Skip to main content

Ranjau Di Jalanan.

 Sejahteralah ke atas kamu....


Hasben aku pernah jadi perokok tegar satu masa dulu, long before, sebelum aku jumpa dia semula (kami satu sekolah tapi tak berkawan pun, apatahlagi nak keep in touch, sampai la jumpa semula after 10 years.) Kiranya, sewaktu aku kenal dia bila dah dewasa ni dia dah quit smoking la. Jadi, aku tak sempat la nak melalui jaman mulut dan tangan dia berbau asap kepuk-kepuk kepam-kepam tu. (dah macam bunyi kompang pulak kan). 

Ini salah satu perkara yang aku sangat bersyukur dan sangat appreciate tentang hasben aku. Takde la. Bukan la nak puja suami sendiri, tapi lebih elok la daripada aku puja suami orang. Eh tibe. Maksud aku, bukan la aku nak up-up and away kan laki aku tuh. Aku bukan la sejenis nak berlagak tak tentu hala. Aku humble tau. (tekup mulut dgn tangan tanda tersipu.). Sekali-sekala aku nak up cerita pasal suami aku, maafkan la aku ye. 

Aku sebut pasal isu merokok sebab aku nak kaitkan dengan apa yg aku nak cerita hari ni....... menurut kajian saintifik kak lida pempom ni kan.... orang yang dah biasa smoking, once dia dah quit, dia akan jadi cepat ngantuk bila driving. 

Dia punya mengantuk tu kan, memang mendebarkan sungguh tau. Banyak kali dah aku berderau darah kalau dalam perjalanan ke mana-mana. Kang tetiba dia makan jalan orang. Aku ni bertempik sokmo la. Eh tipu je. Aku biasa bertempik kat anak-anak je(kantoi). Kat suami aku cakap herlok je (boleh caya ke ni? haha). Kiterang ni mana la ada gi jalan-jalan mana-mana sangat. Biasa paling gempak pun balik kampung je la. Memang sejenis yg tak adventurous pun. Jadi, perjalanan balik kampung tu la yg dia selalu mengantuk pun.

Dulu ada orang bagi petua suruh makan kuaci kalau nak hilangkan mengantuk semasa memandu. Ada juga la hasben aku buat. Memang mujarab wei. Boleh istiqomah memandu dalam keadaan yang penuh dengan adab ketimuran dari awal sampai akhir perjalanan. Amazing Spiderman ni. Tapi, lepas dah lama-lama tu, tetibe je teknik tu dah tak menjadi. Kalau tiba dia mengantuk tu, dia kata macam ada orang jahit mata dia. So, bila dah nak start mengantuk tu, hasben aku akan cakap, "Haaa dia sampai dahhhh". Pastu aku yg pembaris ni pun tanya la, "Siapa yang sampai?". Dia jawab, "Tukang jahit sampai dah.". Maksudnya macam tukang jahit mata dia dah sampai la konon. Beriya kan aku explain kat korang.

Bila sampai stage ni, aku berdebor terus la. Sebenarnya kiterang ni kalau dalam kereta, tak pasang lagu-lagu sangat. Kadang-kadang je dengar radio. Kalau pasang lagu pun, dia tetap juga mengantuk. Ada sekali tu, aku play lagu-lagu Backstreet Boys dalam kereta. Elok weiiii... Hilang ngantuk dia. Selama ni dia kan bawak imej rockers kan. Atau muzik Alternative, Punk, Rock ala-ala gitu la kan. Dulu dia citer masa sekolah menengah dulu memang dia tak layan la lagu-lagu boyband ni. Apa barang kes nak layan lagu-lagu leweh kan. Tapi sekarang kau tengok. Lagu BSB, lagu Westlife juga yang paling serasi dengan pendengaran dia untuk bantu menjana perhubungan sel-sel otak dia masa tengah bawak keta tu. Biasa aku la yg akan jadi disc jockey. Dia request je nak lagu apa, aku tolong cari (kau nampak tak betapa palsunya dia kata dia tak layan lagu BSB, kalau tidak cemana boleh tau tajuk lagu BSB? Lagi expert dari aku pulak tu). Ingat senang ke nak cari lagu sambil atas riba ada sorang budak yg tengah duduk menggelicai? Susah tau kerjaya sebagai DJ dan baby sitter serentak ni. Kehkeh. (Anak aku dah taknak duduk carseat kalau perjalanan jauh.).

Anak-anak lelaki aku, kalau dalam perjalanan, dierang tak ambik port pun sebab tau je la kan, budak-budak jaman now. Dia menghadap ke gadget tu sampai tak sedar dah sekeliling alam. Bumi bulat ke datar ke, kesah hapa dia. 

Mama papa dia yang tak kador ke diri ni, apa lagi,  bantai berkonsert la dalam kereta. Aku la yang paling beriya menyanyi dengan suara ala-ala penyanyi nombor satu negara.....iaitu Aliff Syukri. Hasben aku pulak menyanyi ala-ala penyanyi no 2 negara iaitu Iqballlll. 

Lagu ubat mengantuk ni, hanya lagu-lagu boyband je yang mujarab untuk hasben aku. Kalau pasang lagu rock kapak, Exist ke, Iklim ke, fall asleep terus dia. Lagu-lagu terkini ke, lagu viral kat TikTok ke, emangnya ngak cocok ama dia. Makanya.... Layan la lagu BSB dengan Westlife sampai ke sudah. 


Ni anak sape main henfon ni ? Hahaha. Apa ntah yg dia tak puas hati dengan aku. Banyak je komen-komen haters macam ni. Haters gonna hate. So, there nothing I can do. Aku tak sakit hati pun bila baca komen-komen mcm ni, sbb aku rasa aku memang takde kacau hidup orang pun. Selama ni aku ignore je dan aku akan terus ignore. Walaupun aku rasa ada je orang yg suka provoke aku, tapi ntah la... Tak rasa nak ambik port. Sebab tak penting dalam hidup aku. 



Comments

  1. Ehhh…Lyd buat come back kah?
    Macam biasa, saya enjoy baca celoteh Lyd..hehe

    Menyanyi tu memang antara ubat yang mujarab. Asal jangan lagu rindu..serindu-rindunya udah ler. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ujie Othman, hahaha. Comeback tapi tak tau la sejauh mana album nak keluar. Kot keluar single je ni. Hahah.

      Uih, lagu Rindu serindu-rindunya tu mmg tidur berdengkur terus kalau nyanyi. Hahah.

      Delete
  2. Selalu kalau drive sorang2 (outstation), memang aku karaoke sepuas hati dalam kereta kalau tiba waktu "tukang jahit" sampai. Kalau dengan family pun sama, cuma karaoke cara behave sikit. Hahaha... Tu haters tu komen post zaman bila la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang fefeeling artis la kan. Aku dpt bayang ko nyanyi cover2 kalau dgn family. Hahaha.

      Haters tu dia ketinggalan zaman, post lama tetibe baru nak marah.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...