Skip to main content

Tiket Zoo Negara RM30 Untuk Dewasa

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku dan suami memang sukakan haiwan. Zirafah sangat cantik. Perfect. Gajah sangat comel. Elegant. Cool. Harimau sangat berani. Singa jantan sangat macho. Kuda belang pun cantik sangat. Aku sedang mendidik anak aku untuk cintakan haiwan juga. Bila pergi zoo, aku akan lebih beriya daripada Luth bila tengok haiwan. Tak dapat nak diungkap dengan ayat-ayat untuk menggambarkan perasaan excited aku bila tengok binatang-binatang besar tu. Subhanallah, masyaAllah. Ciptaan Allah. 









Tiket untuk tengok panda 2 ekor tu pulak RM50 untuk seorang dewasa. Ye, memang lagi murah daripada kos untuk pergi balik ke negara China beserta penginapan dan makanan kalau kita nak tengok panda di sana. Tapi still aku tak mampu la nak masuk tengok panda tu. 2 orang dah RM100. Boleh 2 kali pergi makan kat restoren sushi. Jadi, tengok je la panda yang ada kat luar tu je, walaupun fake. 






Pegi ni pun tak sempat pergi ke Kompleks Beruang dan Aquarium. Taman rama-rama dan taman burung pun kami tak masuk. Tak sempat. Kami masuk daripada jam 4 pm, sampai 6pm. 2 jam jalan dalam tu. Memang hancur kaki. Rasa macam koyak ligamen kaki aku. Hadoii. (*ligamen tu apa?Hakhakhak).

Zoo Melaka dan Zoo Negara mana lagi best? Erm, 2-2 ada lebih dan kurang. Tempat tinggal haiwan di Zoo Negara nampak macam lagi selesa untuk haiwan. Tapi tu menurut firasat aku je. Taktau la perasaan sebenar haiwan-haiwan di zoo tu pulak cemana. Zoo negara tak ada kambing gurun, tapi ada raccoon, dan bau raccoon pun lebih kurang macam bau kambing gurun. 

Kalau ada rezeki dan peluang, aku suka untuk pergi lagi ke mana-mana zoo. Nak pergi Gambang Safari Night ni ntah bila. 

Ini je la. Aku malas nak cerita panjang-panjang. Cukup la korang tengok gambar je. Ada soalan? Kalau nak tanya angkat tangan.

Comments

  1. lah..nak tengok panda lain harga eh..ingatkan dah masuk zoo tu dah boleh tengok..emmm..kempuanan nak tengok panda wehh

    ReplyDelete
  2. Hujung minggu tempohari anak kakcik ada bagitahu dia nak pergi Zoo. memang dia cakap tiket masuk RM30 dan tiket tengok panda RM50. Kalau dua orang dah RM160. Kakcik kata, makan lagi berbaloi! :)

    ReplyDelete
  3. saya pun baru aje pergi lyd, dah cite dekat sini
    mahal sungguh kan, belum cite barangan dekat dalam tu
    tapi anak-anak sonok, tu aje yang buat ianya aktiviti yang menyeronokkan =)

    ReplyDelete
  4. kehidupan alam ni mmng best kalau kita betul2 hayati kan

    ReplyDelete
  5. saya sebagai student rasa tiket tu mahal lah...
    nk tgk panda tu boleh masuk pegang dia ka

    ReplyDelete
  6. Saya sebenarnya sedih tgk tahap maintenance fasiliti, dan " maintenance haiwan" kat zoo negara tu...malu kpd pelancong luar bila tgk zoo NEGARA kita macam tu tahapnya...cuba tgk paling dekat contoh terbaik, Zoo Spore..

    ReplyDelete
  7. Mahalnya tiket tgk panda. Tak per lah...tgk dalam TV pon boleh.

    ReplyDelete
  8. makin mahai ..dulu masuk RM20 je kot .....dah lama tak pi zoo negara

    ReplyDelete
  9. G zoo hr tu pun x tgok panda.. pndai dah gak..

    ReplyDelete
  10. dh lama teringin nk masuk zoo negara.. tak tercapai lg... huhuhuhu syoknya Luth tgok haiwan yer... hehehe

    ReplyDelete
  11. Last pegi zoo was in 2009 kot..zoo ni sebelah sek rin je lyd..hehe..mmg teringin nk bwk aish msk sini..tp mikir tiket blh thn mhl sbb klu nk dtg kena kali 5 kpla..hehe..

    Merempan tu mcm mengamuk la..huhu

    ReplyDelete
  12. dah lama tak pergi zoo...bezanya harga tiketlah kak...zoo negara RM 30....zoo melaka tak silap RM 6 jer kan....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rase macam rm20 je last pergi tahun lepas. Tapi tak tau le. Tak ingat gak.

      Delete
  13. saya pun suka pegi zoo. Tapi zoo negara tak pergi lagi, mahal. hehee
    zoo melaka pun best, sempat naik gajah..kuda..gambo dgn ular kat sana.

    makin besar dah Luth, pandai posing lak tu.

    ReplyDelete
  14. ngape aku nappok Ngoh melebar? ke spek aku kena tambah power?

    ReplyDelete
  15. dpt idea
    hahaha.nti nk bawa ank dara gi zoo .juga la.blk kg baru ni tokwan bagi tgk lembu, itik, ayam ja
    nk yg lbh kna masuk zoo juga la.

    mak aii mahei benor..
    betul gi mkan lagi kenyang.

    ReplyDelete
  16. bestnya..pegi zoo..nmpknya mama luth lagi excited dari luth.hehe..mahal jugak ye klu rm30 tiket masuk zoo negara..zoo melaka dh smp,zoo negara belum lg..jadi tak bley nak compare la..

    ReplyDelete
  17. syioknyer mak bapak bukannyer anak...
    biasalahtu...

    ReplyDelete
  18. I like jilapah too Lyd...hihi....mmg comey.....
    Sejak anak dah besar ni mmg tak pernah le okje ke zoo....yelah zaman pergi dulu rasanya tiket masih murah, la ni kalau somi beli tiket sure terkejut haha.....
    Tulah okje pun sama mcm Lyd kot....jadiklah tgk panda fake kat luar tu aje hihi

    ReplyDelete
  19. Awat Luth nampak giraffe terus lentok tak ingat dunia? Memang sahlah you dengan Mat Azghul je yang over-over bila masuk zoo ni *_* Eh, I belum pernah bawa si Adik masuk zoo 'negala' ni tau. Tiket tu kalau masuk tak tengok cik panda RM30, kalau masuk tengok cik panda RM50 ke atau kalau nak tengok cik panda kena bayar RM30+RM50 ni? Wah, mesti HD lagi mahal ni. Last time I check tiket kita empat beranak je RM100! Janganlah suruh I google website Zoo Negara, I have no time you see ^_^ Tadi you juga yang suruh angkat tangan kalau ada soklan!

    I suka gambar you lentok manja dengan Luth tu tapi paling I suka of courselah gambar you dengan Mat Azghul posing like a happy kid kat belakang fake-fake panda tu sambil pegang bendera tajaan senheng :)

    I baru je masuk Zoo Melaka tapi tak tahu nak compare macam mana sebab Zoo Negara I dah lama tak masuk. Kalau tengok haiwan, rasanya lebih berbilang spesies kat Zoo Negara.... Tiket Zoo Melaka murah je RM16.90. Boleh masuk 18kali sehari ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Doktor Lelaki dan Aurat Wanita

Sejahteralah ke atas kamu... Saya kerap terfikir, kenapa..... di negara kita ni, tiada penguatkuasaan untuk menempatkan/melantik hanya doktor wanita sahaja di bahagian O & G [ Obstetrics and gynaecology , surgical specialties dealing with the female reproductive organs]. Maksud saya di sini untuk hospital kerajaan. Sapa yang kurang faham, lebih specific saya bagitau, bahagian bersalin di hospital kerajaan.Di hospital swasta tak payah cerita la kan. Pesakit boleh request doktor wanita atau doktor lelaki masa nak bersalin. Orang yang mampu, boleh request doktor yang mereka mahukan. Tapi bagi yang tidak mampu? Graduan perubatan wanita kan ramai. Kenapa tak tempatkan graduan yang ramai itu di bahagian sakit puan? Adakah sebab wanita kurang mahir dengan reproductive organs kaum mereka sendiri? Atau wanita cepat panik untuk sambut wanita lain bersalin? Okayla... Nampak macam saya ni suka mempertikaikan apa yang sudah ditentukan. Negara kita ni katanya negara Islam. Perkara begi...