Skip to main content

Posts

Dapat Hadiah Peti Sejokkkk!! LG Refrigerator-GR-V242RL (230L/2DOOR)

Iklan! Iklan! Iklan! Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sabtu lepas, saya jalan-jalan cari peti sejuk dengan suami saya. Kami cari di kawasan Puchong. Kriteria peti sejuk yang kami cari ialah dia mesti ada 2 pintu dan harganya dalam lingkungan RM900 ke bawah. Mula-mula kami pegi satu kedai kat Jalan Puchong. Puchong apa saya pun tak tau daaa... Tapi kat kedai tu nampak macam takda peti sejuk dengan kriteria yang kami cari. So, kami move to the next shop, kedai Kawanku. Kami harap-harap kat Kawanku akan jumpa yang murah. Sebab biasanya Kawanku ni diwar-warkan sebagai tempat yang menjual barangan elektrik dengan murah. Erm... Tapi hampa... Mahal juga. Kemudian kami teruskan lagi, melepasi IOI Mall Puchong untuk ke Courts. Excited juga nak ke Courts dengan harapan ada yang memenuhi kriteria sebab sebelum pergi tu, kami dah tengok catalog Courts [memandai je dierang letak catalog dalam peti surat aku... dah aku tengok.. then terpengaruh. ngehngeh]. Dalam catalog tu tunjukka...

Hadiah Kahwin Lagi. Wink! Wink! ~

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Hadiah yang terbaru saya terima sebagai hadiah perkahwinan saya ialah... jeng..jeng... Peti sejuk[nak buat seprais la konon bila cakap 'jeng..jeng' tu.. tapi kat bawah ni dah terpampang gambar peti sejuk.]. Wooohoooo!!! Super extra cool! Ini mungkin hadiah yang terakhir la kot, sebab saya kawen pun dah sebulan. Dah lama. Saya kini bukan lagi pengantin baru, tapi 'bekas pengantin' sahaja. Tapi tak tau la kot-kot ada lagi yg nak bagi hadiah untuk saya, saya terima je. Saya memang tidak ada peti sejuk. Kalau saya nak beli pun, mungkin 2,3 bulan lagi kumpul duit baru dapat beli. Tapi ofis saya [Division of ICT] sangat cool dan memahami keperluan saya... Owhhh.. terharunyer.... Mereka buat collection duit dan serahkan kepada saya. Kalau tak cukup, saya kena tambah sendiri. And guess what, saya hanya perlu tambah duit saya tak sampai RM200 pun untuk dapatkan sebuah peti sejuk LG Refrigerator-GR-V242RL (230L/2DOOR). Harganya ...

Iklan Yang Paling....

Sejahteralah ke atas kamu.... Suka tengok iklan tak? Maksud saya iklan kat TV. Dulu saya paling benci bila tiba waktu iklan [commercial break]. Now saya dah tak berapa benci. Bergantung juga la iklan apa. Ada iklan yang best, yang kelakar. Tak kurang juga ada iklan yang bila tengok je rasa nak bagi penyepak je. So, kat sini saya nak buat Anugerah Iklan LydSunshine. Anugerah ni tak penting pun, tapi saya suka. Dan mungkin juga kamu tengok iklan tu tak rasa apa-apa seperti yang saya rasa. Tak kisahlah. Tapi saya nak jugak share dengan korang pendapat saya tentang iklan-iklan ni; Iklan Paling Kelakar - Iklan Colgate Plax Mouth Wash. Ingat tak iklan ubat kumur Colgate ni. Yang sepanjang hari kena kumur sampai tak boleh bercakap tu. Kena saman, nak merayu polis pun sambil kumur, nak potong rambut kena gunakan bahasa isyarat nak ceritakan style rambut tu sebab mulut sibuk berkumur then nak order air pastu nak request minuman tu macamana pun guna bahasa isyarat last-last ada orang tak dapat s...

Tak Sengaja Punya Cerita

Sejahteralah ke atas kamu... Pernah tak kamu lalui ini.... Kamu sedang berjalan, secara tak sengaja baju atau pakaian kamu tersangkut paku, atau duri, atau tombol pintu atau besi tingkap dan lain-lain? Atau pun, pernah tak aksesori yang kamu sedang pakai seperti gelang atau cincin atau jam tangan atau cawat besi dan sebagainya tersangkut pada benang langsir atau pada alas meja atau cadar dan sebagainya? Kalau pernah, kamu perasan tak.... Perkara 'tersangkut' tu sangat mudah berlaku secara tak sengaja. Tetapi kalau kita sendiri yg sengaja nak sangkut, let say kita saje-saje nak sangkutkan benang selimut kita pada cangkuk gelang tangan kita... mesti terkial-kial nak buat kan? Jadi, hidup kita ni pun macam tu lah juga. Hal-hal yang kita tak harapkan terjadi, dengann mudah je berlaku. Tetapi jika pada waktu lain bila kita mengharapkan perkara itu terjadi, sungguh liat nak terjadi. Haiii... Kehidupan.. :)

Potong~

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Perkara paling potong sekali dalam hidup ini ialah... bila kita rasa marah. Kita takleh tahan. Kita nak lepaskan kemarahan tu. Kita nak membebel kepada orang yang kita marah tu. Atau lagi busuk, kita nak maki orang. Pastu, masa kita tengah marah atau maki dengan penuh kemarahan tu.... kita tersasul menyebut perkataan yg kita sebut masa tengah marah tu. Eeiiiyokkk.... Otometik akan terasa cam bodoh.

Niat Baik DiCurigai. Why?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Entry seumpama ini telah pernah saya karangkan semasa di blog friendster dahulu. Tapi tak kira, nak citer jugak. Memandangkan kat Malaysia ni terlalu banyak jenayah sampai tak cukup tangan polis nak rekod statement, saya selalu je mudah curiga dengan orang lain yang saya tak kenal. Jangan nak kata dengan orang yg saya tak kenal, kekadang dengan orang yang saya kenal pun saya curiga juga. Macamana la tak curiga, jenayah kat Malaysia ni kreatif sangat. Sesetengah tu, modus operandi dia yang kita sendiri tak pernah terfikir. Yang tak logik pun ada. Baling telur kat cermin keta orang malam-malam buta, pastu bila orang hidupkan wiper, then cermin jadi makin kabur, pastu bila keta berenti, perompak pun datang merompak. Ada jugak yang gunakan kanak-kanak sebagai umpan untuk berlakon jadi sesat, lepas tu budak tu mintak tolong hantar ke rumah, lepas dah hantar ke rumah, rupa-rupanya rumah tu sarang perompak. Itu baru cerita pasal teknik-teknik...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...