Sejahteralah ke atas kamu...
Aku ni pencinta madu. Harus diingatkan di sini, madu yang aku maksudkan ialah madu lebah ye. Hahah. Sebelum ni aku guna madu Acacia. Agak bagus. Baru-baru ni aku pernah cuba madu Tualang jenama Wangsa. Tokey madu Wangsa tu bagi aku sample madu kelulut. Erm, aku macam suka plakmadu kelulut.
So, aku beli sekilo terus. Hambik!
Madu kelulut ni agak cair berbanding madu lebah biasa. Aku tak sure sama ada sebab madu biasa yang beli tu dah melalui proses penyejatan air so sebab tu dia pekat atau pun madu kelulut ni tak melalui proses keluarkan air daripada madu tu. Tak paham angkat tangan.
Rasa madu kelulut ni plak macam bergas sikit pastu kalau madu Acacia tak berapa manis, macam manis-manis buah, yang madu kelulut ni lagi kurang kemanisan dia. Pastu rasa dia memang lain daripada rasa madu biasa. Macam keras sikit. Ada rasa ke'kelulut'an dia tu.
Gambar bawah ni pulak ialah gambar ubi kayu sira yang aku beli kat Kedai Kita dalam bangunan ofis aku ni. Takde kaitan dengan madu kelulut. Sedap jugak, aku macam baru first time try. Bandar tak bandarnye aku ni kan. Sampaikan ubi kayu sira pun tak pernah makan sebelum ni. Apa kampung aku kat Manhattan agaknya.
Haaa... tu je la.
Samalah. .koi pun tak pernah makan ubi kayu sira
ReplyDeletekot org pahang tak biasa buat makanan ni. tapi aok dok johor. takkan takpernah makan.
DeleteHahaha....koi ni kalo masuk fear factor...suruh makan durian pun dah kena hantar balik dahhh...
Deletehahaha masa tengok gambar sebelum baca entry, punya la pikir madu jenis apa pulak yang bawah tu, sekali ubi sira daaa. Kat umah ni JJ ngan papa nya yang pencinta madu, memang stok selalu ada and kalau jumpa yang cantek jer mesti papa dia beli, ada satu ni selalu dia beli kalau balik bosnia tapi I suruh jimat2 telan sebab harga sebotol kecik jer 40euro (I kan kedekut), makan yang murah2 sudah hahaha. And biasanya madu yang elok adalah pekat berselut, kata mereka la.
ReplyDeletemahal ye madu kat sana. 40euro utk botol kecik je. tp kalau betul2 ori takpe. yang si kecik tu pun pencinta madu rupanya. hehehe..
Deletemadu sini murah jer, rega 1.50euro pun dah boleh dapat tapi laki ambe la gedik suka yang konon terbaik dari kampung dia tu.
DeleteMula-mula suka madu lebah. Kemudian suka madu kelulut. Lepas tu dapat madu manusia.....hehehehe...
ReplyDeletehaipp JR jgn macam2 ye.
Deleteperghhh... ingatkan ubi tu masak madu... dah pelik dah tu... hahaha...
ReplyDeleteTp mungkin boleh try kot. tak tua le kot ubi bleh berlawan plak dgn madu sampai mudarat ke
Deleteubi titipan daripada kg masih ada lagi di dapur . mungkin blh buat ubi sira gula ...
ReplyDeletehaa.. boleh le share resepi kt blog.
Deleteblh beli online tak lyd madu tu?
ReplyDeletetak sure plak awak. tapi kalau awk nak saya boleh tolong belikan.
DeleteinsyaAllah..kalau nk beli nanti den roger eh..tq..hihi
Deletexpernh mkn jugak ubi sira...biasa kalau ada ubi kayu kat kampung kite rebus je..mkn ngan sambal n ikan masin....ouhh sedapnye
ReplyDeletetu la.. tak pun buat kerepek.
Deleteuuhh.. .lama dah tak makan ubi sira gula Melaka...
ReplyDeleteboleh la ko suh wife ko buat ni.
DeleteWei, ubi kayu sira!!! Dah lama tak makan. Sedap tau!!
ReplyDeletetau..tau.. memang ternyata sedap. aku dah try smlm.
Deleteehh sy pun xpnh mkn gak ubi kayu sira hehehehe...pendek kata makanan2 manis ni memg kurg, madu, kurma...sedihkan..padahal itu seme mknan sunnah..
ReplyDeletetakpe, asalkan manis dalam senyuman.. wah gitu..
DeleteMadu ubat segala penyakit.
ReplyDeleteOh... Lyd kira tak 100% kampung sebab itulah tak tahu ubi sira ni ye...
Kalau kakak ubi sira ni masa zaman kanak-kanak dulu sampai jemu sebab dah kerap sangat dihidang benda sama. Miskin mana mampu nak beli tepung... sedih kalau ingat dulu.
mungkin 100% kampung cuma generasi dah berbeza skit kot. betul kak, kakak2 saya pun cerita mereka makan makanan2 yg ala kadar je waktu membesar sbb susah.
DeleteBerapa RM madu kelulut ni kak... ingat nak belikan untuk bapa mertua untuk ubat penyakit kencing manis.
ReplyDeleterm120 untuk sekilo.
DeletePnh cuba mkn madu tau lyd..
ReplyDeleteTak blh telanla..huhu
serius ke rin tak boleh telan. tapi rasa madu jauh lebih sedap daripada pati ikan haruan. huhuhu... nangis rasa nak telan tp telan jugak.
DeleteTak pernah lagi makan ubi kayu sira dengan madu. Biasa makan ubi rebus dengan kelapa je. Hehe
ReplyDeletesalam singgah dan follow... :)
ReplyDeleteConfirmedlah tu kampung kat UK tak pun kat Felda NZ gitu. Tak pernah merasa ubikayu sira ghopanya dia ... kita pandang sebelah mata pun takmo lagi dah walaupun tak pernah buat sendiri :)
ReplyDeleteBab madu ni saya kurang sikit kegemarannya so tak tahulah apa bezanya di antara kesemua madu yang tersenarai di sini.
biasanya saya beli madu di cameron,
ReplyDeletetapi tak pernah try beli madu kelulut ni
ubi sira tu mesti sedap
matnyer saya tak rajin jumpa yek?
1st time dgr madu kelulut.
ReplyDeleteSedap plak tgk ubi kayu sira tu.
madu ni semua tau byk khasiat..mmg bagus amalkannya apalagi menjadi pencinta..haha
ReplyDeleteMadu.....kat rumah ni pun ada simpan Madu Lyd...beli kat Pasar Tani....tp mmg tahan lama sebab org kat rumah ni makannya jarang jarang...yg rajin makan hubby.....
ReplyDeleteUbi sira tu faveret anak anak okje lg suka ubi rebus cicah sambal!
suka jugak makan madu.dlu masa duk jb sokmo beli kat ayer keroh. ntah ori ntah tidak.beli aje.. haahhha. x hbs buat cornflakesmadu..
ReplyDeletetak pernah makan la ubi sira tu..
Bdk2 ni minum madu tualang. Minum sebotol pun pe. Tp sesudu je pg dan mlm.
ReplyDeleteingatkan gambar yg last tuh ubi salut ngan madu..hehehe..makan madu2 selalu boleh tambahkan selera makan tau sbb itulah sy kontrol dahlah daku sukaa make..:)
ReplyDeletekt sini tgh hujannn aduhhh sedapnya pekena ubi sira tu...
ReplyDelete