Sejahteralah ke atas kamu.... Isu ni mungkin dah basi bagi kebanyakan Netizens, tapi takpe la, aku nak juga buat ulasan. Dah kata blogger, kan? Mesti la nak kupas isu-isu hangat di alam maya walaupun pendapat aku bukan penting pun. Aku percaya, ramai yang dah baca screenshot status daripada seorang wanita yang memanggil dirinya Cik Atenn tu kan? Kalau ada yang belum, biar aku share sikit screenshot status tu. Masa mula-mula baca status dia ni, aku memang rasa hot. Haiihhh panas hati aku ni. Dalam hati aku berkata, "Kau dah kenapa pompuan? Bajet good-good je ni?", sambil bibir tersenyum sinis sebab aku tau Cik Atenn tu masih lagi belum ada anak. Tapi ternyata aku ha nya hot-hot chicken shit je. Aku takde la marah sangat pun. Keke. Mari aku nak flash back sikit. Suatu masa dulu, sebelum aku jadi seorang isteri, aku macam dah letak mind set bahawa nanti bila aku dah berkahwin dan menjadi isteri, aku akan jadi isteri tip-top. Penampilan aku akan jaga sup...