Skip to main content

Cara Menyediakan Strawberry-Chocolate Yang Betul-Betul Ho Liaw

Sejahteralah ke atas kamu...

Mesti semua orang dah selalu dengar strawberry chocolate sejak TokTi suka makan makhluk Allah ni kan. Aku tak ketinggalan turut terhegeh-hegeh gi beli strawberi kat supermarket, beli coklat sendiri [coklat hershey yang dalam botol tu] then cicah le sendiri stoberi tu dgn coklat tu, feeling2 macam suara aku akan jadi merdu macam TokTi lepas makan stoberi cekelat tu.Sekali lepas aku makan, aku test nyanyi, suara aku sama je. Tak merdu pon. Hakhak.

Tapi, biasanya yang makan stawberi coklat ni akan kata 'tak best mana' pun rasa dia. Biasa-biasa je. Ada yang kata muak. Anak buah aku yang penggemar coklat tegar pon kata rasa dia tak matching sbb satu tu jenis yang berair dan rasa menyengat [stoberi] dan satu lagi rasa manis dan lemak-lemak perut gitu...

Aku dah try makan stoberi coklat ni dengan banyak jenis coklat, yang murah, yang mahal, yang putih, yang cekelet, yang pekat, yang cair tapi the best yang aku rasa paling sedap rasanya ialah bila ko guna coklat Cadbury Dairy Milk. Alah, yang coklat bar yang jual kat kedai2 biasa tu. Takyah nak terhegeh-hegeh nak beli cooking chocolate ke apa. Beli Cadbury je sudah. Pastu ko kupas kulit coklat tu, ko patah-patahkan letak dalam bekas yg tahan panas, then masukkan je dalam microwave beberapa saat. Nanti dah cair, ko hadap le coklat tu. Buat makan colek dengan stoberi. Wahhh kelas kan makan colek guna stoberi.







Aiseh, ternampak plak kuku aku yang aku dah buat french manicure tu. Ececeh. Western habih dah ni anak jati Sungei Lembing ni. Mkn colek stoberi, kuku french manicure, sekali tangan bau sambal belacan. Hahaha.

By the time aku ambik gambar stoberi dengan coklat ni, si anak bertuah aku ni dok tengah nangis berguling-guling tepi meja sebab aku letak dia kat lantai. Dia tersinggung sungguh kot sebab dia nak tengok aku buat mende, tapi aku takleh le nak ambik gambar sambil pegang dia. Hehehe... Eii.. gerang aku budok nih.

Ini lepas papa kutip dia daripada lantai dan letak kat atas riba aku. Masa ni aku dah siap ambil gambar dah. Haihhh anak soleh ni... mama makan awak karang nak???!


**Kalau korang takde microwave, jangan susah hati. Ko masih boleh cairkan coklat Cadbury tu guna teknik double boil. [Letak air dalam periuk, didihkan kemudian letak coklat dalam periuk lain yang lebih kecil daripada periuk air tadi dan panaskan dalam beriuk besar yang ada air tu. Dah tu bakpe aku eja 'beriuk' instead of periuk?? Hahaha.. sebab aku dah typo, tapi malas nak gi padam. So, lagi rela taip panjang2 untuk explain.

Comments

  1. this is my fav ever....makan begitu saje pun best...bagus ni amalkan untuk awet muda...

    ReplyDelete
  2. Sampai hati mama ye sayang.. strawberry coklat punya pasal dah merajuk ye

    Gambar yg menyerlah tu yg buat kakak meleleh Lyd:)

    ReplyDelete
  3. Huwaaaa!! jejes2 air liur nengok toberi merah jelita elok je..
    Di tambah dengan cicah coklat plak lagi menyengat. :)

    ReplyDelete
  4. hai. baru dapat singgah.

    sedapnye. macam teringin nak buat.

    hehe.

    ReplyDelete
  5. coklat cadburry tu memang sedap..saya buat congor bar pun guna yang tu,tak pakai coklat masakan tu....kalay buat kek pun saya suka campur coklat cadbury dengan coklat masakan untuk topping dia..sedap..

    ReplyDelete
  6. pergh..telan air liur lerliurrrrr...

    ReplyDelete
  7. sedap..lagi sedap strawberi cecah garam..ekkk

    ReplyDelete
  8. Kena cuba buat nih...nak dapatkan kenikmatan huew liauwwww...

    ReplyDelete
  9. Dulu first time tau pasal chocolate strawberry ni time berjalan kat cameron highland.

    ReplyDelete
  10. walla tgk pic2 ni buat KA terliur suda ptg2 ni

    ReplyDelete
  11. sedap le...leh try ni..ye la coklet cadburry je pun dah sedap kan...

    ReplyDelete
  12. saja la cik pn lyd ni nayang stobeli..haissh
    nasib dh lepas makan hri tu.
    dlu ska baru2 ni mkn cicah coklat jadi muak.
    cik laki yang lebih2 makannya.
    balik rumah sambung cicah lagi dgn hershey

    cicah garam sedap lagi tau :)

    ReplyDelete
  13. Entah. Blm tergerak hati lg nak mkn. Kah3...

    ReplyDelete
  14. Tapi kan saje jer letak gambar strawberry tu dari sudut berlainan huhuu.. saje nak bagi geram kihkihkhihh... urmmm sedap nyer kalau boleh makan macam tu waktu srapan.. feel europian gitu hahaha :P

    ReplyDelete
  15. Beriuk tu mungkin singkatan untuk berperiuk periuk sbb double boiler guna dua periuk.

    ReplyDelete
  16. Tambahan..kalau takde microwave..tak reti wat double boiled. .
    tinggalkan aje dlm kereta yang di parking di bawah panas terik mentari

    ReplyDelete
  17. Mama dia ketepikan dia semata nak tayang kuku french manicure itu. Hahaha. Lyd.. Lyd..

    ReplyDelete
  18. Aku tak minat sangat buah stroberi. Sebab each time aku makan mesti dapat yang masam. So aku terus tak makan lagi dah.

    ReplyDelete
  19. salam lyd
    sori tak nyempat dtg melawat awak, kita tak sehat seminggu..tima kasilah kerna sudi jenguk2 umah buruk kita..heheh..
    sy lak skrang nie dok verangan nak makan stroberi cicah garam sbb tgk kat blog azie hari tuh..heheh

    ReplyDelete
  20. wahh.. kebetulan ade strawberry lebih ni... kalau rajin nnti nak try lah.. hee~ senang je ghupenyaa..

    ReplyDelete
  21. Memang haw liau....tapi mahal wei kos ni.....dgn anak ramai cam akk kena beli coklat bar sekilo rm12 tu...baru padan. ...tapi kot akk nk try menyeludup makan dalam bilik baru leh guna Cadbury tu...hehehe

    ReplyDelete
  22. sedapnya..dh la tgh lapo...lepa sni n terus pimkn nasik.haha..sy takpernah beli strawberi kt supermarket..kemut katanya..selalumkn strawberi kt atas kek tu je.haha nti ada budget lebih boleh bikin cecah coklat cadbury..:)

    ReplyDelete
  23. Salam Lyd,

    Tumpang lalu jap :) Kalau ada masa bolehlah join meroyan di entri ni ya :

    http://mummydearie.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  24. mabelesnya..ada strawberi ag kat umah ni..boleh try wat

    ReplyDelete
  25. Kecur ailio iols tau. Dah try ngan nutella?..hehehe...

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum lyd...sedapnya tengok...:)

    ReplyDelete
  27. ooohh kemah keming makey colek stoberi cicoh cekelat, I kalau kat event ada fountain2 ni layan la jugak ngisi perut sambil nunggu makan besor, tapi kalau nak beriya buat sendiri kat umah mmg tak la, nak jelita sepah calit coklat satu umah? muahahah

    ReplyDelete
  28. Demi nak ambil gambar lepas buat meni pedi gitu, dibiarkan anak soleh di lantai. Memang tak solehah langsung tau ...

    Kita tak berapa suka stroberi ni tapi ceklat memang feveret pastime gitu. Eh, jap, jap nak gi buat manicure dulu pastu nak ambil gambar jari runcing tengah makan petai pulak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya