Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu.  Warning. Entry ini tidak bergambar. Dan panjang. Siapa rajin baca, dialah insan terpilih. Aku memang tak kaya. Setakat ini, rezeki aku cukup dan tak pernah rasa kesempitan. Walaupun duit sikit, tapi aku tetap rasa lapang. Sentiasa merasa cukup. Itu, bagi aku adalah rezeki terbesar yang Allah anugerahkan kepada aku dan keluarga.  Cuma, walaupun cukup, tapi aku tetap tidak dapat nak membantu orang lain sangat. Kalau ada kawan atau saudara yang kesusahan, aku tak dapat nak bantu banyak. Setakat bagi pinjam serat-dua rat gitu je la sokmo. Kadang-kadang dapat balik. Kadang2 memang lenyap ditelan masa je la hutang-hutang tu. Aku rasa, aku ada perangai yang sukakan perkara-perkara ajaib. Aku suka tengok atau baca kisah yang menakjubkan, keajaiban Allah. Macam kisah masjid yang terselamat semasa dilanda tsunami. Seperti kisah saudara-saudara baru yang memeluk Islam dengan keajaiban kisah perjalanan mereka untuk melafaz kalimah syahadah. S...

Amazin' Graze Yang Sangat Om Nom Nom

Sejahteralah ke atas kami...eh, kamu.. Aku kalau datang angin aku malas nak breakfast , aku hanya akan makan makanan hamster. (malas tu merangkumi ; malas nak fikir nak makan apa, malas nak pergi cari kat cafe, malas nak kunyah, malas semua sekali la pendek katanya. Dan kalau nak tahu, boleh dikatakan setiap hari aku gitu (malas) kecuali weekend.)  Acah je. Takkan la aku nak makan makanan binatang pulak. Mesti la makanan manusia. (Kang tetiba kena saman 4 juta dengan Amazin' Graze sebab pitnah dia keluarkan makanan hamster.). Ini sebenarnya Hazelnut Blackforest Granola, tapi berperisa coklat yang sangat-sangat chocolaty taste. Nampak ni, gambar pada bungkusan ni siap ada gambar daun limau purut, daun kelapa dan daun pandan. Memula, Misha (jiran sebelah meja aku) yang beli di CVS Pharmacy. Aku mengecek sikit, sekali bila aku rasa, fuyyohh.. Sangatlah kena dengan 'chocolate tongue' aku ni. Sedapnyoh. Omm..Nom...nOmm... Mintak sikit lagi,.. nyom..nyom.....

Anak Hitam Anak Putih

Sejahteralah Ke Atas Kamu..... Pernah sekali, aku terbaca post kawan aku di FB. Katanya, semasa dia baru sampai di rumahnya, terdengar anak sulung perempuannya menangis dari dapur. Bila diselidiki, anaknya itu mencuci muka menggunakan pencuci muka mamanya (kawan aku la mama dia) sehingga pedih mata dan menangis. Punca anak kecil itu mencuci muka bersungguh-sungguh, kerana katanya "Nak jadi putih macam mama dan adik beradik yang lain)....... Anak itu usianya masih muda (Aku tidak ingat umurnya berapa, tapi masih sekolah rendah rasanya.). Orang sekeliling selalu bertanya kenapa dia hitam, tak macam adik-adik? Kalian rasa, apa perasaan anak itu bila dibanding-bandingkan kekurangan dia dengan adik beradik yang lain. Aku yang baca status kawan aku tu pulak yang menyirap. Orang-orang ni kan..... Bila nak komen pasal orang lain, meluncur je perkataan hinaan keluar daripada mulut. Tak fikir dah perasaan orang yang dihina tu. Kalau orang dewasa yang terima kecaman pun dah rasa sed...