Skip to main content

Kisah Ibu Mengandung

Sejahteralah ke atas kamu....

Antara alahan mengandung dengan sakit bersalin, aku lagi tak tahan nak tanggung alahan mengandung. Ohh, saia taa kuadddd.... Sakit bersalin tu, walaupun kesakitan dia, memang bapak la sakit sangat, tapi dia macam sekali je. Rasa sakit sebelum bersalin masa contraction, lepas tu bersalin... then dah takde dah sakit tu. Tapi kalau alahan.... aduiii... pening kepala, loya sepanjang hari.

Dulu masa pregnant kan Luth, aku memang akan muntah setiap kali aku makan. Huhu. Tiap-tiap hari. Sehinggakan berat badan aku turun banyak kilos. Aku dah tak ingat tapi aku rasa macam belas-belas kilo jugak turun. Mengandung kali ini, aku harap yang alahan tu tak terjadi. Kalau setakat rasa loya-loya tu bagi aku, aku masih boleh handle. Masa mula-mula aku tahu aku pregnant ni, kandungan dalam 5 minggu. So, alahan tu takde sangat melainkan rasa loya je. Aku dah rasa happy sebab harap-harap macam gitu je la alahan aku untuk trimester pertama ni. 

Masuk je 7 minggu, dah mula la episod muntah kuning tiap2 hari. 2 hari lepas, sampai tahap aku terpaksa berhentikan kereta kat tepi jalan sebab aku dah termuntah dalam mulut masa tengah drive. Bayangkan kemam muntah dalam masa beberapa minit. Gelinya jangan cerita la. So, sekarang ni, berat aku sedang menyusut. Sebab memang tiap2 hari aku muntah. Dari satu segi, aku rasa agak bagus sebab at least, nanti bila selera aku dah okay, takde la naik banyak sangat berat aku kan? Cuma nak tanggung sakit perut gastrik tu, pastu betapa peritnya tekak sebab muntah tu yang keluar air asid perut. Pastu bila aku muntah kat umah, budak Luth tu sibuk berdiri tepi aku, pastu nak dukung masa aku tengah muntah tu. Sebab nak tengok. "Mama, engok, nak engok". Eii.. Kalo ikutkan rasukan ablasa, aku nak tengking je sekali budak tu. Dia tak tau ke aku tengah dalam keadaan genting yang tak best langsung perasaannya? Dia pulak sibuk nak tengok. Tapi aku masih bersabar... aku gosok kepala dia je sambil muntah. Lepas tu suruh dia tengok TV. Penyabar kan aku? Kuheh...kuheh...

Masalah yang menyebabkan aku gastrik tu ialah sebab aku tak selera makan. Langsung aku takde perasaan teringin nak makan apa-apa. Tiap2 hari puas aku perah otak aku ni memikir nak makan apa.Tapi semua benda aku macam takde hati nak makan. So, bila perut aku lapar, asid perut dah makin banyak, tu yang buat aku muntah tu. Memang seksa kalo takde selera makan ni. Pastu ada benda yang aku makan, yang perut aku takleh hadamkan. Contoh aku makan nasik lemak pagi. Tengahari aku makan roti. Petang karang, aku boleh muntah keluar nasik lemak. Sepatutnya dah lebih daripada 4 jam dah hadam la kan? Seolah-olah badan aku takleh digest makanan tu. Aku pun pelik.

Aku memang berharap anak kali ini perempuan. Saje je la nak bagi cukup sepasang. Kalau ikutkan aku tak kisah pun. Lelaki pun okay. Cuma kalo anak pompuan, seronok la aku jahit gaun kat dia banyak-banyak. Nak jahit kat anak orang, sometimes aku rasa orang bukan hargai sangat hasil jahitan aku. So, daripada aku sentap, lebih baik aku takyah bagi kat orang dah la hasil jahitan aku. Biar aku sendiri je guna. Memang, aku sedar jahitan aku bukan cantik pun. Eh, tetibe buat cerita sedih.

Cerita pasal menjahit. Dulu sebelum pregnant anak kedua ni, aku dah plan nak jahit baju pregnant sendiri. Macam-macam pesen dah terbayang dalam kepala ni. Nak buat gitu, gini. Sekali sekarang bila dah pregnant, aku pandang mesin jahit pun dah rasa macam nak pitam. Apatah lagi nak main dengan jarum dan benang. Mekasih je la. So, nampak macam harapan untuk jahit sendiri baju mak mengandung tu macam makin tipis. Huhu. Kena beli je la ye bubi.

Itu je la buat masa ni. Aku memang tak larat ni. Kena baring untuk hilangkan rasa loya ni. Tapi waktu ofis, mana la tenang sgt nak gi baring-baring kat surau kan? Nak MC kang rasa macam takut rekod kehadiran tak cantik pulak.

Comments

  1. wah tahniah lyd..seronoknya luth nk dpt adik lagi...yeayyyyyy..

    ReplyDelete
  2. Hihihi...sama le macam koi...muntah kuning tiap hari...tekak sakit sbb itu adalah jus gastrik...
    Masa preggy kembar ari tu..koi dah start join stg...so makanan ruji koi hanyalah mineral coffee...

    Pelikkan...dah ptg boleh pulak muntah keluar makanan sarapan tadi..

    ReplyDelete
  3. Eh..lupa nak ucap tahniah..sibuk benor dgn kopi nya teh...
    Tahniah lyd...aku doakan dapat anak pompuan plak ye...best..leh jait jait gown..

    ReplyDelete
  4. Baca entry teringat kisah mengandung 3 orang anak ai tu.. eemm.. lain anak lain ragamnya tapi 3 bulan pertama tu memang hazabedahlah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Lyd.. semoga dapat anak dari jantina yg diidamkan. Apa pun kita merancang dan mengharap, Dia yg menentukannya. Yg penting semuanya selamat...

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Alahai kesiannya orsng yg kena teruk alahan..sy Alhamdulillah dua2 anak tak teruk la.cuma pening2 loya je..pastu ok..muntah tu yg seksa tu..bawak bersabar ya mama luth..besar pahalanya org mengandung.hehe

    Semoga adik luth girl.Amin..

    ReplyDelete
  8. tahniah ye lyd
    saya masa mengandung anak kedua yang alah teruk
    sampai banyak kali masuk wad sebab kurang air dalam badan
    memang kalau teringat terasa azab betul. siap minta cuti tanpa gaji selama sebulan
    tak larat betul badan masa tu. tak mampu urus diri sendiri
    mujur suami sangat faham

    saya doakan moga lyd dapatlah sepasang macam saya...insya allah
    jaga diri elok2 ye. jangan bagi perut kosong
    makan sikit tapi kerap ye =)

    ReplyDelete
  9. huhuhuuu.. gigih baca cerita ibu mengndung nie sebab isteri pun mengandung ank sulung :D

    ReplyDelete
  10. aduhai luth mama muntah pn nak tengok... hehehehe klu org lain lari 4 batu xnak tgk or dengar.. kihkih bnyakkn brsabar sis.. cari suplimen ke ape yg boleh bagi keyang... kesian bila gastrik dtg...sy tahu sakit gastrik 2 sakit alahan mengandung xtahu.. hehehehe

    ReplyDelete
  11. aamiin
    semoga dapat baby girl

    lyd sya hari tu mnm pati delima gulsan
    alhamdulillah lah sampai ke sarat amalkan.

    awal tu say pening lalat juga n muntah setiap kali lps gosok gg.. lps amalkan pati delima.. hilang semua tu..
    jaga diri

    ReplyDelete
  12. lya doakan moga diipermudahkan..

    kata org, bila truk mgndung dipermudahkan bsalin.. dan ade org mudah mgandung, ade komplikasi or msalah bila bersalin..ade jugak 2-2 keadaan mudah n sebaliknya

    ReplyDelete
  13. Tahniah lyd. Bertabahlah. Dugaan ibu mengandung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...