Skip to main content

Posts

Animal Kingdom

Sejahteralah ke atas kamu... Ni cerita basi. Jumaat lepas, saya lunch kat KL Sentral. Jarang-jarang tau saya lunch kat luar. Biasanya saya beli, dan bawa balik ofis, makan kat ofis sampai pengsan. Saya makan kat Burger King dengan si Hazy . Masa nak balik tu, kami lalu ikut depan entrance KTM Station, pastu nampak kat ruang legar berhampiran situ, ada ramai orang tgh berkerumun. So, saya dengan ala-ala The Mask Cuban Pitt terus meluru ke situ drag si Hazy tu sekali. Rupa-rupanya ada book sale. Murah je. RM5 je harga semua buku kat situ. Sebenarnya memang la buku-buku2 tu lama punya. Tapi bagi saya, buku itu ilmu. Sampai bila-bila pun ilmu itu takkan expired. So, saya memang selok parok excited habis bila tgk harga buku-buku tu. Masa tu dlm purse cuma ada RM5 je. Ingatkan lepas makan baru nak kuarkan duit. Tetiba bila dah ada kat situ, tetiba je rasa mcm tak menyempat-nyempat nak beli dan-dan tu jgk. So, pinjam duit Hazy Rm10. Heh. Nasib baik belum kuar duit. Kalo tidak confirm saya be...

Dah Tau Kesannya, Tapi Masih Juga Buat

Sejahteralah ke atas kamu... Entry yang tak berfaedah macam ni saya rasa lebih sesuai saya tepet pada hari Sabtu kot. Sebab biasanya hari Sabtu, traffic ke blog saya ni kurang. So, tak ramai orang baca saya anggap begitu. Kronologi berpakaian seksi oleh artis-artis; 1. Pakai seksi melampau di Public Event ATAU buat perangai tak senonoh [minum arak, bercumbu, berpelukan, bercuti dgn pasangan bukan muhrim pastu amik gmbar dan upload di laman social] 2. Kena maki dengan peminat sebab pakai tak senonoh ATAU buat perangai tak senonoh [minum arak, bercumbu, berpelukan, bercuti dgn pasangan bukan muhrim pastu amik gmbar dan upload di laman social]. 3. Minta maaf ATAU nafikan diri sendiri bersalah. 4. Lama-lama peminat akan lupa. 5. Next time buat lagi. Ulang balik cycle yang sama. Kenapa artis suka pakai seksi atau buat perangai tak senonoh walaupun mereka tahu peminat dan pembenci akan kondem mereka dengan kata-kata nista sebanyak 2.4 juta guni? Takkan mereka tak baca surat kabar betul tak? ...

Sofia dan Isabella

Sejahteralah ke atas kamu... Kenal tak budak berdua ni; Yang tinggi bernama Isabella Bliss dan yang rambut hitam itu adiknya Sofia Bliss. Mereka adalah sepasang kembar. Peserta Junior Masterchef Australia Season 1. Tak seiras langsung kan? Sofia ni ikut mak dia, orang Italy. Sebab tu rambut hitam. Isabella plak ikut ayah. Orang Australia la kot. Saya Google profile mereka, mereka ni sejak umur 3 tahun lagi dah belajar buat pasta. Saya, umur dah 30 tahun pun nak beli pasta segera kat kedai pun tak reti. Walaupun Junior Masterchef Australia 1 [JMCA1] ni dah tahun lepas dah selesai, tapi saya baru je tengok lagi skali ulangannya kat StarWorld 711. Mereka ini berusia dari lingkungan 9 hingga 13 tahun. Yang paling muda ialah Sienna, 9 thn. Yang paling besar ialah Jack, 13thn. Kalau tengok skill memasak dierang, saya rasa mcm nak nyuruk dalam reban ayam sebab malu wooo... Bebudak lagi dah pandai masak macam-macam. Pastu kreatif tak hengat. Saya malu ni wei. Malu ni.. Nak nyuruk...

Mengumpat Iklan

Iklan Huggies Menggunakan lagu 'Baby' daripada Justin Bieber sebagai lagu latar iklan tu. Liriknya "Huggies, Baby, Baby's B" ulang 2 kali. Saje nak tau je, apa maksud "Baby's B" tu? Puas saya cuba relatekan dengan Huggies. Iklan Maggi Kari Adegan bebudak main nyorok-nyorok. Watak utama tu bapak le losernya. Time main dengan kawan2 pun nak gunakan mak untuk pancing supaya kawan2 keluar dari tempat sembunyi dengan bau megi. Saya dulu masa kecik, waktu main mana dok dekat2 dgn mak. Time main kita adalah seorang yg acekonon independence. Iklan Teh Sabah Interview dengan soalan, "tahukah anda bahawa daun teh terus di proses tanpa dibasuh" tu kalau ditanyakan kepada saya, confirm terus saya jawab, "ntah.. saya tak kisah pun sebab saya tak minum teh pun kat umah.". Sekian umpatan hari ini. Takde Motif.

Astana Idaman

Sejahteralah ke atas kamu... Agaknya... apa perasaan saya jika saya ni seorang yang kaya raya? Adakah saya seorang yang sombong? Atau mungkin saya seorang yang humble dan low profile? Kalau saya kaya, macamana saya akan belanjakan harta kekayaan saya? Adakah saya berbelanja sewenang-wenangnya kerana saya mampu? Atau saya hanya membeli apa yang saya perlu? Susah nak jawab bukan? Sebab saya belum jadi kaya. Masa belum kaya ni, manusia bleh janji macam-macam. Nak mendermalah, nak bantu orang susah, nak pelihara anak yatim dan sebagainya. Tapi semuanya bolehlah cakap sebab belum diuji dengan kekayaan. Siapa tahu, bila benar-benar ditakdirkan Allah untuk saya menjadi kaya, mungkin saya menjadi seorang yang sombong dan lupa diri? Astagfirullah. Mohon dilindungi aku daripada segala sifat keji. Ujian susah, ujian hidup miskin biasanya mampu dihadapi oleh ramai orang. Saat susah, ketaatan kepada Allah semakin kuat dan kental. Namun ramai yang gagal bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan. Buk...

Konflik Yang Tak Berkembang

Sejahteralah ke atas kamu... Sila perasan, drama Melayu sangat kerap menggunakan jalan cerita 'wanita termengandung' sebagai salah satu konflik yang paling utama. Hero tak dapat bersatu dengan heroin sebab difitnah oleh pompuan lain yg mengandung dan minta dipertanggungjawabkan. Konflik yang ada dalam drama Melayu balik-balik tentang minum, mabuk-mabuk, bercouple lepas tu terlanjur dan kena rogol. Tolonglahhhhh... Cuba bayangkan yang tengok drama tu adalah anak-anak remaja yang masih bersekolah. Tidakkah membuatkan mereka keliru tentang pergaulan? Tak senak ke otak mereka fikir, "bercouple pegang-pegang tangan ni adalah perkara normal je, so aku boleh buat.". Atau "berjumpa kekasih di tepi tasik, atau berpelukan bila sedih adalah dibenarkan, so aku boleh buat.". Kita bercakap tentang kefahaman anak-anak ni nanti. Mereka akan besar dan akan lalui perasaan itu semua. Dah tu camana? Mak dia ni nak jugak tengok TV. Tapi nanti anak pun ikut tengok sekali, pastu j...

Dah Mula Risau Untuk Didik Anak-anak

...walaupun belum ada anak. Haihh... Warning : Entry ini sangat panjang, bosan dan meleret. Jika tidak mempunyai kesabaran, sila sediakn asam boi utk dimakan sambil membaca entry ini. Sejahteralah ke atas kamu... Memang saya belum mempunyai anak. Namun saya sudah mulai merasa gentar untuk mempunyai anak kerana cabaran untuk mendidik anak-anak di zaman ini, kelihatannya seperti tidak begitu mudah. Ye. Saya faham. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan dengan apa yang mampu dibebankan kepada mereka. Tapi mak.... saya suka rasanya risau itu masih juga muncul di benak walaupun sudah cuba disisihkan daripada minda ini. Saya cuba imbas semula pengalaman saya yang sangat sedikit ini semasa saya bertugas sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah pada tahun 2000. Lama dah tu. 11 tahun yang lalu. [Ok, untuk makluman, LydSunshine ini bukanlah seorang yg masih muda ye... Sudah hampir kerepot.. kehkehkeh.]. Pada waktu itu saya ditugaskan mengajar murid-murid Tahun 3. Alaa... ganti g...