Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Bila Dapat Apa Yang Diidamkan

Sejahteralah ke atas kamu... Sebelum ni kalau ada sesiapa masih ingat, aku ada bagitau yang aku mengidam nak makan buah kurma fresh warna kuning yang masih bertangkai dan masih crunchy lagi. Kurma tu macam ni rupa dia. Gambar ini daripada post Suka Makan Buah-buahan . Jemput baca kalau nak mengimbau kenangan lalu. Aku sedar peluang untuk mendapatkan kurma fresh di musim sejuk ni agak mustahil. Tapi bagi aku, tak salah menaruh harapan. Rezeki ni kita tak boleh nak jangka betul tak? Lagipun dalam hidup kita ni sentiasa ada perkara ajaib yang berlaku, cuma sama ada kita nak sedar dan ambil pelajaran atau tidak. Tu je. Dulu masa mengandungkan Luth, aku langsung tak ada mengidam apa-apa. Kali ini, baru aku faham apa perasaan mengidam tu. Hehehe. Gedik je lebih. Sampai tahap, aku tanpa segan silu beritahu kawan-kawan dalam beberapa group kawan sekolah di Whats App tentang mengidam aku tuh. Tapi siapa je mampu nak cari kurma fresh hujung-hujung tahun macam ni? Bila lama sa...

Star Wars. Tuti Tebei.

Sejahteralah ke atas kamu..... Star Wars. Semalam kami 4 beranak pun pergi la menonton Star Wars kat Signature. Aku, suami, Luth dan sorang lagi tengah bersantai dalam perut aku. Luckily, aku faham jugak cerita tu. At least untuk episod yang aku tengok tu je la. Kalau tanya aku asal usul Han Solo ke, Obi Wan Kenobi ke, droid ke ke, memang le aku tak tau. Malahan, bila tengok di akhir cerita keluar Luke Skywalker pun aku tak feeling apa-apa sedangkan kalau Star Wars geek yang tengok Luke tu, mesti rasa macam terubat rindu.  Dengan muka tak malunya, masa aku nak tebus tiket semalam, aku selamba je tanya, "ada souvenir tak?". Pastu dapat la. Sekeping poster hehe. Poster tu apa la aku nak buat dengannya? TUnggu la Luth skolah nanti aku buat balut buku teks dia. Hancur harapan nak dapat keychain atau figura comel Star Wars. Deng! Oleh sebab aku tengok midnite semalam. Sampai rumah pun dah kul 2.15 pagi. Memang rabak gile mata aku hari ni. Mengantuk. Tuti Tebei. ...

Dalam Keterpaksaan Aku Relakan

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku ni kalau kat tempat yg aku takde kemudahan untuk update blog, idea nak update blog tu kemain mencanak-canak keluar. Bukan setakat topik yang aku tulis je melintas anak-beranak di fikiran aku ni, sekali dengan idea lawak jenaka pun aku dah imagine sekali. Tapi bila tiba je saat nak mengarang a new post , semua yang aku pernah terfikir tu, sepatah haram pun aku tak ingat. Lain kali aku kena tulis idea aku tu pada post-it , then lipat-lipat, kunyah dan telan. Baru la idea tak hilang. Haihh... Rosak reputasi aku sebagai seorang awam yang turut dikenali sebagai blogger sambilan ni. Haaa, pilih-pilih nak warna apa untuk suruh aku telan. Sekarang ni tengah trending dengan Star Wars The Force Awaken. Secara jujur-sejujur-jujurnya, aku memang tak pernah ikut cerita Star Wars ni sejak aku lahir ke dunia yang fana ini. Ewah. The biggest effort yang aku pernah lakukan berkaitan dengan Star Wars ni ialah aku pernah cuba untuk tengok setiap movi...

Merangkak Mencari Artis Di Padang Mahsyar

Sejahteralah ke atas kamu... Aku rasa, kalau aku ada mengutuk pun yang paling banyak ialah aku kutuk artis Malaysia. Ye lah. Biasanya artis je yang selalu buat benda-benda yang 'kita rasa geram nak kutuk' dan mereka jugalah yang selalu keluarkan statement yang memanggil-manggil kita untuk kondem perbuatan mereka secara berjemaah di laman sosial. Aku kan.... ada sorang selebriti ni yang aku selalu kutuk bila dia keluar TV. Aku rasa mungkin ramai yg tak kenal dia kot sebab dia penyampai berita sukan kat Astro Arena. Aku tengok tu pun bila hasbeng aku yg buka channel Astro Arena tu. Kalau tidak, jangan mimpi la aku nak buka channel tu. Penyampai berita sukan ni, dia kembar. Aku kutuk dia pun bukan sebab paras rupa. Cuma aku selalu je rasa macam dia suka buat kelakar yang tak kelakar. Ada sekali tu masa dia jadi pengulas Sukan Sea, aku gelak dengan penyampaian dia sebab dia cuba buat lawak yang tak lawak tapi nampak beriya sangat. Kederat gila. Lepas tu.... Pada suatu ...

Ajarkan Anak-anakmu Surah Al Fatihah

Sejahteralah ke atas kamu... Aku sekarang dalam usaha nak mengajar anak aku membaca Al Fatihah. Kenapa Al Fatihah? Kerana Al Fatihah ni surah yang paling penting dalam kehidupan umat Muhammad dan yang paling kerap dibaca setiap hari. 17 kali sehari. Kalau aku ajarkan surah Al Fatihah kepada seseorang, bayangkan la banyak mana pahala ilmu yang dia manfaatkan tu sampai kepada aku. Owh, pakcik kayo. Cuma aku ada masalah sikit la untuk mengajar anak aku ni. Dia ni, culas sangat tau kalau bab-bab yang berkenaan dengan 'keakhiratan' ni. Aku tak tau la kenapa. Bila aku sebut je, "Mari ikut mama baca Al Fatihah", dia mula la berdalih. Dia buat-buat batuk la (macam tak sihat la konon), sometimes dia akan humming je tak buka mulut pun semasa mengikut aku baca. Atau bila aku baca, dia akan tanya, "Apa mama? Apa?" dan memaksa aku mengulang banyak kali. Aku masih bersabar kalau nak ulang banyak kali tu, tapi aku tahu dia sengaja buat-buat tak faham. Eiii, sakitn...

Pengalaman Berpantang ............Dengan Ibu Mertua

Sejahteralah ke atas kamu... Selepas melahirkan anak sulung, aku balik berpantang di kampung selepas 3 hari bersalin di PPUM. Ibu dan bapa mertua datang ke rumah kami dengan menaiki bas untuk sama-sama balik ke kampung dengan kami.  Ikhlas aku katakan bahawa, ibu mertua menjaga aku dengan sangat baik. Memasakkan lauk berpantang untuk aku. Menguruskan anak aku. Membakar tungku untuk aku menungkukan pertu gendut aku ni. Sediakan air mandian herba untuk aku. Dan membasuh pakaian aku dan anak, tanpa berkira. Aku terharu sebab aku ni kan dah tak ada emak. Boleh la menumpang perhatian seorang ibu mertua. Waktu malam, ibu akan bentang tilam di tepi katil di dalam bilik aku, atau di luar bilik untuk standby kalau-kalau anak aku menangis atau meragam. Bila anak aku menangis, ibu akan terus take over dan comfort kan anak aku sampai anak aku tertidur semula. Mungkin kerana kesiankan aku yang kena berjaga malam untuk menyusukan anak.  Aku segan sebenarnya. Pertama sebab, ...

Setakat Bersalin C-Sec Tu Apa La Sangat...

Sejahteralah ke atas kamu... Okay, tajuk entry ni saja nak provoc. Sebab nak suruh orang tertarik nak baca je. Sorry ye. C-Sec vs Bersalin Normal Kebelakangan ni, aku perasan ada orang viralkan pasal pembelaan diri panjang lebar oleh orang yang bersalin C-Sec (secara pembedahan), tentang betapa susahnya dan betapa teruk dia menanggung kesakitan. Post di FB itu untuk menjawab sindiran orang-orang yang bersalin normal terhadap yang bersalin C-Sec bahawa orang bersalin normal je yang sakit, yang bersalin C-Sec pula senang takyah tanggung sakit. Mesti sakit benar hati dia sebab orang kutuk dia bersalin tak sakit kan? Pendapat aku, asalkan mengandung dan bersalin, tak kira la ikut jalan mana, bersalin normal atau keluar ikut tingkap (pembedahan), masing-masing ada kesakitan tersendiri yang tak wajar langsung dibandingkan. Yang mengata orang bersalin secara pembedahan tu, hanya segelintir kecikkkkkk sangat, dan aku yakin majoriti wanita faham tentang kesakitan yang dialami oleh ib...