Sejahteralah ke atas kamu... Bulan penuh rahmat akan menjelma beberapa hari sahaja lagi. Ramai yang dah seronok dan tidak sabar menanti kehadiran bulan yang berkat itu. Ramai juga yang sedang bertungkus lumus mengganti puasa di hujung-hujung bulan Syaaban ini... Selamat berjaya la saya ucapkan ye.. Saya sangat pasti bulan Ramadhan kali ini, tentulah akan sangat berbeza berbanding Ramadhan yang lalu, di mana saya berbuka sendirian di rumah, waktu sahur hanya bangun minum air dan makan kurma je 2 ulas. [orang lain makan dengan amaun ganjil, aku suka plak makan ikut no genap je. Hahah.. mmg kuat melawan.] Tahun ini kali pertama berpuasa bersama suami. Weekdays mungkin sama sahaja bagi saya. Berbuka puasa seorang diri di rumah kerana suami saya habis kerja pun malam biasanya. Cuma waktu sahur je la saya kena bangun siapkan makanan untuk beliau. Apa susah kan... Malam tu masak le siap-siap. Then pagi itu panaskan le. Ceh..ntah-ntah kang suami saya sendiri yg bangun dan panaskan makanan untu...