Sejahteralah ke atas kamu.... Saya jarang pergi bercuti (vacation). Kalau saya pergi pun, hanya sekadar check-in di hotel-hotel yang mur-mur* sekitar Lembah Klang. Saya ni tak suka penat. Kalau travel jauh-jauh, nanti perjalanan tu penat. Kalau esoknya kerja, hah kejang la badan. Mines Beach Resort ni letaknya di Seri Kembangan. Dekat je dengan The Mines Shopping Mall. Bila namanya 'resort', kita kena faham bahawa dia bukanlah hotel dengan bangunan tinggi. Resort biasanya konsep bangunan 3 hingga 6 tingkat yang melebar dari wing kanan ke wing kiri. Interior design agak menyenangkan. Banyak sofa di ruangan lobi. Boleh santai-santai melepak. Waktu saya pergi sini, tidak ramai yang datang menginap di sini. Jadi agak sunyi la. Saya lupa nak request 1 king bed. Patutnya bila anak ramai ni, kena request family room dah. Takleh duduk bilik deluxe dah. Tapi takpe, kita jimat mana boleh jimat. Resort ni resort yang dah lama. Semasa PKP di zaman Covid dulu, resort ni ditut...