Skip to main content

Posts

Pakej Rawatan Selepas Bersalin Natalis Mothercare

Sejahteralah ke atas kamu..... Aku masih di dalam tempoh berpantang. Saat aku menaip entry ini, baru hari ke 13 aku berpantang. Sewaktu di awal kehamilan aku dulu, aku dah berbincang dengan suami untuk mengambil pakej rawatan selepas bersalin untuk aku. Aku telah merancang untuk berpantang dahulu di rumah sendiri sebelum balik berpantang di kampung. Tujuannya ialah untuk berurut dan untuk bagi badan aku lebih sihat sebelum berpantang di kampung. Di kampung agak susah untuk cari tukang urut. Kalau ada pun perlu dijemput dan dihantar. Lagipun aku memang perlukan bantuan untuk memakai bengkung, dan bertungku. Aku malasss nak buat sendiri semua tu. Aku perlukan bantuan untuk orang lain lakukan untuk aku. Pakej rawatan yang aku pilih ialah daripada Natalis Mothercare, pakej Puteri selama 7 hari. Pakej Puteri ini adalah pakej lengkap stay-in, bermaksud rawatan lengkap dengan semua barang-barang disediakan oleh pihak Natalis Mothercare. Stay-in bermaksud confinement lady daripada Natalis M...

Memperkenalkan.... My 2nd Son

Sejahteralah ke atas kamu.... Ada yang dah tgk gmbr anak kedua aku di FB. Bagi yang belum tgk, mari aku perkenalkan,  ini ialah Yafith bin Mohd Azrul. Pelik ke nama 'Yafith'? Mungkin tak biasa dengar kan? Nama Yafith ni suami aku yang pilih. Tiada maksud. Sama macam nama abang dia, Luth yang tiada maksud. Cuma diambil sempena nama nabi. Yafith pula diambil sempena nama anak nabi Nuh. Salah seorang anak nabi Nuh yang turut serta menaiki bahtera bersama nabi Nuh.

Pengalaman Bersalin Kali Kedua

Assalamualaikum murid-murid. Mungkin ada yang dah tahu, tapi aku yakin ramai yg belum tahu bahawa aku sudah selamat melahirkan anak lelaki yang kedua pada 24 April 2016. Alhamdulillah, bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Tinggi kerana mempermudahkan semuanya untuk kami sekeluarga. Biar aku cerita krono kejadian bersalin aku ni sementara ingatan ini masih segar di dalam kepal-hot aku nih. 24hb tu Ahad. Ari Sabtu 23hb April , aku dah mula rasa contraction yang agak kerap pada jam 3-4 pagi. Spesis yang cepat panik macam aku ni, serta merta ajak suami aku gi hospital. Dah masuk labor room jam 8 pagi, pastu check contraction. Adehh, sekali doktor suruh balik sebab doktor kata takde pun contraction dan jalan pun belum buka. Kuhehkuheh. Actually ada, tp mild contraction je. Bacaannya setakat 10 ke bawah je. Patut kalau contraction yg nak bersalin tu bacaannya perlulah 40 ke atas. Ada kawan aku, dia tak sedar pun dia contraction. Pergi hospital sebab nak buat check up bias...

Anak Dahi Jendul

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku baru je pergi check up di hospital 4 kali. Hospital yang aku pilih tu di Shah Alam. Kali pertama aku pergi, doktor scanned baby aku. Dia komen pasal kaki anak aku panjang. Aku hanya tersenyum je la. Sebab aku anggap itu pujian. Waktu tu memang tak nampak muka baby sebab muka dia menghadap ke tulang belakang aku. Doktor ada tanya, mana suami aku? Aku cakap la suami kerja. So, okay la. Selesai check up pertama. (Aku suruh suami hantar aku je, pastu suh dia gi kerja bawak Luth. Lepas dah selesai, suami ambik aku then aku akan duduk di kedai dia sampai le ke petang. Oh, lupa nak cakap. Aku gi check up hari Sabtu supaya tak perlu ambil cuti atau MC.) Kali kedua pergi check up, aku kena test gula. Kena ambil darah 2 kali sebelum dan selepas minum air gula. Yang aku bersyukurnya ialah air gula yg aku kena minum tu ialah air botol yg macam 100 plus, macam dulu juga masa pregnantkan Luth dulu. Masa scan perut aku, tetibe dapat la tengok muka baby d...

Aku, Dia Dan Daging Dendeng.

Sejahteralah ke atas kamu... Hubungan aku dengan Daging Dendeng ni bermula semasa aku masih single dan belum berpunya. Ewah.. Intro dia. Taknak kalah. Makcik Zah, jiran sebelah rumah aku yg mula perkenalkan daging dendeng ni kepada tekak aku. Tupun, setahun sekali datang rumah dia untuk berhari raya. Punya teruk jiran cenggini. Tapi kira okay la, ada jugak datang daripada langsung tak datang kan? First time makan daging dendeng tu lawan dia dengan pulut kuning. Aku sampai terngigau2 akan kesedakpan daging dendeng tersebut. Hari raya puasa beberapa tahun lepas pula, aku pergi bertandang ke rumah mak sedara suami aku di Pekan, Pahang. Mak sedara suami tu aku panggil Mommy, menghidangkan rendang dendeng yang very delisyesh untuk kami sekeluarga. Setahu aku, dendeng tu menantunya yang masak. Hebak menantu. Boleh masak lauk yang jadi hidangan utama di rumah mak mentua. Kalau aku, aku memang takde keyakinan langsung nak masak kat umah mak mentua. Pemalas pun ye jugak kot. Kahkah. [D...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Otak Serabut Benor Dah Rasa

Sejahteralah ke atas kamu... Nak menaip kat blog ni, sama je kaedahnya macam nak menjahit. Maksud aku, feel dan mood tu kena ada. Kena tenang-tenang, ada waktu lapang. Sekarang aku jarang sangat dapat update blog sebab 'macam' bz. Tidak la se'busy' orang yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tapi kira tak ada kelapangan sangat untuk mengarang di blog. Ataupun sebab memang otak lembab kelubi kan. Jadi, benda yang simple pun payah nak buat. Menjahit pun sebenarnya sama. Aku ni tengah serabut sebab ada banyak lagi persediaan baby yang aku belum jahit. Benda simple seperti jahit bedung dan barut pun aku macam susah sangat nak mula. Sebab aku memang takleh nak menjahit kalau ada Luth dalam rumah tu. Dia tu, eii... kecik besar kecik besar je aku tengok dia time dia nak masuk campur urusan menjahit aku. Tak kira aku buat dia busy cemana pun, aku bagi umpan yang paling dia suka seperti gadget dan benarkan dia main game sekalipun, by the time aku turn on mesin jah...