Skip to main content

Posts

Cranky & Clingy

Sejahteralah ke atas kamu... Tajuk je bahasa inggeris, post ni dalam bahasa melayu. Jangan risau. Berdebor la tu nak buka google translate. Heheh. (cheh aku ingat org lain bodo bahse inggeris macam aku gamoknya. Kekeke.) My Beloved Husband Sejak aku pregnant ni, orang yang paling penat ialah husband aku. Sebab aku sangat-sangat mabuk. Selalunya tak ada tenaga, moody dan tak larat nak layan si kenit budak Luth. Aku tidur awal. Kul 9.30 malam aku dah tido. Husband pulak akan take over semua..... Maksud aku SEMUA tugas-tugas aku seperti basuh baju lipat baju sidai baju, kemas rumah, main dengan Luth, mandikan Luth dan penuhi semua keperluan rumahtangga termasuk la memasak. Huhu... Walaupun dia hanya mampu masak nasi dan sayur. Kadang-kadang goreng cekodok. Atau rebus kentang dan telur. Bukan sebab dia tak boleh masak makanan-makanan canggih yang lain. Tapi aku tak boleh langsung nak terhidu bau-bauan menumis atau bau rempah-rempah. Memang termuntah la aku.  Aku kesian k...

Style Rambut Lelaki Melayu Jaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kami.. eh, ke atas kamu... Korang tahu cemana rambut mohawk? Takkan tak pernah dengar rambut mohawk? Ok, bagi yang tak tahu, ni la salah satu gambar rambut mohawk yang keluar bila ko taip 'mohawk'.  Aku perasan, ramai lelaki Melayu kat Malaysia ni yang suka buat rambut gaya mohawk ni. Kawan-kawan, keluarga, budak muda, budak kecik, separuh umur semua nak tiru gaya ni belaka. Selamat la aboh aku yang umur 80 tahun tu tak buat rambut gaya gini. Kalo tidak aku nak viralkan je kat FB biar dia femes. Boleh aku tumpang femes. Hehek. Amboi, giler femes rupa-rupanya aku ni ye. Biasanya rambut yang cuba digayakan oleh lelaki Melayu ni takde la macam gambar kat atas tu. Yang atas tu teruk benor rupe dia. Setakat yang macam Zayn Malik ni je. Kira jambu la kan kalau buat style rambut camni. Tapi harus la lelaki-lelaki melayu ingat, bahawa bukan semua jenis muka sesuai buat fesyen rambut gini. Kalau dah try sekali then nampak macam kelakar, next time...

Kisah Ibu Mengandung

Sejahteralah ke atas kamu.... Antara alahan mengandung dengan sakit bersalin, aku lagi tak tahan nak tanggung alahan mengandung. Ohh, saia taa kuadddd.... Sakit bersalin tu, walaupun kesakitan dia, memang bapak la sakit sangat, tapi dia macam sekali je. Rasa sakit sebelum bersalin masa contraction, lepas tu bersalin... then dah takde dah sakit tu. Tapi kalau alahan.... aduiii... pening kepala, loya sepanjang hari. Dulu masa pregnant kan Luth, aku memang akan muntah setiap kali aku makan. Huhu. Tiap-tiap hari. Sehinggakan berat badan aku turun banyak kilos. Aku dah tak ingat tapi aku rasa macam belas-belas kilo jugak turun. Mengandung kali ini, aku harap yang alahan tu tak terjadi. Kalau setakat rasa loya-loya tu bagi aku, aku masih boleh handle. Masa mula-mula aku tahu aku pregnant ni, kandungan dalam 5 minggu. So, alahan tu takde sangat melainkan rasa loya je. Aku dah rasa happy sebab harap-harap macam gitu je la alahan aku untuk trimester pertama ni.  Masuk je 7 ming...

Entry Ini Tiada Gambar.

Sejahteralah ke atas kamu... Dua minggu yang lalu, aku jadi tak faham dengan diri aku sendiri. Mula-mula aku asyik rasa serabut sampai aku rasa macam muka aku nampak hitam dan keruh. Takde nur bak kata orang. Pastu aku memang rasa macam cepat naik hangin. Owh, kawan aku kata bukan ke selalunya aku memang cepat marah jugak ke? Ye la, betul la tu cuma pada 2 minggu sebelum ni, aku sekali ganda lagi cepat naik hangin daripada biasa. Selamat la aku tak marah Luth atau pon suami aku. Masih lagi waras kat situ. Lepas tu perut aku pulak asyik meragam je. Aku ni memang ada gastrik. Gastrik ni kalau dengar macam penyakit enteng je. Namun, hanya sape yang ada gastrik je tahu apa perasaannya sakit gastrik tu. Ini bukan semata-mata alasan sakit bagi orang yang malas puasa ye. Memang seksa gastrik ni. Tapi dua minggu lepas, memang gastrik aku berlebihan sikit. Aku macam rasa bloated sepanjang masa. Pastu banyak sendawa, yelah dah bloated kan.   Lagi teruk bila aku rasa macam s...

Untung Larrr Anak-anak Zaman Sekarang *Ayat Cliche

Sejahteralah ke atas kamu.... Anak aku dah tak berapa minat dah menonton Baby TV. Sekarang ni dah mula nk jadi kanak-kanak normal yang suka tengok TV, cerita otomen [baca: ultraman]. Tapi aku taklah bagi sokongan sangat kalau dia nak tengok otomen. Memang aku pesan ke dia, berlawan tak baik, ultraman ni tak bagus. Tapi dia bukan kesah pun bila aku bagi ceramah gaya gitu ke dia. Dia makin ajak aku berlawan lagi ada. Tersinggung hati kecil aku hokey bila ajak berlawan, dia suruh aku jadi dinosaur [raksaksa]. Ye la.. yela.. mama tau la mama besor macam dinosaur. Dia mesti nak jadi hero kan. So, hambik... hambik semua. Hambik menang. Ceh, dengan budak kecik pun nak emo. Walaupun aku tak galakkan sangat dia tengok cite otomen, tapi ada satu cerita katun yang aku approved kalau dia suka tengok. Mungkin sebenarnya sebab aku pun suka katun tu. Robocar Poli. Comel sangat kereta-kereta yang boleh transform jadi robot penyelamat. Kartun daripada Korea. Yang aku nak ceritanya, bila ...

Cover La Sikit Sikap Pemalas Tuh!

Sejahteralah ke atas kamu... Entry ni takde gambar. Sebab ni entry marah lepas tu nak berleter.  Kita kalau pergi rumah orang, kita macam automatik faham-faham-sendiri je untuk jaga kelakuan. Kalau tumpang solat contohnya. Pinjam sejadah. Pinjam telekung. Selepas solat, kita lipat sejadah tuan rumah yang kita gunakan tu elok-elok. Lipat telekung elok-elok. Kita segan la kan (baca: malu, bukan segan=pemalas macam orang utara kata), dah menumpang kat rumah orang, kena la jaga tatasusila dengan baik. Walauuuuupun, hakikat sebenar kalau kat rumah, lepas solat kita longgok je telekung dgn sejadah tu ikut sesedap rasa. Paling tidak, biarlah kita cover sikit sikap pemalas kita tu masa bertandang kat rumah orang. Kan? Kan?  Kat rumah orang, pandai kita jaga kelakuan. Habis tu kenapa kalau bertandang ke rumah Allah, selepas solat, telekung dengan sejadah tu tak diletakkan pun seperti keadaan semasa kita ambil? Kalau selalu travel, tak kiralah balik kampung atau bercuti, bi...

Kecelakaan Semalam

Sejahteralah ke atas kamu... Selepas mengambil Luth dari rumah pengasuh, aku terus bawa Luth ke taman.  Mula-mula dia main gelongsor. Lepas tu main buaian. Selalunya buaian yang dia main, jenis buaian yang untuk baby. Yang ada hadang kat sekeliling buaian tu. Yang macam cawat besar tu. Korang dapat imejing tak? Tapi semalam ada baby yang lebih kecil sedang menggunakan buaian cawat tu, maka aku letakkan Luth pada buaian biasa.  Memang la nampak Luth agak kekok sebab dia kena imbang badan. Dia tu badan tak berapa keras sangat lagi. Masih goyah. Aku hayun buaian Luth dengan berhati-hati, tetapi walaupun berhati-hati, tangan aku yang menghayunkan buaian ni mampu menggoncang dunia hokey. Eh tetibe. Tiba-tiba Luth cakap, "Abang Amin". Abang Amin tu ialah kawan yang tinggal bersama dia di rumah pengasuh. Aku terus tanya, "Mana?". Luth tunjuk la Abang Amin dia. Perhatian aku teralih sekejap masa tengah cari Abang Amin Luth, sampai aku terlupa yang aku tenga...