Skip to main content

MasyaAllah Sedapnya Donut Ni

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku paling suka tengok rancangan masak memasak kat TV. Terutamanya masakan western atau pun Chinese cuisine. Memang cukup banyak dah rancangan yang aku tengok setakat ni dan rasanya kalau ilmu-ilmu masakan tu aku amalkan, insyaAllah aku dah boleh buka food court. Tapi kenapa ye? Kenapa bila aku memasak, end up dengan menunya ialah Ayam Masak Merah jugakkkkk... Bila aku tengok rancangan memasak, laki aku tanya, "kenapa syg tak pernah pun masak makanan macam tu?" *'makanan macam tu' tu merujuk kepada masakan western*. Tak thrill langsung.

Itulah salah satu masalah domestik aku. Kalau tidak kenapa nak buat donut pun aku tak reti? Muka aku nak buat donut memang tak mungkin. Aku memang tak pernah jadi buat donut, sebab aku memang tak pernah cuba pon. Hakhak. Tak tau la nak cakap, mungkin sebab aku memang dah set dalam kepala otak yang kalo aku buat donut nanti mesti tak gebu+keras+bantat+rase tahik tak sedap. So, lebih baik aku mudahkan je matematiknya dengan membeli saje donut kalau aku nak makan donut. 

Sedang elok pulak tu, ofismate aku ada jual donut frozen. Eh, aku ni, walaupun tak reti buat donut tapi tetap nak jugak 'fe feeling' macam buat homemade donut, sebab tu aku beli spesis frozen. Let it go, let it gooooo.. So, aku tetap ada saham di dalam penyediaan donut tu iaitu part menggoreng.

Gini la kaedahnya donut yang aku beli dengan hopismek aku tuh. Sebekas ni berapa RM ye, aku lupa dah. Kena tunggu kat komen la nanti tokei donut komen. Aku rase mcm RM5 sebekas. Eh, ke RM10? Serius tak ingat. 

Oleh sebab freezer mcm kosong je tak berapa ada lauk, so boleh la amik gambar. Nampak la kemas sikit. Kalo tidak bersimpang siur je dalam tu. Sampai 3 bekas aku lahap uolls. Mana tak tergemuk.

Close up sikit. Boleh jadi Pin Up Poster. Kot-kot boleh masuk majalah Mangga.

Kalau ko jenis manusia biasa yang sukakan perkara-perkara biasa, boleh la golekkan donut ni dalam gula castor. Kalo nak lagi comel guna la icing sugar. Baru la nampak macam Big Apple.

Tapi kalau ko jenis yang sukakan kelainan, boleh cuba siram donut ko tu dengan Butterscotch Sauce. Perghhhh.... bertingkek-tingkek baq hanggg... Apa yang bertingkek-tingkek tu pun aku tak tau. Main sebut je. Sebab nak tunjukkan betapa muhibbahnya rakyat Malaysia ni ada banyak dialek.
Fine. Rupa dia nampak macam tak senonoh sikit. Sebab butterscotch sauce ni macam beku-beku sikit bila aku letak dalam petisejuk. Bila aku twist jadik la rupa dia macam 'hahik' hikit.


Tapi bila dia cair...... Dia terus je meluncur di atas donut....

Bila masukkan dalam mulut, gabungan rasa butterscotch sauce tu dengan donut gebu dan ringan tu seperti melompat-lompat di dalam mulut anda. Haaa... gitu la perumpamaannya.

Okay, sos butterscotch ni pun aku beli dengan tokey yang sama yang jual donut tu. Punye la tak perajin aku ni. Ada yang mencadangkan untuk aku buat sendiri sos tu. Tapi aku tetap memilih pengiraan matematik yang simple iaitu... elok aku beli je la. Cepat skit. Dapur tak kecah. Hahah.

Siapa yang sama ofis dengan aku, boleh la cuba beli donut berkenaan kalau teringin. Tak tipu. Memang sedap. Butterscotch sauce pun ko boleh beli dengan dia, boleh makan dengan roti, cicah dengan biskut pon boley. Sebab apa eloknya beli dengan hopismek aku ni, sebab ternyata takde bahan pengawet dan lelemak tiruan. Dan dijamin bersih lagi suci. Untung la sape kawen dengan kawan aku ni. Dia dah la pandai menjahit, pandai masak some more. Perghh. Pakej. Pakej... Untungggg larr.

Comments

  1. hahaha sempoi punya promote donut sedap,smp tauke donut pun lyd promotekan ekali..donut ni klu kena gaya lembut gebu mmg sedap kan..sy biasa buat sendiri..to klu beli sedap macam gini gaya nak juga Cuba..too d jauh Sgt.. nti boleh Cuba buat sos butterscotch tu..try mkn dengan donut..selama ni dok tradisionl ja boh gula kan

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak buat donut. Asal buat asyik tak jadi jer. Lembik sangat. Terus tak buat dah.

    ReplyDelete
  3. wah! terliur tgk gambar donut ni. teringin donut lah plak.

    ReplyDelete
  4. Ldysunshine, donut disiram butterscotch tu tak pernah cuba lagi. Nampak nya awak da bagi saya ilham.. Boleh la together dengan emak membuatnya...hihi... TQ :)

    ReplyDelete
  5. kaknoor pun nak try jugak sos tu macam sedap pekat likat je kan

    ReplyDelete
  6. acik dulu..masa anak2 tengah kuat dan berselera makan..memang rajin buat kuih2 ni lyd..pau..donut..sampaikan roti canai pun acik buat sendiri..bila anak mula beljar tak tinggal dirumah..kemalasan tu dah mula melanda..sekarang ni bila semua ada dirumah..masak nasi ngan lauk dan sesekali kuih2 lama je yang acik rajin.

    ReplyDelete
  7. Hahaha... alamak, sifu dah marah ni. Baiklah baiklah. Saya letak label yg berkenaan. Bukan apa sebenarnya sbb takmau banyak2 sgt label.

    ReplyDelete
  8. Kalau ya pun nak promote opismek, bagilah contact. Boleh whatsappwhatsapp yo! Teringin juga nak cuba dah dok dari atas sampai bawah entri gambar donut jerk. I ni 'pengasli' orangnya - I suka yang tabur gula (tapi serius malas nak tabur, suka kedai tabur siap-siap gula ^_^)

    Ni nak ngumpat sikit.... selama ni I ingatkan you lagilah rajin daripada I rupa-rupanya sama jerk kekdahnya. Kita pun tak pernah buat donut so takdalah nak cerita donut kita buat gebu ke, bantat ke apa! Yang beli tu semuanya naik menggebu cun je, rasa pun sedap!

    ReplyDelete
  9. nampak sedap... hehehe bila baca dkt part hahik2 gelak terbahak2 sampaikn rumate trkejut... hahahaha

    ReplyDelete
  10. promote habis-habisan ni donut. menggeliurkan..haha

    ReplyDelete
  11. Hadoiii...suka donut gebu..
    Rin tahun lps rajin sikit la bt donut..
    Tahun ni tahun ke laut .aptb betul!!!

    ReplyDelete
  12. tertarik dgn cara gambar itu diambil ... mcm pro je ...

    ReplyDelete
  13. Saya juga suka donut tapi agak kecewa bila tengok donut yg dibalut banyak sangat dengan ubat kencing manis, hehehehehe...

    ReplyDelete
  14. Salam. Hee sedapnya donut yang gebu itu.

    ReplyDelete
  15. Haha..speechless aku lyd..
    Tq sebab promotekan donut aku, tapi takyahlah promote ngan aku2 sekali..:P (malu)

    btw, bolehlah intai2 https://ecahbakerydelights.blogspot.com..hehe

    ReplyDelete
  16. ni kalau tunjuk kat asyraf mahu dia suruh beli ni... :P

    ReplyDelete
  17. hahha sma la kita beli je lgi senang ^___^ yg ye nye malassss ;p

    ReplyDelete
  18. Lama tak makan donat....
    Tulah ....kalau buat sendiri mesti tak sama gebunya dengan donat big apple ek....
    Tp yg peliknya si anak okje no 2 tu suka pulak donat nak dia buat.....yg padat bantat tu yg dicari haha....

    Lyd ....yelah tak senonoh sangat ghupe donut ngan butterscotch tu... tp jgn dipandang pada rupa hokay....hihi

    ReplyDelete
  19. mmg nmpk sedap n gebusss la isi donut tu..
    waa..idea menarik mkn donut dgn soos Butterscotch

    ReplyDelete
  20. nak try la curah sos butterscoth tu kalau ada lebihan masa terbeli donut nnti .

    setuju sgt dgn md..
    hihi

    pppstt: ly, betul la tu.tok yg pergi langkawi tu..
    pandai teka :)

    ReplyDelete
  21. donatlah pada saya kuih paling senang nak buat
    tapi butterscotch tak penah nerai

    kata promote, mana no phone kot senang nak contact =)

    ReplyDelete
  22. sedapnyA... nmpk gebu ja... eija pnh buat skli je spnjg kawinn dah nk 4thn kot jd isteri org... ekeke.. doh lmbek sikit tpi dh goreng sedap.. gebu sgt ...ank sukaa mak pun suka jugak sbb ada org mkn bila buat

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...