Skip to main content

Pengalaman Bersalin Kali Kedua

Assalamualaikum murid-murid.

Mungkin ada yang dah tahu, tapi aku yakin ramai yg belum tahu bahawa aku sudah selamat melahirkan anak lelaki yang kedua pada 24 April 2016. Alhamdulillah, bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Tinggi kerana mempermudahkan semuanya untuk kami sekeluarga.

Biar aku cerita krono kejadian bersalin aku ni sementara ingatan ini masih segar di dalam kepal-hot aku nih.

24hb tu Ahad. Ari Sabtu 23hb April , aku dah mula rasa contraction yang agak kerap pada jam 3-4 pagi. Spesis yang cepat panik macam aku ni, serta merta ajak suami aku gi hospital. Dah masuk labor room jam 8 pagi, pastu check contraction. Adehh, sekali doktor suruh balik sebab doktor kata takde pun contraction dan jalan pun belum buka. Kuhehkuheh. Actually ada, tp mild contraction je. Bacaannya setakat 10 ke bawah je. Patut kalau contraction yg nak bersalin tu bacaannya perlulah 40 ke atas. Ada kawan aku, dia tak sedar pun dia contraction. Pergi hospital sebab nak buat check up biasa je. Sekali doktor kata bacaan contraction dia tinggi. Pastu terus kena masuk wad. Haihh... Huntong sungguh, contraction tapi tak rasa.

Sebenarnya dulu masa nak bersalin kat Luth pun aku gi hospital pastu kena balik juga di atas sebab yang sama, mild contraction,  jalan belum buka. Huhu. Kali ni pun jalan cerita yang sama juga. Bila doktor suruh balik, aku pun balik la dengan hati kudusnya.

Aku masih rasa sakit sebenarnya, cuma jarang dan mild je. (nama mild tapi bagi aku yg berjiwa lemah ni, itu pun dah cukup menyakitkan). Malam tu aku tido, dalam jam 3 pagi, aku mula dah takleh tido sbb sakit contraction semakin kerap dan makin memeritkan. Not mild anymore. Huhu. Aku cuba untuk bertenang tapi ko ingat mampu pulak aku nak bertenang dalam keadaan sakit macam tu. Walaupun secara teorinya aku dah baca sikit berkenaan 'hypnobirthing' di mana menurut artikel itu, aku perlulah tersenyum ketika contraction kerana dgn tersenyum, akan membantu bukaan rahim dengan lebih cepat. Aku cuba juga utk senyum, tapi gila kau. Perbuatan senyum tu tak selari langsung dengan perasaan. So, aku mmg gagal la utk tersenyum semasa contraction tu.

Jam 5 pagi, 24 April, aku dah tak tahan, aku kejutkan suami untuk ke hospital sekali lagi. Terus je dia bangun, siap-siapkan baju Luth, susu dan barang2 Luth yg lain. Barang-barang aku dan baby dah prepare siap2 dah dalam kereta, sebab semalam tu kan aku dah ke hospital, bajet macam dah nak bersalin semalam. Sekali kulat je. Aku sampai di hospital, check in di emergency counter, dan terus di bawa masuk ke labour room, jam 6am. Sampai sekarang aku menyesal, sebab aku tak tak solat subuh pun pagi tu. Suami aku terus ke surau untuk solat subuh dengan membawa Luth bersama. Luth tido lagi masa tu. Kami bawa Luth bersama sebab nenek pengasuh tak dpt jaga dia. Ada urusan lain yang lebih penting. Aku pasrah je sebab aku dah berdoa kepada Allah agar Dia mempermudahkan urusan kami sekeluarga. Aku serahkan diri aku sepenuhnya kepada percaturan Allah. Dan bagi aku, apa yang Allah telah berikan, bagi aku itulah jalan yang termudah untuk aku.

Dalam labor room, bila check contraction,  memang bacaan dah melebihi 40. Maknanya ini benar-benar realistik, bukan lagi fantasi mainan perasaan aku je. Nurse check bukaan pintu rahim dah 5 cm. Aku menahan kesakitan berseorangan di situ. Suami memang tak dpt temankan la sebab ada Luth. Anak memang tidak dibenarkan masuk dalam labor room. Aku pasrah lagi sekali sebab aku fikir, antara aku dengan Luth, biarlah aku mengalah. Mungkin suami aku tak ada peluang lagi untuk menemani aku di dalam labor room. Mungkin ini kali terakhir aku bersalin ke, mana nak tau. Atau mungkin juga tak. Huhu. Tapi aku tak kisah la semua tu. Yang penting aku cuma berharap aku dpt bersalin cepat sebab tak daya dah nak tanggung sakit tu lama-lama.

Aku masih menunggu di dalam labor room. Ditemani sakit contraction yang setia itu. Aku tak tau apa yang aku tunggu. Ubat berak masih belum diberikan kepada aku. Kali ni aku plan untuk mengingatkan nurse supaya memberikan aku ubat berak. Agar kejadian terberak semasa bersalin tu tak berulang lagi. Tapi nurse boleh pulak main tarik tali dengan aku. Dia tanya, bila kali terakhir aku berak. Semasa berak tu hanya sikit je ke atau berak sampai puas? Apa punya persoalan tu. Aku jawab pun tersipu-sipu. Last sekali aku memang tak diberikan juga ubat berak. Aku tak tau la kot pada muka aku ni bila nurse tengok je membuatkan mereka jadi kedekut ubat berak secara otometik ke. Bila aku kata nak kencing pun nurse hanya masukkan tiup pada salur kencing aku, yg memberi rasa tidak begitu menyenangkan. Dan kesannya selepas aku melahirkan bayi ni, aku jadi tak dapat terasa bila aku nak kencing. Lepas tu aku boleh terkencing je tiba2 malahan tak dpt nak stop langsung. Otot kencing aku tak berfungsi langsung. Huhu. Eh, dah aku ni cerita pasal kencing dgn berak plak ngape.

7.45 pagi, aku minta kebenaran nurse untuk baring mengiring. Nurse okay je, tak macam doktor pelatih lelaki yang kena hogoh tangan dengan aku masa kat PPUM dulu. Aku bergerak sikit pun nak membebel beriya. Nurse kata, doktor suruh aku brekfes dulu kalau aku belum brekfes. Nanti takde tenaga batin nak teran. Aku ni jujur orangnya. Aku mengaku la yg aku belum brekfes. Waktu gitu aku tak berani sangat nak ingkar cakap doktor, sebab aku takut kalau jadi apa-apa nanti doktor akan kata, "nah, i've told you". Ehee. 'Lame' sungguh alasan tu. Sebelum brekfes, nurse check bukaan kemudian dia pecahkan air ketuban aku.

Lepas tu dalam jam 8.00 pagi, datanglah brekfes ke katil aku dalam labor room. Roti 2 keping, air koko. Aku makan roti sekepeng, air koko secawan. Mai secawan! Lepas brekfes, nurse check bukaan dah 8. Dia tanya aku, awk ni memang jenis cepat ye?(cepat terbuka jalan dan cepat bersalin). Aku nak jawab pun tak reti. Sebabnya aku bukannya banyak kali bersalin. Yang ni baru kali kedua kot. Nak buat statistik pun tak lepas kalo baru sekali pengalaman kan? Tapi aku angguk je la waktu tu. Fikiran aku dh tak fokus sangat dah. Bila nurse check aku, dia kata jangan teran lagi kalau contraction sebab jalan belum buka sepenuhnya. Aku tau nurse takut terkoyak banyak kalau aku teran. Tapi aku takleh la tak teran bila contraction tu datang. Sebab bagi aku, kalau nak tunggu je, memang lambat la jalan nak terbuka. Lagipun bukan teran sehabis 'reng' pun. Sekadar teran untuk lawan rasa sakit contraction tu je.

Sampai la ke satu masa tu, aku rasa sakit aku mcm dah kronik sangat. Aku panggil nurse, aku kata kat nurse, "nurse, tolonglah,  saya dah sakit sangat dah ni". Sakit memulas tu macam tahik sembelit nak keluar. Nurse tanya, "awak rasa sakit macamana tu?". Aku dengan kompiden kuasa langit ke 7 nya terus jawab, "sakit nak berak!!".

Yang sebenarnya nurses tu semua tunggu doktor datang. Sepatutnya aku rase aku boleh bersalin lagi awal. Bila aku dah kata sakit sangat tu, nurse check aku, dia pun dah tengok that i'm ready to deliver the baby. Salah seorang nurse tu, aku rasa dia staff nurse, sebab dia sorang je pakai baju uniform warna purple. Staff nurse tu tanya aku, aku okay ke kalau dia je yang sambut baby aku? Aku kata aku tak kisah pun. Sebab my concern ialah nak elakkan daripada disambut oleh doktor lelaki je. Kalau nurse atau doktor ke aku tak kisah pun asalkan perempuan. Elok je nurse tu dah sarungkan baju plastik mcm yang surgeons pakai, doktor pun sampai. Jadi, doktor sempat la check aku dan dia confirmkan yang memang aku dah boleh bersalin.

Nurse turunkan katil aku supaya kedudukan aku betul2 terbaring. Kaki aku di strap pada palang yang membuatkan aku mengangkang, then sokongan moral daripada nurse pun bermula. Aku terasa macam wakil malaysia dalam sukan Olimpik dah ni. "teran, teran, jangan berhenti teran.".

Korang bayangkan la, waktu tu brekfes yang aku makan kul 8 pagi tadi tu, belum hadam lagi. Masih lagi ada berkocak dalam perut. Pastu aku plak kena baring flat, then kena teran. Memang terkeluar balik la brekfes tu. Dalam erti kata lainnya, aku meneran sambil termuntah air koko bercampur roti then terpaksa telan balik muntah tu sebab tak sempat plak nak request bekas untuk buang muntah tu. Aku rasa dalam 2, 3 kali juga aku telan muntah sendiri tu. Hadoii. Macam-macam la. Masa Luth dulu aku terberak. Kali ni aku termuntah pulak. Tak senonoh je aku ghase. Aku rase 2 kali je aku teran. Jam 8.31am, selamat la bayi aku lahir ke duniawi ni. Kali ni betul-betul aku rasa perasaan 'bila tengok je baby, perasaan sakit tu semua hilang'. Baby aku terus dibungkus selepas dia dilahirkan, tapi kulit dan kepala dia memang bersih. Takde lendir putih yang biasa ada pada baby tu. Aku dengar doktor dan nurses pun kata bersih je baby ni. Memang beza dengan Luth dulu. Pada rambut Luth ada putih, dan darah2 sikit. Rasanya sebab semasa mengandungkan anak kedua ni, aku memang banyak minum air kelapa yang mana, sewaktu mengandungkan Luth dulu aku tak boleh minum sangat air kelapa.

Bila selesai lahirkan baby, aku tanya doktor, perlu jahit ke tak? Doktor kata kena jahit sikit. Pastu kena bebel dengan doktor, katanya dia dah suruh teran slow-slow, tapi aku bantai teran laju-laju plak. Huhu. Dah tu mana la aku dengar doktor kata apa, sebab td yang duduk di kiri kanan telinga aku ialah nurses. Derang yang suruh teran jangan berhenti. Tapi takpe la. Yang penting dah selesai dan selamat melahirkan. Syukur alhamdulillah. Nurse kata aku senang bersalin. Walaupun aku sendiri rasa macam susah dah tu. Aku tak tau la kalau yang lagi susah bersalin tu cemana dugaan mereka. Lagi la teruk agaknya. Aku cuma mampu tabik spring kat orang yang susah bersalin tu dan ingin aku katakan bahawa korang memang ibu yang terhebat untuk anak masing-masing.

Aku duduk di wad selama 1 malam sahaja. Alhamdulillah, aku sihat, baby sihat. Semuanya mudah untuk aku dan keluarga kecil aku. Semuanya adalah dengan izin dan pertolongan daripada Allah. Terima kasih juga aku ucapkan kepada kawan2 dan my blog's readers yang turut mendoakan kemudahan untuk aku.

Okay, lepas ni aku perkenalkan baby aku di blog hokey. Wait up.

Comments

  1. tahniahhhhh di atas kelahiran baby , tak sabarnyaaaa nk tengok baby :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah lyd..
    tahniah atas kelahiran anak kedua..
    syukur dipermudahkan...
    xpelah, mgalah demi luth.. tp mmg kt rasa nk husb teman kan...
    apa y pting dh selamat....
    selamat berpantang ye lyd...
    x sbr nk tgk photoshoot mcm luth dulu.. hehe..

    **suka nama baby... ringkas n pendek

    ReplyDelete
  3. Tahniah lyd, alhamdulillah dipermudahkan...luth dah j bang long...:)

    selamat berpantang...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    selamat semuanya..
    perit kan muntah tu..

    selamat berpantang.. jaga diri :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah Lyd. dah lama tak berblog masing2 dah menambah umat :D
    syukur Alhamdulillah..baby Yafith pun comel sgt! geram tgk ;*

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.tahniah Lyd !
    dah lamatak berblog ni rupanya masing2 dah bertambah umat. syukur :)
    comel baby Yafith..sihat bambam. geram tengok! ;*

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...