Skip to main content

Musim Kemarau Banyak Nyamuk

sejahteralah ke atas kamu,....

sejak musim panas mula menjengah  bumi Malaysia kita ni pada awal bulan 2, nyamuk banyak kemain. aku macam tiap2 hari dok berperang dengan nyamuk. kalo kita spray dengan dengan racun serangga pun is like, 'ada aku kisah' kata nyamuk tu.

suami aku si mat azghul tercinta tu siap buat penghalau nyamuk guna limau nipis yang dicucuk-cucuk cengkih. comel jugak rupa limau tu. kalau buat doorgift kat umah orang kawen mesti tetamu akan puji 'kretif tuan rumah ni.'. keberkesanan dia, aku sendiri tak pasti jugak. mungkin berkesan aku rasa. sebab dah terconfuse bila first time guna limau nipis cengkih tu, hari yang sama jugak start guna spray racun serangga jenama lain daripada biasa. tapi nyamuk macam kurang jugak sejak guna 2 bahan tu . ke mcm takde nyamuk. ataupun mungkin jugak aku tidur matik sampai nyamuk gigit aku secara berjemaah pun aku tak sedar. lepas dah buat penghalau nyamuk guna limau nipis dan cengkih tu, suami aku yang rajin tu buat plak perangkap nyamuk menggunakan botol, ragi dan gula. lepas dia siapkan perangkap nyamuk tu, aku tak tengok pun cemana rupa dia. sekali semalam, masa aku tengah nak simpan baju-baju yang dah tak pakai dalam beg plastik itam sebelah rak sangkut baju aku, aku nampak ada botol plak kat tepi plastik itam tu. okay, perangkap nyamuk tu la.. tapi rasanya macam 2 hari letak, sekor nyamuk pun tak masuk. salah resepi kot. hahahaha... comel je laki aku nih. *aku tak amik gmbr hasil seni suami aku tu.*

nah amik nak sgt gambar zaibo.
aku risau ntah-ntah nyamuk aedes dah gigit aku. sebab aku sekarang ni selsema hingus kuning dah lebih dari seminggu. sakit kepala pun ada. suara aku plak macam suara opah dalam cerita kampung boy. korang tau suara opah tu? kalau tak tau, just imagine suara zaibo. takkan zaibo pun ko tak kenal. 

ada masa-masa yang aku rasa macam seram sejuk nak demam, tapi tak demam lagi. aku risau kot-kot aku terkena denggi je. nak gi check kat spital rasa cam malas nak layan plak. dah tu acane. tanggung je la selsema tu.cuma yang membuatkan aku positif aku tak kena denggi sebab aku tak demam dan selera makan aku masih mencanak seperti selalu teeheee... nak mc pun tak dpt kalau tak demam. lagipun kalau mc karang, makin turun la markah tahunan aku yang dah memang sikit tu. huuhuu...

dah petang sapi'e macam ni baru aku nak update blog kan. tu pun lepas tengok ada cpuv baru kat nuffnang jadi aku haruslah rajin menghapdet walaupun aku takde benda pun nak cerita. dalam takde benda nak cerita tu dapat le jugak aku buang masa korang baca entry ni 10 minit tu pun kalo ko baca mengikut rukun dan tertib. kalo main skip2 je, seminit pun dah cukup. kehkeh. esok befday Luth. malam ni plan nak bergambar family sebelum masuk umur dia setahun. pastu nak masukkan gambar tu dalam fotobuk. aihh.. lagi-lagi fotobuk. ketagih fotobuk aku ni rupanya. tapi tengok le dulu canner. rajin ke tidak. mood budak tecik tu ok ke tidak.  ok tu je la. kupai.

Comments

  1. Memang menjadi2 lah nyamuk skang ni. Badan ni dah naik bintat2 dikerjakannya. Klo rajin, buat juga limau ngan cengkih tu. KEkadang spray jer ngan mozzie.

    ReplyDelete
  2. bahaya tu kak, tak pergi hospital ke?

    ReplyDelete
  3. Wahh..luth nk setahun dah ek..happy birthday in advance..sure umminya yg xcited lbh2 ni..

    Rumah rin klu tdo mlm wajib tutup pintu..klu x nyamuk dok weng weng kt telinga..huhu..cissss

    ReplyDelete
  4. not necessarily kena ada demam, ada minority cases takde demam/or tak sedar dah demam...kalau ada joint pain/ muscle pain yg teruk...badan lesu...> 2 days, check aja your platelet kat klinik...jgn tunggu rash

    ReplyDelete
  5. jenuh fikir apa kaitan zaibo dan nyamok aedes ni.. muahahahaha..

    ReplyDelete
  6. Rumah saya yg dulu jarang2 bertemu nyamuk ni pun sekarang seperti kena serangan todak, nyamuk banyak sangat, sekejap saja spray nyamuk dah ringan. Tapi bagi saya kalau nyamuk gatal2 datang tu masih boleh tahan, yg menakutkan si-aedes itu. Semoga Allah melindungi kita dari nyamuk yg bawa penyakit bahaya tu....

    ReplyDelete
  7. kat sini pun nyamuk banyak..dalam umah ni kalau pakai ubat nyamuk letrik tu tak de nyamuk kesah nya..pasang dua pun dia macam kebal..guna yang lingkaran pun ada la kurang sikit walau malam2 rasa jugak macam dia nyet sikit2..heheh

    ReplyDelete
  8. try jugak yg guna gula merah tu tp macam tak ada apa2 pun. haha... dalam bilik spray dulu 10 minit sebelum tidur. alhamdulillah... tak ada nyamuk dah dekat seminggu ni.

    ReplyDelete
  9. i dah pasang ubat nyamuk tapi still banyak nyamuk, haih

    ReplyDelete
  10. dah setahun ye...rasa macam baru je lagi baca kisah mengandung si luth dulu..

    ReplyDelete
  11. Wah terer papa luth punya rekaan penghalau nyamuk..baru nak srh lyd share kan crnya tak berekesan rupanya yer...katsini denggipunsemakin byk kesnya..yg aidan pun ade jgk tanda2..kejap demam kejap baik..tp biasanya lama kan melarat demam denggi nie yer tak?

    ReplyDelete
  12. ingat per saller pulak zaibo tu masuk sini... oooo
    awat tak amek gambar limau nipis ngan cengkihtu...
    syioknyer nuffnang bagi gak yerk.. akakni payah bebenoler dia nak lekat...

    ReplyDelete
  13. samalah kita duk kerja halau nyamuk je skang ni.. amboi ada rezeki CPUV nuffnnag yer tahniah !

    ReplyDelete
  14. Kadang tengok macam 'geli' limau dicucuk cengkih tu :)
    Tp kalau berkesan okla kan :D

    ReplyDelete
  15. Betul tu panas2 ni banyak nyamuk...nyamuk pun kepanasan kat luar tu agaknya sebab tu masuk kat rumah kita...
    Selain petua yang suami buat tu...petua bunda pulak...
    Sebelum 7 malam tutup rapat pintu tingkap, sembur aerosol dalm bilik2 dulu tutup pintu...lepas tu sembur ruang tamu n dapur pulak...bolih masuk bilik kalu tak tahan bau...
    Waktu2 begini nyamuk aedes tengah aktif...kita sembur dia!!...

    Cuba lah..InsyaAllah menjadi..

    ReplyDelete
  16. Oh, ada petua tradisional halau nyamuk ngan limau nipis cucuk cengkih lagi ya! Memang tak tahu pun. Eh, Lyd...napa tak letak limau Sunkist aje kan best...barulah nyamuk tu berbondong-bondong datang sebab fikir nak beraya cina kat rumah awak tu! Kira mat azghul husband tercintamu itu mmg kreatif orangnya. Moga bila masuk umur setahun aje Luth akan mewarisi kekreatipan bapanya. Rugi kalau gene tu tak turun ke anak.

    Oh, seriously nak komen pasal hingus yang meleleh tu pulak. Kalau dah kena suspect expect mahupun rasa cam nak kena denggi, baiklah gi check platelet. I ni seminggu ya kena check platelet walaupun akhirnya katanya cuma demam viral yang menyinggah. Sakit tangan tau kena cucuk sana sini situ (sajalah nak bagi takut sikit...)

    ReplyDelete
  17. mmg sy pun persan nyamuk byk gila bila cuaca panas..dh tu bukan saja nyamuk,semut pun dok carik empat sejuk..habis 1 rumah sy dia serang..

    amboi rajin husband macam2 hasil seni buat utk halau nyamuk..en suami pegi kedai beli ubat nyamuk karen tu je lgsung tak berseni.,haha

    btw happy birthday luth..:)

    ReplyDelete
  18. pi la klinik mama lyd. jgn dok pandai pandai jdi doktor sndiri.. pi tau..

    sekejap je ye. dah setahun. kt blog x nak tepek gambo sefamily. nak jugak nengok, boleh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya