Skip to main content

Dah Tau Kesannya, Tapi Masih Juga Buat

Sejahteralah ke atas kamu...

Entry yang tak berfaedah macam ni saya rasa lebih sesuai saya tepet pada hari Sabtu kot. Sebab biasanya hari Sabtu, traffic ke blog saya ni kurang. So, tak ramai orang baca saya anggap begitu.



Kronologi berpakaian seksi oleh artis-artis;

1. Pakai seksi melampau di Public Event ATAU buat perangai tak senonoh [minum arak, bercumbu, berpelukan, bercuti dgn pasangan bukan muhrim pastu amik gmbar dan upload di laman social]

2. Kena maki dengan peminat sebab pakai tak senonoh ATAU buat perangai tak senonoh [minum arak, bercumbu, berpelukan, bercuti dgn pasangan bukan muhrim pastu amik gmbar dan upload di laman social].

3. Minta maaf ATAU nafikan diri sendiri bersalah.

4. Lama-lama peminat akan lupa.

5. Next time buat lagi. Ulang balik cycle yang sama.


Kenapa artis suka pakai seksi atau buat perangai tak senonoh walaupun mereka tahu peminat dan pembenci akan kondem mereka dengan kata-kata nista sebanyak 2.4 juta guni?

Takkan mereka tak baca surat kabar betul tak? Takkan mereka tak ambil contoh kontroversi artis lain yang buat perkara yang sama dan mendapat liputan yang agak lama tentang kesalahan mereka tu.

Konsepnya sama macam budak main mercun sampai putus jari. Setiap tahun masih jadi juga kes putus jari even worse putus tangan. Tapi masih juga ada budak yang tak serik-serik nak main mercun jugak kan?

Artis yang buat tak senonoh ni makin berleluasa puncanya daripada peminat jugak. Mereka tahu peminat akan marah. Mereka tahu peminat akan ikut kontroversi tu. Dan mereka suka bila diri mereka dijadikan berita utama. Yang pasti, mereka tahu walau apa pun mereka buat, peminat akan lupa dan tetap akan menerima mereka semula bila tiba masanya nanti. Jadi, mereka tidak terjejas apa-apa pun dengan apa yang mereka buat tu. Makin popular lagi ada.

Kadang-kadang saya tak faham jugak dengan artis-artis yang suka nak berpakaian sekshi ni. Apa yang motif mereka? Nak tunjukkan kepada orang, yang dia mereka memang cantik dan hot? Takyah tunjuk pun orang tau mereka memang cantik. Nak buktikan kepada orang body kamu hot? So, kalau orang tahu pun bukan semua orang boleh miliki mereka. Lagipun memang terbukti mereka memang hot, cantik menarik. Tak perlu buktikan lagi. Nak tunjukkan yang mereka tu berani mati punya? Nak tunjukkan kepada siapa? Nak bertanding keberanian dengan siapa? Pelakon porno? Please. Don't do that. Orang tak heran pun dengan pakaian-pakaian ko tu. Orang cuma suka kalo ko takde kontroversi macam Lisa Surihani walaupun badan dia sekeping je, pastu dada hampir nak rata tapi orang still suka. Sebab dia macam valuable untuk diminati. Ada fehem?

*Oklah.. Lisa Surihani pun bukan la role model terbaik utk dijadikan contoh. Boleh je saya nak bagi contoh artis bertudung sepeti Irma Hasmi yang sangat-sangat gorgeous selepas dia bertudung atau Diana Amir atau Siti Nordiana. Tapi ini nak bagi contoh dalam kategori yang setara dengan gambar wanita di atas la kan. Baru la adil. Ishh.. Korang ni... Tu pun nak komplen.

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...