Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Menjahit Formal Suit Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu,... Aku berkenan betul tengok baju baby/toddler. Walaupun tak beli, dapat belek pun dah suka dah. Sebab comel sangat. Terutamanya kalau baju tu jenis yang hanya orang dewasa pakai, tapi ada versi kecil. Minggu lepas aku jalan-jalan cari pasal kat butik H&M di Nu Sentral. Aku ternampak satu suit untuk baby. Sekali dengan neck tie. Geramnya aku rasa, sebab kiut gile suit tu. Biasanya aku tengok yang jenis2 baju formal tu kat section Truly and Teddy. Tapi harga dia memang ketar tangan la nak bayar. Suit 4 pieces yang aku tengok di H&M tu harganya RM99 sepasang. Ada kemeja, seluar panjang, vest dan neck tie. Actually kira murah la utk satu set. Sebab kalau beli kemeja sehelai pun mesti dah RM30. Seluar panjang budak pun paling selekeh kalau brand Kiko pun dah RM59. Aku teringin nak tengok Luth pakai baju formal. Tapi takkan la aku nak beli pulak suit tu untuk dia. Tak logik nak mensia-siakan wang ringgit sebegitu rupa. Aku lagi prefer beli buku untuk d...

Luth 20 Bulan 11 Hari.

Sejahteralah ke atas kamu... Luth dah makin stable bila melangkah. Memang ranking di tempat pertama di kalangan cucu-cucu atok nenek, dalam bab paling lambat berjalan. Heheh. Finally berjalan juga masa umur 18 bulan. [Luth, kalau Luth baca ni bila Luth dah besar, sila la berbangga dengan pencapaian Luth ni ye.].  Dulu, masa dia tak berjalan, dari bulan ke bulan, kami, mama dan papa dia jenuh menunggu bila la hengkau ni nak berjalan Luth. Jiran kat kampung siap suruh pukul kaki Luth dengan daun seringan yang aku pun tak pasti cemana rupa bentuk geometrinya daun seringan tu. Juga aku tak dapat relate apa kaitan dengan 'cepat ke lambat budak tu berjalan' dengan daun seringan. Adakah sebab nama daun tu 'seringan'? Wallahua'lam. Sekarang ternyata, bila tiba masanya untuk dia berjalan..... Dia akan berjalan juga. Orang kata, budak-budak ni, kalau dia lambat berjalan, dia bercakap cepat. Tapi Luth tak la cepat jugak dia bercakap. Kalau bercakap bahasa baby tu,...

Penjawat Awam Di Selangor Akan Terima Bonus!!

Sejahteralah ke atas kamu.... YB Azmin Ali umumkan perkara itu di dalam Belanjawan Selangor bagi tahun2015 sebentar tadi. Bonus tersebut akan dibayar pada 18 Disember 2014. Untunggggg la.....  Bila aku baca komen-komen kat FB, bahasa masing-masing memang mengalahkan malapetaka. Ada yang kata, "eleh, pekerja kerajaan bukan buat apa pun, tetibe nak dapat bonus". Kebanyakannya adalah komen yang negatif dengan penu rasa tak puashati sebab diri sendiri tak dapat bonus kan? Boooo!! Tak malu dengki! Bagi aku, orang lain dapat bonus ke, dapat BRIM ke, itu dah bahagian masing-masing. Rezeki tu memang Allah yang beri, hanya saluran itu kebetulannya adalah melalui YB Azmin @ PM @ majikan. Kenapa la nak kecoh-kecoh mempertikaikan 'berapa banyak tugas orang lain'. Kenapa la nak perasan kononnya diri sendiri la yang paling kuat kerja berbanding orang lain. No..no... tak baik tau.  Aku menetap di Selangor. Kerja di KL. Aku juga bukan penjawat awam. Aku juga tak dapa...

Mr Flossy

Sejahteralah ke atas kamu... Salah satu barang penting yang mesti kena ada dalam henbek aku adalah dental floss. Aku memang kena floss gigi setiap hari. Kadang-kadang setiap kali lepas makan aku perlu floss gigi [kalau menunya daging atau makanan spesis keras dan liat]. Sampaikan husband aku panggil aku, "Mr Flossy". [terlalu panjang nak cerita kenapa "mr', bukannya 'mrs' atau 'miss'. Aku pendekkan cerita, ada satu watak dalam movie yang kami pernah tonton, watak Mr Flossy, yang habitnya floss gigi. Sama mcm aku.]. Sumber gambar daripada Google. Agaknya, sebab tiap-tiap hari tengok aku floss gigi, Luth pun selalu je mintak sikit floss aku. Dia kalau nak mintak apa-apa, dia akan cakap "nak cit" maksudnya "nak sikit". Kuat mengecek ni. Kalau aku taknak dia ganggu ketenteraman aku memflosskan gigi aku, aku akan bagi dia floss yg aku potong pendek je. Tapi kalau aku rajin, aku akan floss gigi dia dulu. Baru aku floss gigi...

Baju Selesa Haruslah Seperti Belacan

Sejahteralah ke atas kamu.... Ada satu baju ni. Aku kerap pakai bila duduk di rumah. Baju ala-ala baju kelawar tapi paras lutut je, tidaklah labuh sehingga buku lali seperti baju kelawar biasa. Diperbuat daripada kain cotton viscose, mungkin viscose bermutu rendah sehinggakan baju itu sudah mereput dan koyak di sana sini. Setiap kali aku pakai baju itu, suami aku tegur "baju ni lagi". Atau kadang-kadang suami bertanya, "syg ni tak ada baju lain dah ke? Baju tu kan dah koyak. Dah boleh buat alas kaki". Huhu... Simpul biawak kejap aku bila dia mensamatarafkan baju aku dengan alas kaki. Dia tak tau, baju tu selesa gilerrrr bila dipakai. Kainnya sangatlah menyerap peluh dan sangatlah sejuk pada kulit. Dan sebenarnya yang paling penting ialah baju itu dibelikan oleh Allahyarham emak aku, satu masa dulu sewaktu beliau masih hidup. [Of cos la dia beli masa dia idup. Ye dok?]. Lepas aku dah jaja nama Allahyarham mak aku, baru le hasben aku tak cakap apa dah bila ak...

Apa Le Ke Sengal Sangat Ni

Sejahteralah ke atas kamu... Pecah kepala fikir, "apa benda la yang nak aku ceritakan kat blog ni". Buntu. Betul-betul buntu. Aku rasa personal live aku biasa-biasa je. Tak menarik pun untuk dikongsi. Melainkan kalau aku masak menu yang lain sikit daripada kebiasaan. Atau perkara menarik yg anak aku buat. Boleh le aku cerita kat korang.  Haaa... tetibe aku dah dapat idea nak cerita. Minggu depan, taska ofis aku nak buat graduation day. Apa kena-mengena dengan aku? Anak aku, aku tak hantar kat taska ofis. Tapi anak ofismate aku, iye. Sempena graduation day tu, akan ada pertunjukan pakaian beragam. Kalau tak silap, anak ofismate aku baru je setahun 2 bulan. Ko bayangkan la sekenit tu kena masuk pakaian beragam. Bapakkk comel aku rase. Terkedek-kedek je berjalan atas pentas. Tidak ke comel? Jadi, perkaitannya persembahan pakaian beragam tu dengan aku ialah, mak budak tu, iaitu kawan ofis aku tu, tempah baju melayu sepasang sekali dengan sampin. Eh, bukan itu a...