Skip to main content

Luth 20 Bulan 11 Hari.

Sejahteralah ke atas kamu...

Luth dah makin stable bila melangkah. Memang ranking di tempat pertama di kalangan cucu-cucu atok nenek, dalam bab paling lambat berjalan. Heheh. Finally berjalan juga masa umur 18 bulan. [Luth, kalau Luth baca ni bila Luth dah besar, sila la berbangga dengan pencapaian Luth ni ye.]. 

Dulu, masa dia tak berjalan, dari bulan ke bulan, kami, mama dan papa dia jenuh menunggu bila la hengkau ni nak berjalan Luth. Jiran kat kampung siap suruh pukul kaki Luth dengan daun seringan yang aku pun tak pasti cemana rupa bentuk geometrinya daun seringan tu. Juga aku tak dapat relate apa kaitan dengan 'cepat ke lambat budak tu berjalan' dengan daun seringan. Adakah sebab nama daun tu 'seringan'? Wallahua'lam. Sekarang ternyata, bila tiba masanya untuk dia berjalan..... Dia akan berjalan juga.

Orang kata, budak-budak ni, kalau dia lambat berjalan, dia bercakap cepat. Tapi Luth tak la cepat jugak dia bercakap. Kalau bercakap bahasa baby tu, of cos la sejak lahir lagi. Aku tak rasa bercakap bahasa baby tu dikira sebagai bercakap. Beberapa perkataans yang dia dah pandai sebut sekarang seperti ; mama, papa, habis, nak lagi, nak sikit, sedap, macih [terima kasih], gajah, allahuakbar, jatuh, sakit, air, keta dannnnn...... apok. 

Aku ajar dia, apok tu keropok. Bila nak makan keropok keping memang dia akan kata nak apok. Lepas tu, nak makan biskut pun nak apok. Nak cornflakes punnnnn nak apok.... Sampaikan.... nak nenen pun dia kata nak apok... Huhuhu...Belaka la apok dia tu.


Comments

  1. Lambat ke cepat, sama je beb. Heheheheh! Org je yg suka sgt nak wujudkan persaingan. Kdg tu mulut lak nak bercakap sumting. Ringan je nak menegur! Adeh....

    Komen aku tiba-tiba lain mcm bunyinya kan?

    ReplyDelete
  2. biasa lah bebudak ada yg cpt berjalan ada yg lambat. gigihlah bersabar..akan sampai masanya berjalanlah dia..

    ReplyDelete
  3. Lyd.. enjoy his milestone :-)

    Hakim dulu pun mula jalan masa umo setahun 4 bulan dan bab bercakap? Nak masuk umo 5 tahun ni pun masih byk bahasa jerman dia..hehe

    ReplyDelete
  4. Dah dekat 2 tahun rupanya sang wira kita. Rasanya sudah tiba masanya ayahanda dan bonda sang wira menghadiahkan anak kesayangan mereka seorang adik comel pulak....

    ReplyDelete
  5. waaahh... first time jumpa org yg namakan anak dia nama Luth.

    masyaAllah...

    moga membesar menjadi kebanggaan org tua..

    ReplyDelete
  6. Aril pun baru pandai jalan...18 bulan juga...daun seringan la...suruh ketuk lutut dengan songkok ayahnya lepas semayang la...
    Masa lom jalan ternanti nanti...dah pandai jalan haa....tak reti diam langsung..nak nak kat klinik semalam..

    ReplyDelete
  7. Haha... apokkkk..
    Asya dlu pom lwt gak jalan.. tp dia mmg cpt blh bckp.. org kata klo anak merangkak lama bgs jugak..sbb mguatkan tlg blakang n biasanya budak cerdik.. tp lama tu mksudnya dlm tmpoh normal..xkan la 3thn++ merangkak lagi...hehe..

    ReplyDelete
  8. rasanya asyraf ngan aishah pun lambat berjalan jugak..

    apok..hihihi oklah tu..teringat A&A masa kecik, nak tutu (susu) sampai sekarang kalau amsyar nangis diorang ckp kat amsyar "adik nak tutu erk..?"

    ReplyDelete
  9. bila samapai waktunya bejalan la nnti kan...takyah nk libas guna daun bagai2 tu ;p

    ReplyDelete
  10. semoga luth jadi anak genius.

    ReplyDelete
  11. ooo, asal dia lapo jer sebut apok ey
    cutenya kan ^_^

    ReplyDelete
  12. anak sedare aku sebut "papok".

    aku dengar mula-mula aku "hissshhh.. apa cakap bapok ni.."

    mwahahahahhaahah..

    ReplyDelete
  13. enjoy setiap saat bersama anak kita, lambat atau cepat biarlah..asalkan dia sihat walafiat..dulu pon saya ada dapat petua apa ntah..tak ingat..
    dah dapat jalan..tak terkejar pulok

    ReplyDelete
  14. Anak sedara saya pun lambat jalan, udahnya nenek dia belah satu lagi dok pukul pelan2 pakai sapu lidi. Hehehee..nasib le..

    ReplyDelete
  15. Tahniah Luth dah pandai berjalan. Bolehlah Mak melaram lebih sikit lepas ni kalau keluar dah anak tak melekat kat dia lagi ^_^ Alaaaa... mana boleh banding anak kita dengan anak orang. Lain budak, lain pesennyakan. Kalau you nak bandingkan dengan anak I, bukan you je nangis dengar. I pun nangis sama. Anak I semua cepat -jalan cepat, tumbuh gigi cepat, bercakap cepat. Sampai nangis-nangis I ni melayan anak-anak tau. Hahaha....

    ReplyDelete
  16. semuanya apok la dia heheheh.... tahmiah luth dh pandai berjalan... nnt nk berlari lak...

    ReplyDelete
  17. Dah pandai jalan tu nanti...xlarat pulak maknye nk kejar..hihhi

    ReplyDelete
  18. samalah dengan aisyah dulu
    umur dia nak masuk setahun setengah, barulah dia berjalan
    itupun macam-macam orang dok kata, buat bikin hangat telinga aje...hehe
    tapi doktor kata normal, tak perlu bandingkan kata dia

    apapun luth, keep it up
    biarlah apa mereka nak kata =)

    ReplyDelete
  19. apok kang luth ni. lambat bangat jer kan, berjalan bercakap tak kisah la, yang penting sihat. ni tipah ai ni... dah lebih 6bulan umurnya tak reti2 meniarap pun lagi, I tak kisah sangat pun lantok ler, yang pnting dia hari2 happy. hehehehe

    ReplyDelete
  20. tak kesah lah lyd wpun lambat berjalan..alhamdulillah akhir nya sampai msjugak..ade sstgh baby umur 2thn lebih pun belum berjlnjugak..mmg diuji kesabaran parents, baby takder pepun rs kan..
    cam Acicha skrg nie pun mulut agak cepat jgk berckp,blhlah 2 perkataan tuh kan..tp seronok bila dia berckp pepun nk bubuh mummy..nak ckp mummy cm budak2 besaar..:)

    ReplyDelete
  21. tahniah luth lambat je xepat tak kisah
    apok pon apok la kan luth. .
    acaner erk daun tu ???

    ReplyDelete
  22. dah byk juga perkataan luth pandai sebut..sebut apok untuk mintak segala benda tu comel sgt..perkara biasa budak lambat berjalan cuma kita ni je ada perasaan risau sbb biasanya umur camtu anak2 org lain dh pandai jalan..klu kita tak risau pun org sekeliling pulak terlebih risau...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...