Skip to main content

Baru Nak Mencuba

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ni pencinta madu. Harus diingatkan di sini, madu yang aku maksudkan ialah madu lebah ye. Hahah. Sebelum ni aku guna madu Acacia. Agak bagus. Baru-baru ni aku pernah cuba madu Tualang jenama Wangsa. Tokey madu Wangsa tu bagi aku sample madu kelulut. Erm, aku macam suka plakmadu kelulut. 

So, aku beli sekilo terus. Hambik!




 Madu kelulut ni agak cair berbanding madu lebah biasa. Aku tak sure sama ada sebab madu biasa yang beli tu dah melalui proses penyejatan air so sebab tu dia pekat atau pun madu kelulut ni tak melalui proses keluarkan air daripada madu tu. Tak paham angkat tangan.

Rasa madu kelulut ni plak macam bergas sikit pastu kalau madu Acacia tak berapa manis, macam manis-manis buah, yang madu kelulut ni lagi kurang kemanisan dia. Pastu rasa dia memang lain daripada rasa madu biasa. Macam keras sikit. Ada rasa ke'kelulut'an dia tu. 

Gambar bawah ni pulak ialah gambar ubi kayu sira yang aku beli kat Kedai Kita dalam bangunan ofis aku ni. Takde kaitan dengan madu kelulut. Sedap jugak, aku macam baru first time try. Bandar tak bandarnye aku ni kan. Sampaikan ubi kayu sira pun tak pernah makan sebelum ni. Apa kampung aku kat Manhattan agaknya.





Haaa... tu je la.

Comments

  1. Samalah. .koi pun tak pernah makan ubi kayu sira

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot org pahang tak biasa buat makanan ni. tapi aok dok johor. takkan takpernah makan.

      Delete
    2. Hahaha....koi ni kalo masuk fear factor...suruh makan durian pun dah kena hantar balik dahhh...

      Delete
  2. hahaha masa tengok gambar sebelum baca entry, punya la pikir madu jenis apa pulak yang bawah tu, sekali ubi sira daaa. Kat umah ni JJ ngan papa nya yang pencinta madu, memang stok selalu ada and kalau jumpa yang cantek jer mesti papa dia beli, ada satu ni selalu dia beli kalau balik bosnia tapi I suruh jimat2 telan sebab harga sebotol kecik jer 40euro (I kan kedekut), makan yang murah2 sudah hahaha. And biasanya madu yang elok adalah pekat berselut, kata mereka la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal ye madu kat sana. 40euro utk botol kecik je. tp kalau betul2 ori takpe. yang si kecik tu pun pencinta madu rupanya. hehehe..

      Delete
    2. madu sini murah jer, rega 1.50euro pun dah boleh dapat tapi laki ambe la gedik suka yang konon terbaik dari kampung dia tu.

      Delete
  3. Mula-mula suka madu lebah. Kemudian suka madu kelulut. Lepas tu dapat madu manusia.....hehehehe...

    ReplyDelete
  4. perghhh... ingatkan ubi tu masak madu... dah pelik dah tu... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp mungkin boleh try kot. tak tua le kot ubi bleh berlawan plak dgn madu sampai mudarat ke

      Delete
  5. ubi titipan daripada kg masih ada lagi di dapur . mungkin blh buat ubi sira gula ...

    ReplyDelete
  6. blh beli online tak lyd madu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure plak awak. tapi kalau awk nak saya boleh tolong belikan.

      Delete
    2. insyaAllah..kalau nk beli nanti den roger eh..tq..hihi

      Delete
  7. xpernh mkn jugak ubi sira...biasa kalau ada ubi kayu kat kampung kite rebus je..mkn ngan sambal n ikan masin....ouhh sedapnye

    ReplyDelete
  8. uuhh.. .lama dah tak makan ubi sira gula Melaka...

    ReplyDelete
  9. Wei, ubi kayu sira!!! Dah lama tak makan. Sedap tau!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau..tau.. memang ternyata sedap. aku dah try smlm.

      Delete
  10. ehh sy pun xpnh mkn gak ubi kayu sira hehehehe...pendek kata makanan2 manis ni memg kurg, madu, kurma...sedihkan..padahal itu seme mknan sunnah..

    ReplyDelete
  11. Madu ubat segala penyakit.

    Oh... Lyd kira tak 100% kampung sebab itulah tak tahu ubi sira ni ye...
    Kalau kakak ubi sira ni masa zaman kanak-kanak dulu sampai jemu sebab dah kerap sangat dihidang benda sama. Miskin mana mampu nak beli tepung... sedih kalau ingat dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin 100% kampung cuma generasi dah berbeza skit kot. betul kak, kakak2 saya pun cerita mereka makan makanan2 yg ala kadar je waktu membesar sbb susah.

      Delete
  12. Berapa RM madu kelulut ni kak... ingat nak belikan untuk bapa mertua untuk ubat penyakit kencing manis.

    ReplyDelete
  13. Pnh cuba mkn madu tau lyd..
    Tak blh telanla..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius ke rin tak boleh telan. tapi rasa madu jauh lebih sedap daripada pati ikan haruan. huhuhu... nangis rasa nak telan tp telan jugak.

      Delete
  14. Tak pernah lagi makan ubi kayu sira dengan madu. Biasa makan ubi rebus dengan kelapa je. Hehe

    ReplyDelete
  15. Confirmedlah tu kampung kat UK tak pun kat Felda NZ gitu. Tak pernah merasa ubikayu sira ghopanya dia ... kita pandang sebelah mata pun takmo lagi dah walaupun tak pernah buat sendiri :)

    Bab madu ni saya kurang sikit kegemarannya so tak tahulah apa bezanya di antara kesemua madu yang tersenarai di sini.

    ReplyDelete
  16. biasanya saya beli madu di cameron,
    tapi tak pernah try beli madu kelulut ni
    ubi sira tu mesti sedap
    matnyer saya tak rajin jumpa yek?

    ReplyDelete
  17. 1st time dgr madu kelulut.

    Sedap plak tgk ubi kayu sira tu.

    ReplyDelete
  18. madu ni semua tau byk khasiat..mmg bagus amalkannya apalagi menjadi pencinta..haha

    ReplyDelete
  19. Madu.....kat rumah ni pun ada simpan Madu Lyd...beli kat Pasar Tani....tp mmg tahan lama sebab org kat rumah ni makannya jarang jarang...yg rajin makan hubby.....
    Ubi sira tu faveret anak anak okje lg suka ubi rebus cicah sambal!

    ReplyDelete
  20. suka jugak makan madu.dlu masa duk jb sokmo beli kat ayer keroh. ntah ori ntah tidak.beli aje.. haahhha. x hbs buat cornflakesmadu..

    tak pernah makan la ubi sira tu..

    ReplyDelete
  21. Bdk2 ni minum madu tualang. Minum sebotol pun pe. Tp sesudu je pg dan mlm.

    ReplyDelete
  22. ingatkan gambar yg last tuh ubi salut ngan madu..hehehe..makan madu2 selalu boleh tambahkan selera makan tau sbb itulah sy kontrol dahlah daku sukaa make..:)

    ReplyDelete
  23. kt sini tgh hujannn aduhhh sedapnya pekena ubi sira tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...