Skip to main content

Mampukah Saya Membuat Biskut Raya Tahun Ini



Sejahteralah ke atas kamu...

Raya dah dekat. Eh, astagfirullahal'azim. Lyda, puasa pun lagi sebulan nak mula. Apa nak jadi kamu ni.... Pilot? Doktor? Loyer?

2 tahun lepas saya beriya-iya sangat nak beli oven kononnya nak buat kek, buat cookies dan segala macam makanan gemuk yang ada kat muka bumi ni. Pastu bila dah beli oven, saya hanya sempat buat cookies je 2 kali. Selebihnya perkataan yang bermula dengan hurup M telah bermaharajalawak kat atas kepala saya. Selepas dah cuba buat cookies 2 kali, baru la saya tau betapa renyahnya nak buat makhluk-makhluk comel dan sedap tu. Betul la mengikut kata OrgKgBaru; nak buat kek perlukan sukatan yg tepat then sungguh banyak cekadak. Bagi saya... Tentang sukatan tu semua saya ok je. Tapi bila nak bermain dengan marjerin dan juga butter yg minyaknya sungguh polisaturated dan monosaturated[*aku main sebut je, ni Badang yg citer. Tapi aku faham skit2 je apa yg dia explain tu. Kehkeh..otak benak kot], sumpah saya takleh bersabar. Saya memang tak berminat nak mengharungi dugaan tangan berminyak-minyak yang bleh melekat kat mana-mana pastu rasa tak selesa tuh... Adoiiii...

Penyudahnya... Oven tu saya hanya gunakan untuk bakar ikan, bakar roti untuk buat bread crumbs atau bakar apa-apa yang patut dibakar, yang sungguh 'once in a blue moon' saya lakukan.

Tahun ni, mungkin lain sedikit [kot]. Saya dah ada 2 keluarga. Jadi, korang rasa, perlu tak saya buat biskut raya untuk impress keluarga ibu mertua? Heheh.. Takkan nak balik kampung dengan kuih beli je. Berapa banyak nak beli ye tak? Untuk 3 buah rumah [termasuk rumah sendiri yg dah pasti akan diserbu oleh kengkawan en stormpong lepas raya nanti] Buleh bengkrap raya tahun ni. Dan yang paling penting... setiap tahun, saya ada niat yg baik utk bagi duit raya kepada 31 org anak sedara, yg ended up dengan semua sekali tak dpt pun duit raya daripada saya..... Huwaaaa... Sian mereka. Oopss..Tahun ni tambah lagi 2 orang anak sedara. Dan adik ipar? Alaa.. adik ipar takyah la... Dia dah besar.. Hahahha...

Ok...Sila jangan terbabas jauh sangat. Berbalik kepada topik biskut raya tadi... Mampukah saya membuat cookies untuk raya tahun ini... Mampukah saya bergelumang dengan marjerin bertepet-tepet? Mampukah saya menguli doh biskut dengan cemerlang tanpa membazirkan tepung untuk sessi 'try and error' membuat adunan? Mampukah?? Mampuskah?

Kalau melihatkan kelembapan saya sekarang ni dalam menangani pengurusan masa... saya tak yakin saya mampu. Tetapi!!!! Saya akan cuba.... Demi untuk mengimpress ibu dan pak. [*Cubaan pertama untuk impress pak dah penah gagal dulu. Masa nak buat-buat cekap tunjuk jalan nak balik PJ, pastu sesat sampai ke mana ntah. Nasib baik masa tu pak tgh tido dlm keta.].






Nah pilih kuih feveret kamu. Berapa banyak jenis daaaa.... Landak laut pun bleh kekejangan otot kalo dipaksa pilih kuih yang banyak macam ni, inikan pulak insan kerdil seperti saya.. [Kerdil ke kisahnya? Kekeke... perasan. Padahal badan besar mcm gigilasi(gergasi)].

Comments

  1. apa kata ko masukkan aku sekali dalam golongan utk di'impress'... aku kan ada keluarga gak skrg ni...lg pn kan ko beli oven 2 ngan aku...kempunan aku nak makan kueh mueh yg ko sebut2 dl keh3

    ReplyDelete
  2. bagusla lyd, nak mengImpress pak n mak mertua dgn buat kuih raya..kalau lg nak mengImpress..masak di pagi raya la..lg best lalalala..

    ReplyDelete
  3. Atul : Kalo aku buat aku bleh la impress ko. Tp tah le bila...

    Aida : Uihh... Masak di pagi raya, bleh kebuluran la family mentua aku sbb aku masak tak menjadi. Setakat masak utk 2 org makan aku reti la.. Hehe.

    ReplyDelete
  4. zaman buat biskut raya dah lama aku tinggalkan. ecewahhh.. sblm kawen kemain rajin aku buat mcm2 biskut, skrg aku punya malas nauzubillah :) tapi bab masak pagi raya aku rajin, sbb kalau tak masak aku rasa tak meriah. lagipun family mertua tak masak segala nasi di pagi raya, kecuali nasi impit & rendang. family aku pulak mesti ada nasi minyak ke, nasi beriani ker

    ReplyDelete
  5. Kakak Chomel : Bahaye jugak aku rasa situasi aku ni. Sebab aku setiap tahun, time dierang memasak di pagi raya, aku plak sibuk lagi mengemas rumah, bentang karpet le, sediakan kuih2 raya letak dalam balang, prepare gelas dan air yg bakal diminum oleh tetamu dan segala benda yg tak berkaitan dgn memasak. Tahun ni mesti aku terpinga2 sebab tak biasa. Alah.. takpe la.. aku buat bodo je la.. kemas umah macam biasa jugak tahun ni. Hahaha.

    ReplyDelete
  6. stakat nk meng impress pak ngn ibu tak yah la..maklum la akak pandai ke buat biskut raya..hahaa.. *mulut puaka*
    tapi menurut tradisi keluarga baru akak duit raya mesti diberi kepada adik2 ipar..ahahahaaa...
    kot nak buat kuih raya ibu suka biskut teratai tau (mati la kau nk buat biskut tu)..ala tak ssh pun tapi renyah..aku ngn tinee penah tlg ibu buat kuih tu..(esoknya pengsan)..hahhaaa...

    pagi2 ibu mmg buat nasi..samada nasi minyak ke..beriani ke..tp bukan nasi ayam..ibu ckp nasi ayam tak raya pn buat..ehehheee..

    so..welcome to our family :)

    ReplyDelete
  7. Owohhh... Kuih teratai plak... Akak reti buat kuih tu ina. Senang je... sap..sap..sapp... nah! jadi kuih teratai layu di tasik madu. Hancho badan. Tradisi la sgt. Adik ipar kalo akak bagi duit raya pun bagi yg single dan belum bertunang. Hahahahaha.. Ya akkk auww...

    ReplyDelete
  8. mesti best raya tahun ni sebab tambah sorang lagi yg suka makan krepek byk sgt + adik2 n abg yg mmg kuat juga makan krepek + ibu n pak pon kuat makan krepek..hancor badan (guna loghat tinee) mesti best bunyi dia.yeay nampak gaya ada org cuba impress ibu pak, apa pon yg sayang buat, baby sentiasa ada d belakang sayang tp tak buat apa2 pon, sekadar menyibok je huhuhu sayang memang best!!!

    ReplyDelete
  9. "baby sentiasa ada d belakang sayang tp tak buat apa2 pon, sekadar menyibok je...". Mana ada baby tak buat apa-apa... Banyak sangat yg baby dah buat. Termasuklah buat lawak Amir. *30minit lagi kang baru gelak. Apa-apapun, i love u my lurve. :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...