni... [fenyabar sangatttt...] Padahal masa suntuk nak mamfffzzz... Sempat berkubang setengah jam je lepas habis sesi hari pertama. !@#$%^&*()
Lagi gambar tolam lenang.

Swimming pool dari angle lain. Saje nak tunjukkan alas kaki tu. Warffff....
Dayang tepi kolam, mahu jemur tepung, datang burung hitam petuk batang idungidungidungidung.

Not so big, not so small. Just nice for 2 persons. Kalo pergi honeymoon sangatlah sesuai lagi menyesuaikan. Boleh la main dolphin-dolphin dalam kolam.
Bedside table. Ada satu je kat tengah-tengah. Semuanya sangat simple yet contemporary.

Gmbr daripada katil.

ni adalah architecture model Hotel Grand Lexis ini. Nampak tak berkonsepkan apa? Bunga kebangsaan. Macam Dubai punya Palm Jumeirah je kaedahnya ye...
Boleh relate tak konsep Grand Lexis dgn Palm Jumeirah, Dubai ni? Pergh...pepepeperghhh...

Naik buggy car untuk balik ke bilik selepas usaha berjalan kaki untuk bersarapan menemui kegagalan sbb tertinggal kupon kat bilik. Dem!



Dah tengok la kan betapa best lagi mengebestkannya itu hotel Grand Lexis Port Dickson ni. Biliknya cantik. Oh, tak lupa juga, food dia sangat sedap. Saya biasanya kurang suka makan nasik kat hotel. Sebab lauknya biasanya mcm tak bleh nak register sangat oleh anak tekak. Tapi kat sini saya boleh makan nasik [amik setengah senduk je] dengan lauk yang bagi saya quite expensive kot sebab tiap2 kali buffet [lunch, dinner, lunch] mesti ada beef, ada lamb, ada prawn dan ada chikin' yang dimasak dengan berbagai cara yang rasanya sangat sedap. Yang paling sedap, lamb stew dan yang paling tak dapat dilupakan kesedapannya ialah prawn yang di masak ala-ala macam grill prawn with cheese dekat Manhattan Fish Market yang macam ini [sila skodeng lebih pada udang yang dibelah belakang pastu ada cheese bersepai kat atas dia]. 

 




Tapi yang spoil-spoil mood nya, pegi hotel yang best cenggini bukan dengan suami terhensem tapi pegi kursus Fundamental of InnovAsian. Tak bleh bawak spouse. Hanya kongsi bilik dengan seorang wanita lain. So, mandi kolam pun masih lagi mengikut rukun negara ke-5, kesopanan dan kesusilawatian.

Pastu masuk kursus, still kena buat kerja-kerja bosan seperti mind-mapping yang saya pun tak tau le bila akan berakhir sumpahan melukis mind mapping ni dalam hidup saya. Grrrr.... nasib baik le kursus ni best jugak. Best sehingga menjilat hingus. Slurppp... [Disgusting budak lydi ni.]

Ce teka yang mana mind-mapping group saya? Hehehe..

Ni ahli kumpulan saya. Kumpulan..... Ceria Creative. Nampak tak gadis remaja yang paling cun dan kurus selim seperti pemenang America's Next Top Model Season 16. Kehkeh. Yang tengah paling tinggi tu bakal menantu makcik 2 orang tu dengan pakcik yang seblah dia tu[jadi rebutan]. Jangan kacau. Hehehe. Sbb dia soram je bujam. Yam laim semua dah kawim.

Review pasal Cameron Highlands 2.0 will be soon. Tak sabar nak bercerita mak joyah pasal Grand Lexis ni. Ngo cau sin.

Comments

  1. yg bujam tu ada buah aku tu...nak kacau meh tanye mak buah dia hehe

    ReplyDelete
  2. Puteri : hahah... dahi lebam tu hokey.

    ReplyDelete
  3. pembetulan...ada typo error heheh..yg bujam tu "anak" buah aku tu...nak kacau meh tanye mak buah dia hehe

    yup...dahi lebam cam asben aku... *kat dahi je yg sama heheh

    ReplyDelete
  4. waa...besornyer jarum..pakai takyah zoom pun nampak

    ReplyDelete
  5. microwave atas meja tulis? biar betik... tp mmg nampak ohsem la. ni kalo ada masa terluang, bole gi nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meja tu serba guna la kot. Mmg ohsem. Skali skala pegi apa salahnya.

      Delete
  6. bestnya dapat g hotel kat port dickson,
    aku yang ddk Nilai pun tak pernah g ddk hotel sana...mandi je..LOL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahrain : biasa mmg gitu. Mcm akak yg dok kat ktn pun tak penah tido kat cherating. Huhu.

      Delete
  7. Replies
    1. Makwekintan : best woo. Bleh la pegi sementar.a berdua ni. Nak mandi pun tak segan.

      Delete
  8. Pergh...mewah amat lyd!
    Ada kolam renang kat bilik tu...mmg ssuai utk honeymoon.
    hmm..tp sure tak mampu @ tak smpai ati nk byr rege bilik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie : itu la pasal. Kalo bkn sbb ofis yg htr, mmg tak jejak la situ.

      Delete
  9. review yg perfect! hihi.. ni yg buat teringin nak pergi dgn askar2 tersayang. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asmara : best as. Nnt dh balik mesia bleh la bwk askor2 wataniah dtg sini. Ni lah peluang utk mak2 berkubang tanpa segan silu sbb mmg private gile.

      Delete
  10. untungnya..mahal kan hotel tu..huhu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana libra : agak mahal. Kalo nk pegi sndiri mgkn tak la kot.

      Delete
  11. kelassss la tpt nee..mmg trbaekkk.. dapat stay free lak tuh..mmg sonok la awk yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet honesty : dpt dok free tu yg paling best. Cuma yg Tak bestnya tak dpt ajak husband. Huhu.

      Delete
  12. assalamualaikum lyd....memang best la tempat tu boleh la pi honeymoon nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Mama, insyaAllah kalau ada rezeki lebih nnt nak pegi lagi.

      Delete
  13. woaaa.bestnye..ko pegi bercuti ke keje ni..tak bawak laki ke?rugi laa..hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ym bundle : ceh, ko tak baca la tu aku tulis aku g kursus. Hehe.

      Delete
  14. rate hotel tu kalau tak pergi kursus berapa lyd? macam ada hati je nak bercuti2 malaysia kan?! hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis alya : saya pun tak pasti berapa rate dia. Kalau tk silap 500++ kot. Itu yg paling murah la.

      Delete
  15. canteklaaa hotel tuhh nye bilik

    jom follow makneng

    ReplyDelete
  16. perghhhh.. terbaik... nanti nk g brcuti kt sini ar...hehehehe


    erkk akak kim salam kt yg tinggi tuh! hahaha

    ReplyDelete
  17. grand lexis nama pun dah hebat mesti hotelnya pun tiptop la kan..yang ikan tu ke group k.lyd punya?hehe

    ReplyDelete
  18. dalam banyak2 gambar tu kan kak.. gambar makanan tu memangmengujakan.. bdn kecik tp makan x ingt dunia :P.. makan dinosour sorg2 pun dapet :P

    ReplyDelete
  19. ok gak ni..siap ada pool dlm bilik..akan di pertimbangkan untuk masuk dlm list jalan2 cari pasal nanti huhuhu

    ReplyDelete
  20. Pink Lavender : Sudah follow mak neng.

    Ahlam : Haha... kalo nak kim salam kena tanya mak buah dia yg komen kat atas skali tu nama puteri.

    Prettywrite : Pandai la awk. Mmg betul yg ikan tu kiterang punye. Kalo buat giveaway ni mesti awk lah pemenangnya.

    Ladybird : Lady ni dah kuat makan ye sejak kawen ni. Senang hati kan? Lalalala.

    Saffiyya : Boleh echa. Masukkan la dlm list bercuti. Heheh.

    ReplyDelete
  21. Teringin nak stay kat Hotel ni, dapat mandi pool sepuasnya :)

    ReplyDelete
  22. salam;
    Berkursus sambil jalan2 makan angin(santai) memang seronok..tak tersedar kita sedang berkursus...

    ReplyDelete
  23. Myra Jay : betul Myra... boleh mandi tanpa segan silu. Akak pun baru je dpt rasa nikmat mandi kolam. Pulak tu dia bagi pelampung skali. Sesuai sgt dgn org yg tak pandai berenang mcm akak ni. Heheh..

    Yusuf: Itu la pasal... Hilang penat berkursus bila dpt makan angin.

    ReplyDelete
  24. Cantik Hotelnye..siap ada kolam renang lagi..tu yg best tu.. :)

    ReplyDelete
  25. cantiknye....best kalau dpt bercuti lama2 kt tempat mcm ni

    ReplyDelete
  26. Haii cute hehe ^_^

    * sioknya ambil gambar sampai ke dlm toilet haha...

    ReplyDelete
  27. Lily : Best. Syok habis.

    Mrs Abi : Mmg syok kalau lama2 dpt tinggal kat sini. Tiap2 hari bleh mandi kolam.

    elih : Hehehe... toilet itukan penting.

    ReplyDelete
  28. aku nak gi sini! aku nak gi sini! *berguling-guling*

    ReplyDelete
  29. bestnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    tu jek terucap!! kikiki

    ReplyDelete
  30. cun giler hotel ni.. suka tgk deko dia..kaler dia pon cantik n menarik...

    ** awk..kt mesra mall mmg ada TGV Cinema lagi... mmg bngunan setingkat je..tp jnis dia bsr k belakang.. nnti kalo lalu.. cuba lah singgah

    ReplyDelete
  31. setail giler rupa hotel tu....weeewuuu!

    ReplyDelete
  32. teringinnya nk pergi hotel ni....thnks 4 the review...untung u dh smpai tmpt ni hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...