Skip to main content

Drama Rekaan Masa Zaman Skolah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Situasi : Di dlm kelas 4 Sains Harmoni, Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib [SMART] ~ sekolah je yg SMART, tapi aku tak 'smart' plak ~.
Dibintangi oleh :
~ Naimah [sebagai tukang dengar pertama]
~ Helmilia [sebagai tukang dengar kedua]
~ Watak paling penting : Salida [sebagai tukang reka citer merapu utk buat Naimah dan Helmilia ternganga pastu gelak ramai²]

Salida pon mula buka mulut utk bercerita kat Naimah dah Lia. Ceritanyer mcm ni;

"Korang tau kan... Aku memang cintakan Quino*. Sejak Form 2 lagi aku dah mula cintakan dia. Dia cinta pertama aku. Tapi aku pun tak tau la sampai biler perasaan cinta aku pada Quino ni akan bertahan. Sighhhh.... Aku rasa tak mungkin aku akan menunggu dia selamanya.

Satu hari nanti, biler aku dah makin dewasa, aku tau aku akan semakin lupakan Quino. Bila usia aku dah makin meningkat, cinta aku pada Quino akan semakin pudar. Masa tu mungkin aku dah jumpa pengganti Quino. Maybe nama org tu ialah Badrul**.

Dan waktu aku dah betul² lupa pada Quino tu, aku masih single walaupun umur aku dah lewat. Masa ni aku takder boifren. Jadi, aku ambik keputusan untuk pergi bercuti kat Hong Kong. Sorang². Sbb masa tu aku dah jadi sorang wanita jelita yang berjaya dan banyak duit.

Biler dah sampai kat Hong Kong, aku check-in kat sebuah hotel. Hotel tu kat tepi pantai dan mewah yang sungguh mendamaikan.

Pada satu petang yg nyaman, aku saje² la bersiar² kat area pantai. Then aku lepak kat satu restoran tepi pantai sambil baca buku 'Mengekalkan Kekayaan Tanpa Menyakiti Hati Kawan² dan Jiran'. Ermmmm... Aku tak order makanan pon masa tu. Aku cuma minum air durian belanda je. Masa aku tgh fokus membaca, tiba-tiba ader seorang lelaki selebet menegur aku di dalam bahasa Inggeris dgn slang America, [setelah dialihbahasa ke dlm bahasa Melayu, menggunakan suara Sin Chan]; maaf saudari yang cantik jelita... Boleh saya tumpang duduk kat meja ni?

Aku : Err..... tapi kenapa?

Lelaki Selebet : Sebab.... Semua meja dah penuh. [Sambil mata dia membawa pandangan aku ke seluruh restoran tu].Saya betul² lapar lagipun saya betul² nak cepat ni. Ada urusan penting lepas ni.

Dalam hati aku... 'ader aku kisah? Lantak kau la kalo ko lapar. Bukannyer masalah aku. huhu'. Tapi demi mengekalkan profesionalisma aku, aku jwb la jugak dgn sopan. Lagipn aku dah nak blah... Sbb air durian belanda yg aku order tu tak sedap. Rasa kumbang. Dan aku plak tgk muka dia dah mcm jam dinding... dgn pakaian selebet, rambut kusut masai, janggut, jambang, misai dah mcm manusia serigala...

Aku : Silakan la duduk encik... Saya pon dah nak blah ni... [Aku sempat le hadiahkan senyuman aku yg 50% jelita ni.



Lelaki selebet tu plak, sambil nak duduk, sambil tu plak dia mcm tgh melilau cari waiter sbb dia nak order, tetiba masa dia nak angkat tgn nak panggil waiter, tak pasal² tangan dia tertempuh gelas air durian belanda perisa kumbang aku yg tak habis tu... Argghh.... Stressnyer aku rasa.... Baju ni Gucci tau takkkkk???!!! Ingat murah ke?? Mmg sendukk nasik punyer American! Tapi kata² maki tu hanya terlaung di dalam hati. hehehe... Sbb aku menjaga profesionalism aku. hahahaha.

Pastu aku terus bangun, dan amik handbag Prada aku... dan aku blah... Lelaki selebet tu tak sempat nak ckp apa, aku terus je jalan. Dia kejar aku, dia mintak maaf, tapi aku cuma tersenyum ketat kat dia. Malas aku layan... Pastu dia janji dia akan byr ganti rugi utk cover duit dobi. Then dia bagi aku namecard dia....SUpaya aku bleh contact dia biler dah siap dobi baju aku...

Aku ambil name card dia, letak dlm handbag, then blah...

................

Aku balik ke Hotel, untuk bersihkan diri. Pastu, aku amik name card lelaki selebet tadi drpd handbag aku utk dibuang. Sbb buat semak dlm handbag aku jek.
Tapi sebelum buang, sempat aku jeling nama dia... tertulis kat situ....


Quino McWhinney
Big Mountain Record Lab
946, Ventura California.


Haaaaaaa? Quino? Tapi memang betul² selebet la mamat ni. Buat per bagi namecard kalo address dgn fon no semua kat California. Ke jadahnyer aku nak cari dia kat sana.

So, bermula dari situ... Perhubungan aku dgn Quino pun terjalin... [korang imagine la sendiri canner jalan citernyer utk aku jalinkan hubungan dgn Quino. Sbb panjang sgt kang citer ni].

Dan akhirnya... aku pun kawen dgn Quino..."

Realitinya : Kalo aku betul² kawen dgn Quino, mesti mak abah aku tak restu punyer. Confirm. Dan kalo aku melawan gak, silap² mak abah aku bleh padamkan nama aku daripada salasilah keluarga. Kwang..kwang...

* Quino = Penyanyi reggae [Kumpulan Big Mountain] yang aku minat secara saikologika masa skolah menengah dulu.




**Badrul = Konon²nyer penyanyi Malaysia yang baru muncul dlm industri muzik tanahair yang aku minat sampai melupakan Quino. Aku rasa bleh dikatakan mcm Anuar Zain atau Faizal Tahir. [ceh..kantoi aku minat Faizal Tahir].

Sekian kisah merepek. Aku mmg suka buat citer mcm ni sejak skolah dulu.

Comments

  1. hahahaha serius kelakar...patut la suka makan kerepek sbb mmg kerepek dr sekolah

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...