Skip to main content

Aku Pun Pernah Obsessed!

Sejahteralah ke atas kamu...

Dulu aku pernah muda. Dulu aku minat KPop juga. Eh, bukan KPop sangat la, cuma KDrama dan KMovie je. Tapi sebelum aku berkecimpung dan hanyut dalam dunia KDrama dan KMovie ni, aku sangat obsessed dengan seorang penyanyi reggae ni. Namanya Quino. Pernah aku ceritakan kat sini. [Tapi i promise you, entry tu memang merapu giler. Kalau baca, jangan nyesal la ye. Pesanan lagi, tidak sesuai untuk bacaan mak-mak.]

Sape pernah mengalami fasa obses ni akan faham cemana perasaannya minat seorang artis, terutamanya pada waktu takde internet dulu-dulu. Kalau dapat sekeping gambar Quino, itu pun yang terselit kat dalam majalah Galaxie, dan gambar tu pulak cinonet sangat, lebih kecik daripada lubang hidung aku sendiri, itu pun aku dah rasa berdebar-debar dan rasa macam ada jodoh dengan Quino. 

Pertama kalau obses, akan kumpul gambar. Bila ada masa terluang sikit je, dok ulang-tatap gambar dia. Tenung punye tenung, sampai setiap inci muka dia aku kaji. Kening dia ada berapa helai bulu, hidung dia setajam mana, jarak antara mata dengan kening jauh mana, jarak antara mata dengan hidung banyak mana, bibir lebar mana, saiz gigi pun aku kaji, janggut misai bulu hidung, semua aku nak belek ni. *belek melalui gambar je la.*. Buang masa betul kan? Kalau aku gunakan masa tu untuk study rajin-rajin, mungkin sekarang aku dah jadi lebih femes daripada sheikh Muzaffar sebab yang terpilih untuk naik ke bulan tu pastilah aku, bulan SM. Tapi nampak gayenya, nak menandingi kefemesan SM Salim pun belum tentu. Tu lah... Buang masa lagi.

Kedua kaset mesti beli. Walaupun miskin, duit belanje pun cukup-cukup je untuk beli karipap 2 ketul dan air sirap, tapi takpe, demi artis pujaan aku tetap rela makan karipap seketul je. Air takyah beli, telan air liur je. Demi nak beli kaset. Dulu, memang kaset je la sumber muzik yang paling 'in'. CD tu orang kaye je yang beli, sebab CD  mahal, harga CD player pun mmg mahal. Dengan membeli kaset je la caranya aku rasa aku dapat tolong Quino menyara hidup dia dengan royalti album dia yang aku beli tu. Walaupun tak semua album dia aku beli sebab tak mampu, tapi mungkin dapat la kat dia singgit dua kot. Sekarang senang, nak tahu pasal artis, ko Google je, terus berdesup-desup keluar info. Tapi kalau ko Google pasal Wan Maimunah ke, Rosnah Mat Aris ke, memang la tak banyak info yang boleh dapat daripada google.

Ketiga, imaginasi. Bila dah obses minat kat seseorang artis tu, aku selalu je imagine, kalau aku jumpa dia secara live, aku mesti nak peluk dia. Sebab.... er ntah... tak tau nak explain kalo dah suka tu kenapa rasa nak peluk. Biroh betei. Part yang ke-3 ni la, bila aku tengok balik budak-budak yang kena peluk dengan KPop tu, aku rasa bersyukur sangat la aku tak betul-betul terjumpa dengan Quino satu masa dulu. Kalau jumpa dah confirm aku lupa diri dah ni. Mesti aku terkinja-kinja macam tu jugak. Aku yakin. Dan lagi sekali aku bersyukur kerana perkara itu tidak pernah terjadi. Tapi dulu, kalo ko nak buat benda yang pelik-pelik pun tak risau sangat sebab memang takkan jadi viral punya. Setakat viral kat kedai Pok Yeh je, takde benda yang nak ditakutkan. Alaaa, pok yeh je pun. 

Aku bukannya nak membela perbuatan budak-budak dipeluk KPop tu. Mestilah aku tak setuju. Dan mestilah berdosa. Cuma, bagi aku... mereka berada dalam fasa umur yang buat apa-apa mengikut perasaan. Masih belum sempurna akal mereka. Jadi, maafkanlah mereka. InsyaAllah mereka akan insaf dan sedar kesilapan mereka satu hari nanti. Memang memalukan, tapi kita terus la pandang ke depan dan jadikanlah kesilapan mereka tu sebagai pedoman untuk kita didik anak-anak kita supaya tidak terjadi perkara yang sama. 

Yang kita ni, jangan ingat kita tak buat sesuatu perkara buruk tu sebab kita ni 'baik'. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk Allah uji kita dengan 2 pilihan di depan mata, "nak buat ke tidak". Ntah-ntah kalau Allah buka ruang untuk kita buat perkara buruk tu, kita sendiri buat lagi teruk daripada budak-budak yang dipeluk KPop tu. Mana la tahu kan? Tapi kita berdoalah agar kita dijauhi daripada keburukan.

Sekarang aku masih lagi minat Quino. [Jangan kabo ke hasben aku ye?]. Cuma dah tak obsessed dah. Quino sekarang dah jadi cikgu sekolah menengah, ajar music engineering.  Kalau tengok Quino dalam video clip muzik dia, aku masih lagi terasa dia comel walaupun sekarang dia dah tua. Well, aku pong tua gok. 

Beberapa tahun lepas, bila dia balas komen aku kat video yang dia share kat YouTube, aku rasa macam gembira kemain lagi rasa macam dapat anugerah inovasi kerana telah berjaya mencipta mesin melipat pakaian. Haaa. gitu la perasaannya. Padahal dia say thank you je sebab aku dengar muzik dia. Kembang kempis lubang pusat haku seketika.




Hasben aku selalu je mengejek aku pasal Quino dan juga Lee Pace [yang berlakon The Hobbit yg jadi Thranduil itu la]. Aku tau dia jeles bila tengok bini dia tergile-gilekan lelaki lain. Erm, aku harap dia faham yang aku hanya suka karektor tu, bukan orang dia. Dalam hati aku, tetap la Mat Azghul yang paling aku minat dan yang paling hengseng. Memang takde orang lain lagi dah. Padahalnya kalau hasben aku kata dia minat Natasha Hudson, aku selalu je kutuk, "tak cantik pun", "jongos la natasha hudson ni", "kurus sangat la". Ceh, padahal aku jeles. Muahahaha. Padahal cantik je Natasha Hudson tu. Saje je nak buat laki aku sakit hati. So, itu je la yang aku nak ulas pasal remaja dan KPop. Kehkeh. Padahal cerita pasal aku je banyak.

Comments

  1. mmg begitulah zaman remaja..yan dulu peminat ac mizal..bila ada promosi filem gerak khas the movie tu kat summit..mmg p..dapatlah juga pegang tgn dia....hehe

    tapi skrg dah tak buat dah..dosa :-))

    ReplyDelete
  2. mujur ti xada minat sapa-sapa...huhuhu....

    ReplyDelete
  3. Natasha Hudsob jongos? hahahahhaa...
    Obsession kpd artis bagi wanita bagi saya, berbeza dgn lelaki..bagi saya, wanita kalau dah obses, mmg lebih parah...:P
    Saya dulu obses group Metallica...
    Sekarang suka jugak...cuma bawak bawak berhenti la selalu melalak nyanyi lagu2 mereka...umur pun dah makin lanjut..hahaha

    ReplyDelete
  4. Topik kat IKIM.FM pagi ni pasal obsessed dengan retis ☺

    Aku dulu obsessed dengan kumpulan exist. Local retis jer ko...hehehe...siap dapat surat lagi tu. Over excited nya bukan main lagi. Iyerlah...retis bagi surat. Tapi dulu lah. Jaman remaja tak matang lagi. Skang tak der dah obsessed lagi.

    P/s: Aku bawak bakul kimi pepagi sebab nak isi bag sekolah kebangsaan, baju skolah, towel, sabun dalam tu. Bebudak yg transit ramai. Takut tertukar barang. Tiap² pagi ngan petang memang kerja aku bawak balik bakul ☺

    ReplyDelete
  5. hmmm aku suka cara lyd olah cerita ni ... mmg menbuka minda betui ....
    cam aku tak de sape kot aku obsess ...sorg pun aku tak minat terutamanya artis .... klu jumpa TUN M aku rasa aku meroyan kejap kot sbb hepi sgt ... tp tak obses tp kagum dgn brilliant die tu

    ReplyDelete
  6. klu obses pon idok ler smpiii laghaaa bak kta ustajah kan ;p
    klu smpi dh tepeluk bagai tu ermmm sndri pikir la ye..

    ReplyDelete
  7. obses dgn retis mcm takde, tapi minat lagu2 sampai beli kaset/cd tu ada...ziana zain dan kumpulan slam. Yg ni suami pun tau..hehee. Dia pun ada minat lagu2 retis tertentu..tapi msg2 takde jeles sbb minat lagu jer, kalau minat retis..siap lah! :D

    ReplyDelete
  8. Hehe....betul jugak tu Lyd....mungkin jugaklah depa tak lepaskan peluang berpeluk tu, dah penyanyi idola depan mata ye dak hihi... okje minat oghe Melayu jer , Shah Rezza haha...tp serious mmg gitulah perasaannya dulu dulu...tak cukup akal ye dak....

    ReplyDelete
  9. sama saya juga obses sama aktor korea si kim hyun joong loh tapi sekarang dah kuliah agak berkurang obses nya :d

    ReplyDelete
  10. minat dengan kdrama tapi kpop kuranglah. hehe, perkara yang lalu jadikan pengalaman.

    ReplyDelete
  11. betul... selagi kita tak diuji kita xtahu mcm mana kelakuan kita kan.. budak2 tu memg nmpak la bdak2 tgh membesar, hormon adrenaline tgh melonjak2..hehe... tp yg kat luar ni n kt dlm tv tu semua dah smpurna akal fikirannya, lg sakan dr berpeluk. pakaian pun perca kain ajer..hew hew.. semoga kita semua terus diberikan hidayah n dilindungi ALLAH dari perkara2 maksiat...
    tp kan, dok fikir juga kalau tetiba dapat jumpa Donghae super junior, xtau nak reaksi cmna...huhu. Semoga sekadar menjerit kegilaan je..hehe

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  12. kata sepupu laki aku. dulu2 pn awek2 terkinja2 peluk retis . awie .. search bagai tu. cuma dulu xde fb. haha.. aku xpnh obses ngn mana2 retis lagi takat ni.

    ReplyDelete
  13. obses sangat tu taklah..tapi bila dapat peluang jumpa artis kesukaan kita memang terbawa dalam mimpilahkan...hehehe..apapun sekarang saya minat artis yang pandai jaga maruah diri...tak kiralah lelaki @ perempuan...minat2 sangat artis pun dah kurang..maklumlah dah tuooo...hehehe

    ReplyDelete
  14. ok sekarang saya dah tau taste akak. kalau saya plak, saya minta Tomok.. sebab orang kata saya iras2 macam tomok kahkahkahkah :D

    ReplyDelete
  15. rsanya setiap remaja akan melalui zaman kegilaan ni..lya sndri pom pernah alaminya..cuma kna pndailah kontrol..jgn taksub sgt smpi lupa diri.. itu bahaya.. hihi.. lya adalah jumpa gambar2 y minat tu simpan n tampal dalam buku skrap.. siap ada buku skrap khas tu.. haha..

    antara artisnya angelo (jericho) & Yna macaspac (kristen hermosa)...
    y malaysia.. ntah napela dulu giler kat erra fazira.. haha

    ReplyDelete
  16. saya peminat tegar kdrama tapi tak berapa join kpop . malah x kenal pun artisnya . sbb dah tua kot . hakikat remaja selalunya bertindak ikut perasaan ... semoga mrk sudah insaf .

    ReplyDelete
  17. Myra je tak minat Retis Korea...hehehe
    Stended Myra retis Mesia je.. Dlu masa skolah minat giler kump New Boyz...hahahaaa
    Mcm Lyd cakap, dapat tenung gambar pun jadila ;D

    ReplyDelete
  18. Akak ni dulu minat kat pelakon barat . Klu jumpa harus terkam gsmaknya. Tu zaman mudalah. Dah tetua ni idoklah begitu. Akak faham obses bagai ni. Kan kita pernah jadi remaja suatu waktu dulu..hihi

    ReplyDelete
  19. 1st time kenal quino kat blog ni hehe,
    dulu2 akak minat tengok lakonan alex o loughlin,
    tapi sejak dah ada hero sendiri
    semua minat tertumpu kat hero yang sorang nih
    mih3 :D

    ReplyDelete
  20. Maaf lama x singgah ke sini. Tapi blog ni tetap di hati KA. Apapun minat kita kena berpada2 dan mesti ada batasnyer

    ReplyDelete
  21. kikiki
    sy minta tok ti je dr dulu suka tgk dia..
    tp sokmo dpt jumpa dgn exist huhu.sanggup tunggu bas terakhir semata mata nak jupe exist. hahahha.dapat poster pon syiokk kemahen..

    tok ti bila dh tua ni baru berkesempatan nk jupe..

    ReplyDelete
  22. Kalau nak cerita pasal obsession zaman muda belia, memang tak habis satu entri je, Lyd... Eh, I ler tu, bukan orang lain pun! I pun masa muda-muda dulu bukan main rasa gumbira bila nampak artis pujaan. Siap bayangkan lagi manalah tahu lepas 10,20 tahun, muka I ni yang dok posing sebelah artis pujaan sambil selit tangan celah ketiak dia.... bukan sebagai peminat tapi sebagai ehem, ehemmm.... auww.... seronoknya lain macam. Dan artis tu pulak semuanya pelakon Hollywood. Kalau sekarang ni I cakap minat kat artis Korea ke, Hollywood ke, senang je HD cakap - pergilah kahwin dengan dia, kenapa you nak kahwin dengan I?

    Oh, terus insaf! Tak main lagi obses-obses ni tau :)

    ReplyDelete
  23. Haha... Blm pernah obses. Stkt suka2 tgk tu ada la. Tp nk gunting pix ke print bagai mmg x la. Tp kwn2 mmg ramai yg obses. Teringat la sorang ms beckham nk kwn ngn victoria, dia frust gila. Bkn blh dpt pun. Tp remaja. Lps tu ok je. Kalau remaja skg.. hmmm...

    ReplyDelete
  24. saya dulu dengan BSB! sama aja lebih kurang cam lyd
    lain artis aje...hehe
    sanggup tak makan sebab kaset, bangga dapat beli barangan diorang
    ish...macam-macam lagilah, xckup page nak cite...hehe
    sekarang tak minat sangat walau perkembangan diorang masih diikuti
    tapi bebudak sekarang obsessed diorang menakutkan =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...