Skip to main content

Posts

Blog Refresh

 Sejahteralah ke atas kamu... Aku baru tukar theme blog aku ni. Sebelum ni gambar LadyBug 3 beranak tu dah berzaman aku tak tukar.  Simpan sini la buat kenangan. Hari ni blog dah bertukar wajah. Tapi still juga tak cantik pun. Aku dah umo 42 ni , baru aku sedar yang aku ni tak berbakat seni pun. Selama ni aku syok sendiri je ingatkan aku ni seorang yang berseni. [umo aku sebaya Che Puan Sarimah Ibrahim hokei. Tapi dia tak aging, macam elves, aku pulak dah nampak mcm Gandalf.]. Sungguh aku pening nak edit theme blog aku ni. Terkial-kial nak cari kat mana setting, kat mana nak masuk gambar, kat mana nak masuk widget. Apoooo? Lepas ni kalau blog nampak hambar je, pastu tak update pulak tu, combo terus la jadi blog terpaling hambar, percuma air dan fries lagi.  Aku kan..... Bila dah mula update blog semula ni, bila ada geng bloggers aku yg lama-lama dulu masih datang melawat dan komen, walaupun hanya 3 org, aku rasa bersemangat api semula nak selalu update blog. Ujie Othman ...

Trend Camping

 Sejahteralah ke atas kamu.... Disclaimer: Pendapat yang aku tulis ni, hanya untuk diri aku sahaja ye. Tidak termaktub ke atas diri orang lain. Jadi, pendapat aku  mungkin akan ada percanggahan dengan pendapat korang. Harap berlapang dada meraikan perbezaan. Sekarang aku tengok ramai betul orang suka camping. Seronok je tengok orang camping, bawak anak-anak main dengan nature. Happy je tengok anak-anak mandi sungai. Aku ni suka juga nature, tapi aku pemalas. Aku jenis tak berapa minat benda-benda yang meyusahkan aku. Dulu kan, masa sekolah.... aku memang tak minat langsung camping. Kalau kena pergi camping, kawan-kawan lain melompat kegembiraan. Aku sorang je tak melompat. Sebab aku tak suka tau peluh-peluh, nak mandi susah, nak tukar baju susah, khemah pulak masa tu memang panas. Dia kalau panas tu aku boleh tahan lagi. Tapi panas khemah dia macam berkuap. Habis kepam baju-baju semua. Aku lemas. Dan yang paling susah bagi aku, ialah susah nak berak time pergi camping. Aku cer...

Kuat Makan Manis

Sejahteralah ke atas kamu. Sebenarnya aku ada kerja ni, tapi aku curi masa jap nak taip blog. Aku pencuri. Pencuri hatimu. Ahh gituuu [kena baca ikut nada Sajat sekali dengan pakej Sajat ketawa].  Favourite ni. Kalau ikutkan selera, 4 ketul pun aku boleh habiskan. Kalau aku berenti makan pun hanya sebab aku fikir kesihatan je. Ingat senang ke nak berenti makan coklat. Ohhh, pastu gambar tu, bodo je kan, tak reti ambik gmbr. Hahahah.  Aku rasa aku susah nak turunkan berat badan sebab aku memang suka makan manis. Kalau ada orang share tips nak kurus dan dia suruh skip air manis, memang dengan aku tak menjadi la tips tu. Sebab aku memang air manis aku kureng. Jarang sangat aku minum air manis. Tapi kalau makan manis, aku memang angkat tangan dulu la. Bukan angkat tangan tanda surrender tau, tapi angkat tangan nak volunteer nak tolong makan. Actually, ada banyak makanan manis yang aku dah rasa takleh terima dah tahap manis melampau dia. Contoh macam kek ke, brownies ke. Tapi kalau...

Ranjau Di Jalanan.

  Sejahteralah ke atas kamu.... Hasben aku pernah jadi perokok tegar satu masa dulu, long before, sebelum aku jumpa dia semula (kami satu sekolah tapi tak berkawan pun, apatahlagi nak keep in touch, sampai la jumpa semula after 10 years.) Kiranya, sewaktu aku kenal dia bila dah dewasa ni dia dah quit smoking la. Jadi, aku tak sempat la nak melalui jaman mulut dan tangan dia berbau asap kepuk-kepuk kepam-kepam tu. (dah macam bunyi kompang pulak kan).  Ini salah satu perkara yang aku sangat bersyukur dan sangat appreciate tentang hasben aku. Takde la. Bukan la nak puja suami sendiri, tapi lebih elok la daripada aku puja suami orang. Eh tibe. Maksud aku, bukan la aku nak up-up and away kan laki aku tuh. Aku bukan la sejenis nak berlagak tak tentu hala. Aku humble tau. (tekup mulut dgn tangan tanda tersipu.). Sekali-sekala aku nak up cerita pasal suami aku, maafkan la aku ye.  Aku sebut pasal isu merokok sebab aku nak kaitkan dengan apa yg aku nak cerita hari ni....... menuru...

Update 2 Tahun. Tentang Anak Ketiga, Tentang PKP, Tentang Puasa

Sejahteralah ke atas kamu.... MasyaAllah sistursss... dah 2 tahun acik tak update blog. Sekarang dah kena panggil diri sendiri acik sebab dah masuk umur warga emas ni. Hakhak.  Kadang-kadang rindu nak update blog, cuma sekarang dah segan nak cerita pasal personal. Yelah, sejak jadi warga emas ni dah semakin pemalu pulak kita. ohhoi...  Sekarang anak acik dah 3. Rasanya insyaAllah tak bertambah dah tu. Yang pertama masih lagi Luth. Yang kedua Yafith. Yang ketiga keguguran. Walaupun belum masuk usia 4 bulan di alam rahim, acik cam gediks je nak bagi nama. Jadi acik bagi la nama dia Yusuff Al Hanif. Motif bagi nama macam tu?? Hahaha. Suka nabi Yusuf. Tapi cinta lagi Rasulullah SAW. Dan anak ketiga acik namanya Suci. Simple je kan. Eh tapi nanti dulu. Memandangkan ini satu-satunya anak gadis acik dan acik rasa memang dia bongsu la ni confirm..... Jadi acik rasa mcm nak bagi nama ala-ala novel la juga kan. Takkan asyik hengkorang je yang nak bagi nama ala-ala novel. Jadi acik bagi ...

Panduan Memilih Lampin Pakai Buang

Sejahteralah ke atas kamu... Persoalan tentang lampin pakai buang ni tidak akan selesai selagi kita ada anak kecil. Sebenarnya tidak menjadi isu pun ibu bapa nak pakaikan anak dengan lampin pakai buang(diaper) jenis apa, bentuk macamana, corak gambar apa atau sebagainya, yang penting harga mampu beli ke tidak. Tapi aku tak macam tu. Aku sanggup beli diaper mahal untuk anak aku asalkan kualiti dia helok. Kalau aku tak cukup duit, aku ambil upah cuci pinggan kat kedai mamak demi nak mencukupkan duit nak beli diaper mahal untuk anak aku. K. Gurau je. Aku ni suka mencuba. Aku suka beli diaper berlainan jenis, demi mencari yang terbaik untuk anak2 aku. Banyak jenama dah aku cuba sejak daripada anak pertama, kedua dan sekarang yang ketiga. Di antara jenama-jenama yang aku pernah beli dan pakaikan kepada anak2 aku; Pet Pet, Huggies, Drypers, Drypers Soft Touch, G.oon, Merries, Apple Crumby and Fish, Chiaus, Genki, Baby Love dan Mamy Poko. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku dah lupa. Aku bel...

Cara Pantas dan Alami Menurunkan High Blood Pressure

Sejahteralah ke atas kamu.... Dalam post sebelum ni, aku ada cerita tentang aku terpaksa bersalin awal kerana high blood pressure yang tak turun-turun. Aku masuk wad dalam 7 hari juga la. Semasa di dalam wad, aku ni bila nampak nurse usung troli blood pressure monitor tu, aku dah panik. Bila nko dah panik, tekanan darah pun otobot la naik kan? Walaupun nurse suruh aku bertenang, jangan risaukan apa-apa, jgn runsing, tapi masalahnya aku takde runsing apa pun. Cuma aku serabut kena duduk dalam wad je. Itupun syukur la nurses di PPUM tu baik2 semuanya. Mereka sangat professional dan polite, so aku memang takde la nak bertambah stress nak mikirkan perangai nurse pulak. Aku ni jenis yg jarang makan ubat. Nak kata aku ni jenis yang ikut cakap mak bidan kampung, makan ulam-ulam sangat pun tidak juga. Dah tu aku ni spesis mende? Makan ubat malas, makan makanan alami pun lebih kurang gak malasnya. Bila awak jenis yg tak berapa makan ubat, tiba-tiba bila masuk wad, awak kena makan ubat sec...