Skip to main content

Posts

Niat Aku Memang Nak Menunjuk Hakhak

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku register dengan MPH Online. Padahal MPH di Nu Sentral tu macam 60 langkah je daripada ofis aku. [Eh, ke lebih? Ke kurang? Tak sure la aku]. Mula-mula dah pergi MPH Nu Sentral nak beli buku-buku ni. Tapi buku Jerry D Gray tu tak ada di MPH Nu Sentral, kena beli di Mid Valley. So, aku letak balik semua buku yang aku dah ambil tu, then aku decided untuk beli online je la semua buku-buku tu. First time beli online akan dapat diskaun 20%  bagi setiap buku tau? Lepas tu kalau beli lebih daripada RM50, akan dapat free delivery. So, lagi untung la aku beli online. Giler kentang sangat minat cerita Hobbit. Aku beli novel dia. Senang sikit aku nak tenggelam dalam dunia khayalan Middle Earth. Wah gitu.  Sekarang aku tengah baca Catatan Mat Luthfi. Bagi aku personally, buku dia tu mcm baca blog tapi dalam versi buku. Isunya random dan kebanyakannya cerita-cerita kosong je.  Tapi bagi aku, buku apa sekalipun, pasti ada sedikit ilmu...

Wordless Wednesday : Santapan Jasmani

Sejahteralah ke atas kamu... Nasi Yemeni Mendi.  Tapi lauk ikan kembong. Kuheh...kuheh. Ikan ini belum digoreng. Ini Harath Sos. Nak buat guane. Kito Arab Pata Timmo. Mujo la tok cicoh nge buddu. Sekian.

Tiket Zoo Negara RM30 Untuk Dewasa

Sejahteralah ke atas kamu... Aku dan suami memang sukakan haiwan. Zirafah sangat cantik. Perfect. Gajah sangat comel. Elegant. Cool. Harimau sangat berani. Singa jantan sangat macho. Kuda belang pun cantik sangat. Aku sedang mendidik anak aku untuk cintakan haiwan juga. Bila pergi zoo, aku akan lebih beriya daripada Luth bila tengok haiwan. Tak dapat nak diungkap dengan ayat-ayat untuk menggambarkan perasaan excited aku bila tengok binatang-binatang besar tu. Subhanallah, masyaAllah. Ciptaan Allah.  Tiket untuk tengok panda 2 ekor tu pulak RM50 untuk seorang dewasa. Ye, memang lagi murah daripada kos untuk pergi balik ke negara China beserta penginapan dan makanan kalau kita nak tengok panda di sana. Tapi still aku tak mampu la nak masuk tengok panda tu. 2 orang dah RM100. Boleh 2 kali pergi makan kat restoren sushi. Jadi, tengok je la panda yang ada kat luar tu je, walaupun fake.  Pegi ni pun tak sempat pergi ke Kompleks ...

Kenapa Lelaki Tak Cepat Melenting Dan Kisah Cincin

Sejahteralah ke atas kamu... Satu masa dulu, rumah aku pernah dimasuki pencuri . Barang kemas aku yang memang dah sikit tu pun nak dikeruknya. Diantara barang kemas aku yang dah bertukar milik tu ialah 2 bentuk cincin, [1 bertunang dan satu cincin yg arwah mak hadiahkan], rantai tangan kahwin dan 2 utas rantai tangan lain. Itu je lah barangan emas yang aku ada. Aku ni sebenarnya tak la berapa suka sangat pakai barang emas, eh sebenarnya aku takut. Takut kena rompak. Sebab tu le cincin dan rantai tangan tu aku tak pakai dan tinggalkan je kat rumah. Kononnya lebih selamat. Sekali... kalau dah tertulis yang itu bukan rezeki aku, letak kat rumah pun kena rembat juga. Kuang hasam punya penyamun. Sejak kejadian tu.... Aku lagi la rasa tak yakin nak beli barang kemas. Kalau beli pun sorok betul-betul, tak la main lempar je merata-rata mcm dulu. [Aku harap pencuri tak dapat cari tempat aku sorok tu. Eh tapi lagi baik aku berharap agar pencuri tak masuk dalam rumah aku lagi].  ...

Tips Mengamalkan Baca Al Quran 1 Ayat 1 Hari Untuk Orang Biasa Macam Aku

Sejahteralah ke atas kamu.... Al Quran ini adalah mukjizat yang terbesar yang Allah turunkan untuk umat manusia. Umat manusia tu siapa? Kita la. Tak lain dan tak bukan. Memang kita la yang kena baca Al Quran ni. Aku yakin ramai yang mahu mengamalkan membaca Al Quran setiap hari. Paling tidak pun nak baca satu ayat pun dah cukup la setiap hari. [Selain daripada baca di dalam solat la maksud aku]. Tapi.... azam tu hanya sekadar azam je betul tak? Nak laksanakan tu... memang sangat mencabar. Aku faham. Sebab itu bukan hanya masalah ko sorang. Semua orang mengalami ujian yang sama. Ujian untuk merasa berat untuk membaca Al Quran. Syaitan ada di mana-mana. Kita rasa macam kita tak sempat nak baca Quran, dan rasa nak postpone membacanya waktu kemudian, tapi waktu lapang tu seperti bermain galah panjang pulak dengan kita. Kejap ke kiri, kejap ke kanan, kekadang macam dekat, kekadang jauh, tapi selalu je terlepas. Korang paham ke tak apa aku cakap ni? Tak faham angkat tangan. Di s...

Aku Paling Suka Musim Hujan

Sejahteralah ke atas kamu.... Semua pun sedar cuaca di Malaysia pada pertengahan tahun sangatlah panas dan berjerebu. Sangat tak selesa. Tidur malam pun panasnya lain macam. Siang hari pun nampak kelabu kerana jerebu. Penyakit pun banyak hinggap pada waktu cuaca panas. Aku rasa sangat terganggu. Oleh sebab itu, musim hujan adalah waktu yang paling aku sukai dan tunggu-tunggu. Sebab hujan memberikan hawa yang sejuk, nyaman dan selesa. Walaupun pada musim hujan ni baju lambat kering sebab matahari bercuti tahunan, walaupun banyak aktiviti tertangguh kerana cuaca hujan. Aku tetap suka hujan.  Namun...... Bila hujan yang sama, yang aku sukai dan tunggu-tunggu itu telah menyebabkan banjir besar di sebahagian negeri-negeri di Malaysia ini, aku dah jadi tak pasti wajarkah aku masih terus memuja hujan. Maafkan aku kerana sentiasa berdoa agar hujan turun. Maafkan aku kerana apabila banjir terjadi kerana hujan turun tidak berhenti-henti, aku hanya mampu melihat daripada jauh dan...

The Hobbitses Trilogy Memang Terbaik!

Sejahteralah ke atas kamu... Filem yang paling aku suka sepanjang hidup aku ialah The Lord Of The Ring Trilogy dan yang terbaru ni The Hobbit Trilogy. Memang aku suka pada filem-filem ni tahap terlampau. Filem Transformers pun aku suka tapi tak sampai pergi tengok wayang la. Setakat cerita lain, aku tak kisah pun nak tunggu lama sikit untuk tengok yang download free kat internet atau pun tunggu je keluar HBO. Tapi kalau The Hobbit ni, aku rela tak tunggu sebab aku nak tengok versi 3D kat panggung. Minggu lepas aku tengok The Hobbit The Battle Of The Five Armies, iaitu siri yang ke 3 dan terakhir di dalam trilogy ni. [ sebenarnya dah 2 kali aku tengok filem ni 3D. hahahah ] Bila tengok 3D, aku terasa seperti aku sebahagian daripada mereka. Aku terasa macam aku ada kat situ bersama-sama mereka berperang dengan Orcs dan Goblin. Bila habis filem tu, aku pulak yang rasa sedih mcm nak berpisah dengan kawan-kawan rapat yang dah bersusah dan bersenang sama-sama. Gituw. Good Feel...