Skip to main content

Motor Skill [Kemahiran Motor]

Sejahteralah ke atas kamu....


Biasa dengar orang sebut 'motor skill' untuk perkembangan bayi, tapi aku bukan tau pun apakebende yang di'motorsekil'kan tu. Omputih ni memang macam-macam. 

Motor skill ada 2 kategori; 

  1. Fine Motor Skill
  2. Gross Motor Skill
  3. Kolej Master Skill

Apa Itu MOTOR SKILL?

Motor skill [kemahiran motor] adalah kebolehan bergerak apabila otak, sistem saraf dan otot berfungsi serentak.

Fine motor skill [kemahiran motor halus] ialah pergerakan kecil contohnya seperti memegang sudu, mengutip objek-objek kecil ataupun apa-apa juga pergerakan halus yang lain yang menggunakan otot-otot kecil seperti pergerakan bibir, jari, ibu jari kaki, lidah dan sebagainya.

Gross motor skill [kemahiran motor kasar] adalah pergerakan yang menggunakan otot besar pada badan seperti otot lengan, otot kaki, tapak kaki dan torso*. Contoh kemahiran motor kasar ialah seperti berguling, duduk, berdiri, bertepuk tangan dan sebagainya. sumber

Semoga bermanfaat.

*torso - bahagian badan manusia daripada pinggang ke atas.

Comments

  1. aksi menangkap bola lisut memerlukan motor skill yang bertaraf grandprix 500cc

    ReplyDelete
  2. yang kolej master skill tu apa lak?... kah3..

    ReplyDelete
  3. Dulu, masa sebelum ada anak, saya fikir motor skill ni adalah salah satu skill di dalam sukan lumba permotoran. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Teringat masa belajo jd cikgu dulu.adala belajo tttg moto skills nih..

    ReplyDelete
  5. Masa tidur pula skill apa erk...? Slow motor skill atau lazy motor skill?..

    ReplyDelete
  6. saya pun x tau ttg nih ... nice sharing .

    ReplyDelete
  7. A'ah... Motor skills akak adalah bwk motor smo kena hin. Ms belaja dulu la.

    ReplyDelete
  8. sy xpernah dgr malah tahu pun..tq sharing nie..

    ReplyDelete
  9. TQ sharing.. baru faham dengan jelas..
    Selalu dok dengar cuma details tu tak berapa tahu.. ;D

    ReplyDelete
  10. wah info menarik ni Lyd.. tq berkongsi yer

    ReplyDelete
  11. kalau dalam alam baby cam anak2 kita nie mmg kena monior kan perkembangan motor dorang nie...tp misi kat klinik sini main tick jer tak tanya pun apa2...hmmmm

    ReplyDelete
  12. skill tunggang motor jatuh dlm kategori yg mana?

    ReplyDelete
  13. tak pernah pulak tahu secara details .huhu

    ReplyDelete
  14. Nasib baik tau I tau motor skill tu apa :) Kalau tidak, memang tak mahu baca pun entri ni sebab I tak pandai bawa motor!

    Wah, sangat berilmiah ini entri. Bilalah I nak buat entri berilmiah pulak ek!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya