Skip to main content

Sofia dan Isabella




Sejahteralah ke atas kamu...

Kenal tak budak berdua ni;



Yang tinggi bernama Isabella Bliss dan yang rambut hitam itu adiknya Sofia Bliss. Mereka adalah sepasang kembar. Peserta Junior Masterchef Australia Season 1. Tak seiras langsung kan? Sofia ni ikut mak dia, orang Italy. Sebab tu rambut hitam. Isabella plak ikut ayah. Orang Australia la kot. Saya Google profile mereka, mereka ni sejak umur 3 tahun lagi dah belajar buat pasta. Saya, umur dah 30 tahun pun nak beli pasta segera kat kedai pun tak reti.

Walaupun Junior Masterchef Australia 1 [JMCA1] ni dah tahun lepas dah selesai, tapi saya baru je tengok lagi skali ulangannya kat StarWorld 711.


Mereka ini berusia dari lingkungan 9 hingga 13 tahun. Yang paling muda ialah Sienna, 9 thn. Yang paling besar ialah Jack, 13thn. Kalau tengok skill memasak dierang, saya rasa mcm nak nyuruk dalam reban ayam sebab malu wooo... Bebudak lagi dah pandai masak macam-macam. Pastu kreatif tak hengat. Saya malu ni wei. Malu ni.. Nak nyuruk ni.. Eyahh.. eyahh.. Antara ramai-ramai ni yang sangat berpotensi ialah Sienna, Sofia, Lucy, Pierre dan Cassidy termasuk Jack dan Isabella.

Lucy tengah memasak diperhatikan oleh juri. Dia ni, kecik je. Nak amik bahan-bahan memasak dari rak pantry pun tak sampai. Tapi teknik memasak dia.. perghhh... peppepeperghhh...


Jom saya bagitau satu-satu nama hidangan yang disediakan oleh Isabella dan Jack [peserta akhir - Grand Finale].


Ini adalah Ricotta Gnocchi with eggplant by Isabella


Cherry, Berry, Creme Patisserie Tarts with Syrup by Isabella


Roasted pheasant breast by Isabella


Lemon Meringue Cup Cake by Isabella



Lamb Cutlet by Jack


Pheasant with Mushroom & Cherries


Tea Smoked Quail in a Citrus Sauce by Jack

Untuk Final pulak, Jack dengan Isabella ni perlu menyediakan dessert yang disediakan oleh pakar dessert Australia iaitu Adriano Zumbo. Dessert yang Mr Zumbo sediakan ni memang susah, banyak teknik dan setiap teknik plak remeh.

Nampak tu, lapisan bawah sekali sebagai base terdiri daripada kekacang, Pastri yang besar tu disumbat dengan custard pear dan jeli[yang 4 segi kat tengah tu] lapisan hapa benda ntah lagi kat atas tu, saya pun pengsan nak ingat.


Yang pasti, mereka berdua ni berjaya buat lebih baik daripada Adriano Zumbo menurut kata juri. Sampaikan 3 orang daripada 5 juri memberi markah 11/10 kepada Jack. Tapi sorry Jack. Last sekali Isabella yang menang.

Setiap kali saya tengok mereka memasak dan menyediakan hidangan pada setiap cabaran demi cabaran, hati saya mesti akan cair bila tengok mereka ni. Comel sangat. Terutamanya Lucy dan Sienna. Paras rupa tak perlu la nak komen lebih-lebih kan, sebab anak omputih memang senang nak nampak comel. Tapi karektor dierang tu yang membuatkan hati cair. Cara mereka menjawab soalan juri, sangat bernas dan matang. Pastu jawapan mereka pun kalah jawapan artis Malaysia bila ditanya soalan, "apa perasaan kamu pada malam ini?". Artis Malaysia konfirm akan bagi jawapan cliche "saya akan buat yang terbaik" foolfullstop. Ni kalo saya puji anak-anak orang Australia secara berlebihan ni karang ada plak yang sentap. Tapi kalau tak percaya, tengok le sendiri kat YouTube, karektor mereka ni sangat comel dan nampak macam ada good manner. Pastu confidence mereka lain. Sangat lain daripada anak-anak kat Malaysia ni. Bila mereka ditanya apa-apa, mereka jawab dengan confident. Rasanya anak-anak Malaysia kalo ditanya macam tu, mesti tersipu-sipu. Atau pun kalau tak tersipu-sipu, jawapan mesti skema macam jawapan buku. Haa.... Ok lah.. dah mula nak sentap lettew. I stop down now la ok...


Comments

  1. ya Allah, pandainya depa masak..
    kalau org Malaysia.. kanak2 seusia mereka hanya boleh main masak2..
    mcmn ek mereka didik anak2 mereka pandai msk mcm ni..

    ReplyDelete
  2. Sedang melayan cita nie.... ^_^ best2....

    ReplyDelete
  3. lawak le ko..hahahaha...aku gelak bila ko tulis "...jeli[yang 4 segi kat tengah tu] lapisan hapa benda ntah lagi kat atas tu, saya pun pengsan nak ingat"....serious beb, aku pun pengsan..hahahaha..

    Tp aku suka tengok msterchef australia berbanding USA...sbb USA banyak drama dengki mendengki..not good, not good...klu msterchef m'sia pulak..komen chef terlampau 'sendu'

    - yati G -

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya