Skip to main content

Menjahit Formal Suit Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu,...

Aku berkenan betul tengok baju baby/toddler. Walaupun tak beli, dapat belek pun dah suka dah. Sebab comel sangat. Terutamanya kalau baju tu jenis yang hanya orang dewasa pakai, tapi ada versi kecil. Minggu lepas aku jalan-jalan cari pasal kat butik H&M di Nu Sentral. Aku ternampak satu suit untuk baby. Sekali dengan neck tie. Geramnya aku rasa, sebab kiut gile suit tu. Biasanya aku tengok yang jenis2 baju formal tu kat section Truly and Teddy. Tapi harga dia memang ketar tangan la nak bayar. Suit 4 pieces yang aku tengok di H&M tu harganya RM99 sepasang. Ada kemeja, seluar panjang, vest dan neck tie. Actually kira murah la utk satu set. Sebab kalau beli kemeja sehelai pun mesti dah RM30. Seluar panjang budak pun paling selekeh kalau brand Kiko pun dah RM59.

Aku teringin nak tengok Luth pakai baju formal. Tapi takkan la aku nak beli pulak suit tu untuk dia. Tak logik nak mensia-siakan wang ringgit sebegitu rupa. Aku lagi prefer beli buku untuk dia dengan duit sebanyak itu. Boleh beli 7 buah buku Touch & Feel book kat MPH tau.

Oleh sebab aku ni, pada satu masa dulu adalah 'I iz kuruzzz', dan baju-baju aku dulu hanyalah bersaiz 'S' yang sekarang dah langsung sendat takleh di buttoned on langsung, maka aku berprinsip "size yang lama usah dibangga"  atau  mungkin boleh kata"baju yang lama usah ditukunkan". Aku tenung je baju suit aku dulu. Perah otak seminit untuk fikir, apa benda la yang aku nak buat dgn baju kecik ni. Nak bagi kat orang rasa sayang pulak. [Ini la dia namanya sayang tak bertempat. Huhu. ]

Jenama cikai je, yang aku nak highlight ialah size tu. Huhuhu... Sebak dada bila melihat saiznya...

Blouse ni aku suka sangat fabric dia. Lembut dan nipis serta selesa dipakai. Sebab tu aku agak 'tangkai' nak derma kat orang. Huhu.

Tenung punya tenung, tetibe mentol idea pun menyala, blink..blink... Pekata aku buat suit untuk Luth. Boleh la dia pakai masa pegi wedding sepupu dia Sabtu ni. Owh, sebelum terlupa, nak beritahu yang malam ni aku nak balik kampung lagi naik bas. Anak sedara aku kawen. Heheh. Papa Luth, hari Sabtu baru boleh balik sebab takleh cuti. Org meniaga la katakan.


Mula-mula sekali, aku guna seluar suit aku untuk buat seluar Luth dan juga vest. Vest adalah yang pertama aku jahit. Aku siap lining dengan kain satin. Kain satin tu pun upcycle daripada baju tidur satin aku. Fully utilize betul aku ni sekarang. Semua aku nak alter. Untung tak untungnya ibu mentua aku bermenantukan aku yang ghajinnnn sesangat ni hoih.

Bahagian lengan jahit tangan je.


Macam biasa, jahitan memang la tak secantik jahitan Rizalman for Zalora. Tapi cukup la untuk anak pakai. Sebab anak tak reti komplen lagi khennn.. Berleluasa la omak beliau ni menggayakan beliau.

Lepas dah buat vest, aku buat seluar. Seluar pun aku buat seluar getah macam ala-ala seluar tidur je. Bior le. Bukan ada orang nak belek pun dan kalau ada sekali pun orang nak belek, aku pedulik hape. Janji seluar tu padan dengan anak aku dan dia selesa dengan cutting tu.

Lepas buat seluar baru, la buat kemeja. Kemeja buat last sekali sebab rasa mcm complex sikit pembuatannya. Nak cantum lengan lagi, nak buat kolar lagi. Aku tak pernah buat collar sebelum ni. Aku hantammmm saja labu. Aku tak pernah ada basic menjahit, tak pernah juga masuk kelas menjahit. Semuanya aku hantam sajalah labu sayong dan jagung. Sebab tu la hasilnya pun tak seberapa. 

Aku terus potong tengah2 blouse tu untuk dijadikan butang tengah baju si kenit. Tak kisahlah selisih butang tu ikut baju perempuan. *untuk yang tak tahu, selisih butang antara baju lelaki dan perempuan adalah tak sama. Baju perempuan, belah kanan kat atas, baju lelaki pula belah kiri dia atas.*



Inilah hasilnya.



Korang impress kan? Betul tak? Betul tak? Tak banyak pun msti ada sikit kan? At least sikitttt je kan? Impress besar anak kuman pun mesti ada kan? Kan? Eheeeee. Aku bukan nak cakap besar, tapi aku sendiri macam tak sangka dengan kebolehan diri sendiri.Wekkk... Booo!

Comments

  1. impressed giler kot.

    aku nak mintak Encik L belikan aku mesin jahit sekarang....

    please please please...

    ReplyDelete
  2. untuk seseorang yang tidak pernah menjalani latihan khusus
    saya rasa LS memang dah buat benda FANTASTIC!
    hebatlah! saya kagum dengan hasil tangan LS
    kalau saya mahu tak berupa gitu, dia jadi sarung bantal, kalau jadilah
    idak terus jadi kain buruk...hehe

    hati-hati pulang ke kampung dengan anak nanti ye =)

    ReplyDelete
  3. memang impressed tengok ni. Bergaya la luth tengok ni

    ReplyDelete
  4. wowww.. siap dengan vest lagi. Kalau kenakan sekali dengan topi cowboy mesti nampak Luth semakin kacak....

    ReplyDelete
  5. ohhhmaiii..impressed gila2 ni.hebat lah mama luth!

    ReplyDelete
  6. tersangat2 impressed.... pergihhh sy tabik springgg dkt sis... jimat duit n beruntung luth... #kalaulahsayapandaimenjahitjahitjuga...wawawa

    ReplyDelete
  7. hoiii nak nangis I terharu sebab kagum sangat ni.... first sebab u buat nya menjadi, sekond sebab u utilize baju2 lama, upcycle which I loike!!!! cepat buh gamabr luth menggayakan busana tersebut hohohohoho. mensti menjadi jejaka idaman di majlis kenduri berkenaan.

    ReplyDelete
  8. Wowww.. kagumnya... salam pekenalan dari saya.. saya follower #851

    ReplyDelete
  9. wahhhh..giler terror lyd..
    tahniah..
    lps ni blh jd mcm rizalman..tak mustahilla..serius

    ReplyDelete
  10. Gempak giler! Ok memang impressed sangat ni. Alamak terus terasa diri sendiri ni pemalas sbb bila ada baju tak muat terus buang. Padahal boleh upcycle. Sigh

    ReplyDelete
  11. Ni yg malas nak cakap ni Lyd....ya, daku mmg kagum giler dgn hasil kerja tgn mama Luth ni! Bkn setakat rajin (sbb saya malas bab jait), kreatif pulak tu (guna apa yg ada je). Lepas ni teruskan berkarya ya Lyd. Ni karya tau!

    ReplyDelete
  12. waaaaa.. hebat sangat!!
    bila tgk hasil last tu mmg sebijik nmpka baru & mcm beli kedai..
    bagusnya kalo kretip n pndai menjahit..sgt2 jimat..
    drp y lama tersimpan n terbuang, elok la recycle camni...
    nnti, awk blh la cari semua bju2 lama n buat mcm2 lagi..

    ReplyDelete
  13. WOW *buntang mata. Impressed sangat ni lyd. Terror tu. Lepas ni boleh buat jenama sendiri. I is jeles ok.

    ReplyDelete
  14. very impressed sesangat lyd..hang mmg pandai..mcm species laki sy jgk nie..heheh..cantik betul, nap tak tunjuk gambo luth pkai sut nie..alahai teringin nak tengok..
    nie kalau pegi kursus atau kelas serius blh bukak butik nie lyd..syabas..!!!

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. seriusss mmng impress giler! cantik lawo bergaya kot

    ReplyDelete
  17. Oo...begitu caranya...koi daj bagi adik kemeja yang boleh dipakai lagi... Seluar masih sayang nak bg orang...
    Keinginan dah membuak buak nak menjahit ni...tapi....takde masa la pulak

    ReplyDelete
  18. wowwwwww
    cayalah la lyd untung luth ada mama ghajin try n error ni.
    dh balik kg la kan?

    ReplyDelete
  19. mmg kreatif.tipulah klu tak impress.

    sy pernah terfikir nak buat camni juga menggunakan kekreatifan yg ada dengan baju2 n jeans terpakai buat baju anak.tp cuma mampu berangan je la sbb takde mesin jahit...huhu

    ReplyDelete
  20. Peh! Untunglah! Untunglaaaaaaaaaaahhhhhhhh! Ada bakat jahit n paling penting, rajin. Klu setakat berbakat tapi maleh, skeri gak tu. Wahahaha! Apapun, syabas bete! Aku kagum!

    ReplyDelete
  21. dasyat..terbaiklah lyd...respek..tabik springgg..gigih demi anak..i lap u..heheh
    over pulak..tengok hasilnya macam nak nangis tau..sangat rajin

    ReplyDelete
  22. Pergh... Memang impress ni kak. Jimat dah duit di situ.

    ReplyDelete
  23. Haha.....betul tu Lyd....kadang tu ada gak rasa tangkai.....
    Tp Lyd rasanya susah nak cari org susah zaman ni....baju depa pun bukan main lagi stylonya....

    ReplyDelete
  24. Tapi serious kagum mak tau awak pandai jahit baju....hihi.Gi belajar yeh....

    ReplyDelete
  25. kak...waaaaaaa..nape ko hebat??? mencikkk!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...