Skip to main content

Sentap Mengkarung atau Kekejangan Otot

Sejahteralah ke atas kamu....

Pregnancy kali ini, di usia kandungan aku 27 minggu, baru sekali aku terkena kekejangan otot. Berbeza dengan sewaktu aku mengandungi Luth dulu. Boleh dikatakan sangat kerap aku kekejangan hotot. Sejak usia kandungan 4@5 bulan lagi dah kena.

Melalui pembacaan aku yg sekali sekala je rajin ni, kejang otot tu terjadi kerana kurangnya kalsium di dalam badan. Padahalnya, kehamilan kali ini aku sangat jarang minum susu, sedangkan sewaktu Luth dulu, aku setiap hari minum susu. Aneh lagi bersuluh kan? Lagi perbezaan antara Luth dan adik dia ni, masa Luth dulu memang ada aku rasa sakit gigi dan gusi berdarah. Mula-mula rasa tak faham, kenapa aku macam tak ada masalah kekurangan kalsium pun kali ni walaupun tak minum susu, tapi bila aku berfikir menggunakan otak tengah aku nih, aku rasa ini mungkin ada kaitan dengan pola pemakanan juga agaknya. Walaupun sekarang aku jarang minum susu, tapi aku agak kerap makan makanan yg cheesy, creamy dan mostly memang western food. Ntah la tersampuk mende. Aku makan nasi dan lauk melayu pun sekali sekala je, seolah-olah western food Tu makanan ruji aku, dan nasi tu macam makanan asing utk aku cuba makan sekali sekala. Ewahhh... Diva universal sungguh budok dalam peghut kawan ni yek.

Aku ni kalau makan nasi waktu pregnant ni, memang confirm akan heartburn. Terbakar hati siapa yang tahu. Sebab tu la menu aku balik-balik pizza stuffed crust dengan topping deluxe cheese, pasta carbonara, fruit salad, mac and cheese, egg sandwich ermmm senang cerita makanan yg tak pedas, yang takde tumis bawang, takde rempah-ratus. InsyaAllah perut aku selesa. Maaf ye readers, i bukan berlagak hokey. Aku pun boring nak makan benda-benda gitu setiap hari. Lagi satu boleh jilo angka dalam akaun bank aku kalau asyik makan makanan mahal je. Huhu. Aku ni bukan kaya pun. Tapi...  tolong la faham keadaan aku ni. Aku tersepit. Owhhh....

Berbalik semula pasal sentap mengkarung atau kekejangan otot tadi. Subuh pagi tadi aku terkena kejang otot tu. Syukurlah kepada Allah sebab aku tidur sebelah footballer terhebat anak didik Zinedine Zidane. Dia la yang akan bagi treatment bila aku kejang otot. Caranya biasa je. Tak susah pun. Tak perlu bagi cpr mulut ke mulut pun. Kang lain pulak jadinya. Hahahah. Apa yang husband aku buat ialah tolak tapak kaki aku ke atas sambil dia cuba luruskan kaki aku perlahan-lahan. Bila dah berjaya lurus kan kaki aku tu, dia akan ulang lagi tolak tapak kaki aku ke atas sambil pusing-pusing tapak kaki aku menggunakan sendi pergelangan kaki sampai dia tertidur duduk. Tak lama lepas tu, alhamdulillah aku kembali okay. Sebab itulah kalau korang pernah tengok perlawanan boLosepok kat telibisen, kalau ada pemain yg kejang otot, lepas dapat rawatan drpd rescue team, pemain tu dah boleh terkinja-kinja semula kat atas padang. Itu menunjukkan bahawa kejang otot itu bukanlah sesuatu yg serius jika betul cara rawatannya.

Aku cerita pasal kejang otot ni sebab ada kawan aku yang kena kejang otot sampai esoknya MC tak gi kerja. Sebab katanya sakit tu terasa sampai ke petang. Aku macam pelik juga kenapa dia boleh rasa sakit tu sampai ke petang. So, aku tanya sorang lagi kawan aku yang pernah kena kejang otot sewaktu tengah tidur. Kawan yang sowrang lagi tu pun kAta sakit sampai ke petang. Maka aku ringan je la mulut utk bertanya, bila kena kejang otot tu apa yg dia buat? Katanya, macam takleh urut. Betul dah tu takleh urut. Cuma husband tolong picit perlahan-lahan labu betis dan sapu minyak panas je. Eh, betul ke ye kawan aku cakap gitu? Hakhak. Sebenarnya aku tak ingat dia kata cemana dia treat kejang otot. Tapi caranya memang lain la daripada treatment yang footballer yang tidur sebelah aku tu buat.

Jadi, kalau ada sesiapa yang pernah terkena kekejangan otot sewaktu membuta, terutamanya perempuan mengandung, boleh la cuba cara rawatan kekejangan otot yang aku kongsi ni. Just in case suami masing-masing tiada pengalaman Dengan kejang otot.

Aku hapdet blog kali ni guna aplikasi blogger kat fon je. Rasa macam lama sangat tak hapdet blog. Aku selalu busy sejak kebelakangan ni. Kursus la, tidur di tenGahari la, online screen shopping la, eh pendek Kata macam-macam la yang aku busy tu, dan kebanyakannya busy tak bertempat pun. Okay, nnt aku update lagi. InsyaAllah.

Comments

  1. Husb rin pun bt cmtu klu rin kena kejang otot...sllu kena ms preggy..hadoiiiiii...nangis..

    ReplyDelete
  2. yan kena kejang otot..kalau tido dalam aircond

    ReplyDelete
  3. suami akak pun buat macam tu gak..kalau tak mengandung pun akak kena gak mungkin tak tahan sejuk. tahniah kamu mengandung lagi, semuga selamat sehingga saat nak melahirkan

    ReplyDelete
  4. kalau nak tau...aku lg terer...kejang otot tu aku biasa kena masa muda remaja dl.. x preggy pun tp maybe pasal sejuk & kurang minum susu...

    kalau aku kene kejang otot yg biasa2 tu aku sendiri je boleh tolak sendiri kaki aku & pusing2kan pergelangan kaki aku tanpa bantuan encik suami... haaa... terrer x? hehehe...

    tapi disebabkan aku dh terrer pasal kejang yg tarik smpi ke labu betis tu, kekejangan tu pun telah jadi lg terrer dr aku... kejang otot masa preggy kt zhara dia kene kat jari jemari kaki aku je...penah kene x yg kat jari?? yg ni aku x dpt solution lg camne nak hilangkan sendiri or dengan bantuan en suami...semua yg azrul buat tu aku dah suh en suami buat tp x jalan..smpi aku suh en suami papah aku jalan keliling bilik pun x jalan... last skali suh ambik minyak panas urut kaki br lega...hmmm myb minyak panas tu la yg membantu kot.. preggy kali ni x kene lg...alhamdulillah

    erk...terpanjang lak komen

    ReplyDelete
  5. Tu la katanya kejang otot aebab kurang kalsium..sy ni kira ok kot jarang jadi untuk dua2 kehamilan..masa afia pernah kena sekali dua je.yg ke3 ni pun dh 5bulan tak pernah kena lagi..walaupun malas minum susu klu kita ambil makanan lain yg byk sumber kalsium dh ok..sbb sy memang malas bancuh susu.hahaha

    ReplyDelete
  6. I selalu kena kejang otot ni tapi nak kata tak cukup kalsium pun tak tahulah. Minum susu aje yang kurang. Lain-lain sumber kalsium okey je kot.
    Kalau kena kejang otot, memang HDlah tolong tolak tapak kaki dan bagi lurus kaki tu. HD dah pakar bab merawat kejang otot ni. Tapi betul, Lyd. Walaupun dah hilang sakitnya, tetap masih terasa-rasa sakit kat tempat yang kejang tu sebelah paginya walaupun takdalah sampai kena minta MC. I punya kejang otot lain macam sikit tau. Lepas kena betis kiri, adakalanya boleh naik ke peha kiri kekejangan otot lepas tu! Memang tak pernahlah I tak menangis kalau kena!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...