Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Mari Memuji Anak. Hihu

Sejahteralah ke atas kamu.... Dah lama dah aku tak cerita pasal Luth. Eh ye ke? Ke perasaan aku je dah lama? Betul kot dah lama, sebab aku pun memang bentat kelubi dah nak menghapdet blog sejak kebelakangan ni.  Bercakap Luth dah 2 tahun. Sekarang ni, mulut dia riuh je bercakap. Tapi ada benda yang aku faham. Kebanyakannya aku tak faham. Pertama sebab pelat, kedua mungkin sebab dia main bercakap je konon-konon nak join papa dan mama berborak. Dengan erti kata lain, "Nakkk jugakkk masuk campur". Tapi... Depan orang, dia pemalu. Luth tak pandai sebut hurup 'L'. Kalo dia sebut perkataan yang berbunyi L, akan jadi hurup 'N'. Contohnya, 'Bahulu, akan jadi 'nu'. Sebab dia amik sukukata last je. Dia panggil belon= non. Kalau aku tanya nama dia siapa, dia akan jawab, "Nut". [Sebutan 'noot'. Bukan 'Nat'] aku dah tak sampai hati nak gelak walaupun comel. Pelat dia comel. 'Susu' mcm biasa la panggi...

Isteri Rajin Post Update Di Facebook: Apa Suami Rasa?

Sejahteralah ke atas kamu.... Soalan aku pada tajuk tu, sila baca sekali lagi dan hadam. Aku belum pernah buat survey tentang ni dan mungkin takkan buat kot. Sebab malas. Cuma aku nak cerita je la pengalaman aku. Aku ada 2 orang kawan yang termasuk dalam friendlist aku di FB. Mereka ialah suami dan isteri. Yang si isteri ni memang sangat rajin up cerita pasal hidup mereka anak-beranak. Ke mana mereka pergi, apa yang mereka beli, apa yang mereka makan, ke mana mereka bercuti dan apa jua keberuntungan mahupun musibah yang terjadi dalam hidup mereka anak-beranak. Aku ni sebenarnya, kalo orang post, aku baca je selagi keluar kat newsfeed aku. Dan aku suka je baca hal rumah tangga orang ni, saje nak buat-buat kaypoh. Itu bab isteri. Yang suami dia pulak, jenis relax je. Akaun FB tu ada tapi pasif. Aku rasa kebanyakan lelaki macam tu kot. Update sekali sekala. Share apa-apa yang menarik daripada berita luar, bukan pasal diri dia dan keluarga.  Ada sekali tu, ada la m...

Intipati Ceramah Ringkas: Raising Gadget Kids

Sejahteralah ke atas kamu... Aku sempat mendengar satu cemarah ceramah keibubapaan di bangunan UEM, selang satu blok dengan ofis aku ni. Agak menarik tajuknya. Dan isinya memang menarik, cuma terlalu ringkas untuk satu topik yang besar seperti itu. Hanya 45 minit termasuk pengenalan diri penceramah, tentang isteri penceramah dan juga 6 orang anak mereka. Juga termasuk selingan-selingan yang tak berapa ada informasi sangat. Tapi setakat mana yang aku sempat tulis, yang ini je la isi penting yang boleh aku share dengan korang. Harap bersabar. Penyampai : En Fadhli & Pn Jamilah. 1:  Don't Compare. Kita dah biasa dengar atau baca tentang parenting guide yang mengatakan, 'JANGAN SESEKALI MEMBANDING-BANDINGKAN ANAK'. Jangan membandingkan tu tidak kira dengan sesiapa pun, sama ada kawan-kawan atau adik beradik yang lain. Contohnya kalau anak tu malas bangun pagi untuk pergi sekolah, kita stress, jadi kita pun dok kata kat anak, "Nape la kau ni liat benor ...

Sakitnya Tuh Di Sini

Sejahteralah ke atas kamu.... Kalau korang pengguna media sosial, korang mesti perasan dengan salah satu trend netizens iaitu VIRAL. Aku mula-mula tak rasa apa-apa sangat dengan fenomena viral kat media sosial ni. Kadang-kadang rasa macam best je sebab kita tahu apa yang semua orang tahu. Tapi lama-lamanya aku rasa macam, "Ya Allah serabutnyaaa korang ni!!" Kalau viral yang bagus seperti 'Cara Mendidik Anak' ke, atau minta bantuan dana untuk perubatan ke boleh terima la. Sebab memang perkara baik. Tapi kalau bab-bab lagho tu memang aku benci. Kadang-kadang memang aku tak suka nak ambil tahu tentang perkara-perkara tak berfaedah yang jadi viral tu, tapi oleh sebab semua orang share dan hashtag benda yang sama, secara tak sengaja aku akan ada rasa perasaan nak tahu, "Apa benda la yang korang perkatakan ni?". Contohnya yang terbaru ni orang dok hashtag 'Sakitnya Tuh Di Sini'. Siap ada video parody lagi. Aku tertanya-tanya juga, kes apa ...

Niat Di Hati Nak Jelajah Penang, Tetapi......

Sejahteralah ke atas kamu.... Kan aku pernah cerita yang aku pergi ke belah utara dalam bulan January yang lepas. Dah lama punya cerita ni. tapi saje je la nak ungkit kisah silam sebab dah aku takde idea nak cerita apa.  Tempat yang paling aku excited nak pergi semasa ke utara ialah Penang. Nak pegi art street dan Muzium 3D kononnya. Orang seni la katakan. Mula-mula nak pergi Muzium 3D, lepas tu konon-kononnya nak pergi cari street art. Setahu yang aku baca daripada pencarian di Google, street art tu letaknya di merata-rata di Georgetown. Kena cari kat belakang-belakang bangunan dan bukannya setempat je. Kena rajin explore.  Tapi, niat suci ku itu tidak kesampaian sebab cuaca memang panas yang hamat. Lagi satu halangannya ialah sebab anak aku demam pulak time tu. Maka, hanya sempat singgah seciput je di Muzium 3D. Masuk dalam tu je, anak aku dah start meragam, menangis padahal pada setiap sudut dinding dalam muzium tu ditulis amaran 'Jangan Bising'. Huhu... Memang...

MasyaAllah Sedapnya Donut Ni

Sejahteralah ke atas kamu... Aku paling suka tengok rancangan masak memasak kat TV. Terutamanya masakan western atau pun Chinese cuisine. Memang cukup banyak dah rancangan yang aku tengok setakat ni dan rasanya kalau ilmu-ilmu masakan tu aku amalkan, insyaAllah aku dah boleh buka food court. Tapi kenapa ye? Kenapa bila aku memasak, end up dengan menunya ialah Ayam Masak Merah jugakkkkk... Bila aku tengok rancangan memasak, laki aku tanya, "kenapa syg tak pernah pun masak makanan macam tu?" *'makanan macam tu' tu merujuk kepada masakan western*. Tak thrill langsung. Itulah salah satu masalah domestik aku. Kalau tidak kenapa nak buat donut pun aku tak reti? Muka aku nak buat donut memang tak mungkin. Aku memang tak pernah jadi buat donut, sebab aku memang tak pernah cuba pon. Hakhak. Tak tau la nak cakap, mungkin sebab aku memang dah set dalam kepala otak yang kalo aku buat donut nanti mesti tak gebu+keras+bantat+rase tahik tak sedap. So, lebih baik aku mudah...