Sejahteralah ke atas kamu...
Kalau nak cerita pasal rezeki Allah ni, memang takkan habis. Terlalu banyak. Adakalanya rezeki tu, cara dia datang membuatkan kita termenung sendiri sebab terfikir tentang keagungan Allah.
Daging
Aku flashback sikit la. Eh, sebenarnya aku nak flash back banyak. Ngee.. Tahun lepas masa raya korban di kampung. Ibu pesan kat kami, nanti bawak balik daging korban ni sekilo. Ibu dah asingkan untuk setiap anak-anak dia bawak balik. Sekali aku lupa nak ambil. Dah nak sampai rumah baru aku teringat yang aku tak ambil daging korban tu. Rasa terkilan juga tapi benda-benda macam ni aku dengan Mat Azghul hanya fikir positif je. "Takde rezeki kita". Sampai je kat rumah, baru nak buka pintu grill, jiran sebelah rumah panggil.... "Nah daging korban yang orang sini agih-agihkan. Acik[makcik] tolong amikkan kamu punya.".Daging korban yang acik bagi tu... juga sekilo. Tskkktskk..
Lemang Jodohnya Dengan?
Jamuan raya ofis aku baru-baru ni, berakhir dengan begitu banyak makanan lebih. Jadi organizer bagi peluang kat kami tapau bawak balik makanan-makanan lebih yang ada tu. Aku ambil sate. Kuah kacang. Nasi himpit. Dannnnn lemang. Masa nak ambil lemang tu, aku dah terfikir... nak amik rendang sekali ke tak? Rendang ni tak sedap sangat. Nanti ambil pon membazir je. So, tak amik la rendang. Aku ambil lemang je. Makan kosong je la lemang tu nampaknya. Tapi.... kalau dah tertulis yang hari itu aku dan Mat Azghul akan makan lemang bersama rendang jugak, walaupun aku tak bawak balik rendang dari ofis, jiran aku pulak beri rendang dendeng. Kan? Nampak tak perancangan Allah itu memang cantik sangat.
Makanan Untuk Orang Demam.
Minggu lepas kan aku tak selera sangat nak makan. Tekak hanya nak makan bubur je. Tapi korang pun mesti dah biasa kan, sesuatu benda tu memang paling susah nak jumpa kalau kita tengah cari dia. Sama la macam bubur ni. Time ni la kedai jual bubur tu nak tutup le, renovate la. Ada-ada je. Alahhh... Masak je la pemalas! . Aku memang malas sangat nak masak bubur. Sebab aku kan tak sihat. Aku harap makanan tu ching! ching! terhidang je depan mata. Sekali bila aku on the way nak balik rumah petang Khamis tu, nampak macam ramai-ramai orang kat jalan. Aku saspek hahhhh ni tak lain eksiden le ni. Biasa jalan ni sunyi je. Sekali dah sampai dekat, rupa2nya orang2 kampung tengah agih2kan bubur Asyura. Dapatkan satu bekas. Syukur alhamdulillah.
Eksplorasi 7 Benua ye, dont play play ahhh... |
Dapat la setengah mangkuk. Kongsi 2 dengan Mat Azghul walaupun kalo ikut nafsu rimau aku nak je ngap semua sebab aku kemaruk nak makan bubur. Tapi tak baik plak. |
K la. Aku dah gastrik ni. Nak gi cari makan jap.
Rezeki NYA pelbagai..
ReplyDeleteKita terselamat dari kemalangan walaupun sipi sipi lagi nak berlanggar dgn lori, pun rezeki NYA.
Anak anak kita sihat, pandai, cerdik...pun rezeki NYA ..
Jiran yang baik, yg bagi rezeki daging kurban tu,..pun rezeki NYA kpd kita :)
banyak tak terhitung rezeki Allah ni. Cuma kita ni je yg selalu lupa.
Deleteshark pn blum pnah rasa bubur asyura johor nie,
ReplyDeletenmpk cam lain dr yg lain.
mcm bubur lambuk rasa dia.
Deletewow..rin suka sangat dengan bubur asyura ni..
ReplyDeletebaru dapat makan last week..alhamdulillah
alhamdulillah. Saya ni pun dah sekian lama tak dpt merasa bubur ni. tahun dapat.
Deletealhamdulillah..murah rezeki awak..
ReplyDeleteinsyaAllah rezeki kita semua dimurahkan.
DeleteMurah rezeki. Sedap plak tgk bubur tu.
ReplyDeletesedap jugak. Rasa macam bubur lambuk.
Deletekalau dah tertulis tu kan ....
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur.. ^_^
syukur nita.
Deletelama tak makan bubur tu kak.
ReplyDeletehah akak, kalau nak derma gaza tu, guna debit kad pon takpe. takpayah kadkredit. sms pon boleh1
ooo ada banyak cara la ye. Okok. nanti akak check.
DeleteBubur asyura versi Johor tu sama ke dgn bubur versi negeri2 lain?? Apa pun, rezeki jangan ditolak...
ReplyDeleteTak sama kot JR. Yang saya tau, kat tempat saya di Pahang, bubur asyura ada daging, ayam, jagung beras dan segala macam rempah. Pastu ada 2 jenis yg manis dan masin. Kalau di Utara tak silap saya letak buah2an mcm pisang keledek labu rasanya pulak manis2. Ini yg johor. Mcm bubur lambuk.
Deleteha... gituler kehendakNya... patut syukurkan...
ReplyDeletesemoga lepasni semuanya semudah inikan...
insyaAllah harapannya begitu la kak. Agar dipermudahkan.
DeleteBukan ke bubur assyura tu macam nasi impit tapi mcm mcm ada termasuk kacang dan daun sup dalam talam...lepas tu hiris wajik kalau nak makan?
ReplyDeleteErr...yg itu apa eh?
yg itu asyura juga kot. Versi lain ikut negeri kot.
DeleteYes, kadang2 kita nampak..kadang2 kita tak nampak perancangan rezeki Allah tu kan. Thats why kena sentiasa bersyukur ;) Alhamdulillah...He knows best
ReplyDelete:) always, he knows the best for all of us.
DeleteAlhamdulillah murah reyzeki kamu Lyd, terlintas jer nak makan terus ching ching dapat. Kan..perancangan Nya. Ni teringat satu citer my nenek masa I kecik2 dulu pasal rezeki, alaaa panjang sangat nak tulis sebutir2, I bagi pengajaran jer la, kalau bukan rezeki kita, dah dalam tangan nak masuk mulut pun boleh terlepas.
ReplyDeleteala... i hope u cerita. heheh.. cerita kat blog u pon bleh nnt i skodeng.
Deletealhamdulillah . Allah dgr permintaan kamu ... merasa la juga kan ...
ReplyDeleteAllah jualah yang Maha Mendengar.
Deletealhamdulillah...kdg rezeki tu Allah bagi terus...best nye jadi mcm tu... :)
ReplyDeletebest tak terkata izwan. Akak yakin awk pon pernah laluinya.
Deletelain ye versi johor
ReplyDeletememang tak terkata la kan.just think ppositive
memang betul ciksu. Kena think positif.
Deletealhamdulillah
ReplyDeletesalam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni ye
thanks follow. Akan follow balik nnt.
Deleterezeki tu Allah yang bagi kan. Dia dah atur baek punyer. kadang2 kalo x dpt pun, Dia bagi dengan benda/cara laen.
ReplyDeleteye la. rahsia Allah ni memang misteri. Kita tak termampu nak pikir.
Delete