Skip to main content

Kuat Makan Manis

Sejahteralah ke atas kamu.

Sebenarnya aku ada kerja ni, tapi aku curi masa jap nak taip blog. Aku pencuri. Pencuri hatimu. Ahh gituuu [kena baca ikut nada Sajat sekali dengan pakej Sajat ketawa]. 

Favourite ni. Kalau ikutkan selera, 4 ketul pun aku boleh habiskan. Kalau aku berenti makan pun hanya sebab aku fikir kesihatan je. Ingat senang ke nak berenti makan coklat. Ohhh, pastu gambar tu, bodo je kan, tak reti ambik gmbr. Hahahah. 


Aku rasa aku susah nak turunkan berat badan sebab aku memang suka makan manis. Kalau ada orang share tips nak kurus dan dia suruh skip air manis, memang dengan aku tak menjadi la tips tu. Sebab aku memang air manis aku kureng. Jarang sangat aku minum air manis. Tapi kalau makan manis, aku memang angkat tangan dulu la. Bukan angkat tangan tanda surrender tau, tapi angkat tangan nak volunteer nak tolong makan. Actually, ada banyak makanan manis yang aku dah rasa takleh terima dah tahap manis melampau dia. Contoh macam kek ke, brownies ke. Tapi kalau coklat.... huhu. Aku kalah macam hasben aku kalah dengan Suci bila Suci buat muka comel sambil cakap, "Papa, lishh papa, lishhh". [Lish tu = Please.]. Masalah dia, coklat tu tak perlu buat muka comel dan cakap please pun aku dah takleh kuatkan hati. 😋😋 Nampak tak gemuk kat situ.


Lagipun umur dah nak menuju usia warga emas ni, pastu aku dah malas nak exercise, haaa lagi la istiqomah je dia menaik. Kadang aku rasa berat aku ni dah jadi macam harga emas. Dia naikkkkk je. Kalau turun pun turun seposen, naik pat ringgit. Gitu la. 

Ada sekali tu kan. Aku balik kampung, aku pergi la satu kenduri ni. Ada kakak sekampung aku yg memang dah lama gila aku tak jumpa, dia cakap.... "Awak comel la macam ni, awak jangan kurus la. Biar macam ni je". Aku dengan terharunya kata kata dia, "Tak pernah lagi orang suruh saya biar maintain je macam ni, biasa orang semua kata saya gemuk.". Astu kan, akak tu jawab, "Eh awak mana ada gemuk la.. [Ya Allah, aku gembira sungguh ni], tapi awak gempal je". [okay aku tarik balik kegembiraan aku tadi]. Sis terpelanting ke planet Zargus, nok.

Jap aku nak buat pembetulan ayat yg kat atas tu. 

'Aku rasa aku susah nak turunkan berat badan sebab aku memang suka makan manis, suka makan nasik, makan ayam guring [mcm upin ipin], makan fast food, makan makanan dan makan semua makanannnnnn.'. So, bukan salah makanan manis je ni. Kawan-kawan, tolong doakan LydSunshine ni jadi rajin dan malas ye. Rajin exercise dan malas makan. Eh, lagi satu, doakan aku sentiasa sihat. Peace.


*sedang belajar menerima berat badan baru. Tapi banyak kali sangat kena belajar. Setiap minggu kena belajar terima hakikat. Tapi takpe la, love yourself la kan. Belajar Lyd, belajar.


Comments

  1. dah buat blood test? mak kita kan sama sama manis.. kemana tumpahnya manis kalau tak ke anak anak dia yang manis manis belaka ni... koi dah start makan ubat diabetes pagi sebiji malam sebiji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat. Selalu juga buat. Alhamdulillah takde lagi diabetes. Sbb wp suka makan manis, saya mmg tak beli atau tak cari. Bila betul2 teringin tu je beli.

      Delete
  2. Kalau bab manis, minum air manis tu payah nak buang. Makan berat 2x sehari je boleh buat. Buang habit minum air manis tak bley...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...