Skip to main content

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam 'wing' dan 'rib' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri. Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak. 

Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet walaupun betul. Hahahah. Saya suka ayam bahagian dada sebab.... isinya lebih sihat berbanding bahagian pinggul. Tak de lemak. Sangat sesuai untuk orang diet macam saya. Lagi satu, saya ni pemalas. Walaupun saya malas kunyah makanan yang keras, tapi saya lagi malas nak korek celah2 tulang untuk dapatkan daging ayam. Tapi kalo wing je saya rajin nak korek kat tulang. Satu lagi part yang saya suka ialah keel. Bahagian daging yang ada tulang lembut warna putih tu.

So, kat sini saya nak share nama-nama part ayam kalau kot-kot korang pegi makan kat KFC pastu nak request part yang korang nak je. Kalau dah tau diam-diam je ye. Ini adalah untuk orang-orang yang tak tau saje.








Haa.a.. itu je la kisahnya pasal ayam.

Gambar di ambil daripada Malayan Flour Mills

Comments

  1. aku makan drummet dengan thigh je..lain sory..haha..

    ko jgn suke sgt mkn chiken wing lyd..kalau ko nak tau, kat kepak ayam tu la tempat ayam kepsi ni kene suntik nak bg depa cpt besar..

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing. Dinie taktahu pun nama every part ayam ni. dinie tk suka makan bahagian isi walaupun nk diet. Samalaa, kalau salah ayam, rasa takanak makan je kan --"

    ReplyDelete
  3. Salam kenal dik, betul ckp Ym Bundle tu. Dulu pun akak terkam kat kepak tu je tapi sejak dah tau ayam ni di suntik bahgian mana, terus tak berapa sgt. Bagaimanapun ayam tetap pilihan utama. Tak kira la mana2 part, tang kepala je tak boleh makan....hehe..

    ReplyDelete
  4. pilih drumstick .. tp klu xde..mana2 pun blh aje..

    ReplyDelete
  5. Ym BUndle : Aku dah lama dengar pasal suntik kat kepak tu. Tapi aku tak rasa apa2 pun sebab kalo betul, hasil suntikan tu kan meresap ke seluruh badan ayam jugak. So, semua part dpt kesan suntikan yg sama. Lagipun dia suntik masa ayam tu kecik. So, aku tak la rasa takut sgt nak makan kepak. Hehe. Degil.

    Ardini : Hahaha... ada jgk org yg sama mcm saya. Rasa tanak makan kalo dpt part yg salah.

    Zana : Cool la akak. Semua part ayam akak makan.

    Kyo : drumstick bagus. sebab bahagian otot ayam.

    ReplyDelete
  6. saya suka drumstick..sedap hingga menjilat jari hahahaha

    ReplyDelete
  7. sy suka drumstick n wing :D

    -----------

    singgah blog sy & sy nak share something

    nk ajak awk join giveaway mudah:

    Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !

    ReplyDelete
  8. sy pun suka dada..paling tak suka kepak..sebab tak de isi..padahal harganya sama je..

    ReplyDelete
  9. minta maap dulu ek, sye pun suke KFC tpi ade org penah ckp mkn KFC ni mcm kg sket, heheheh

    ReplyDelete
  10. saya dan suami pun memilih..nak yg tak byk daging..mcm wing/peha.
    Mmg mcm rugi, tapi kalau amik yg byk daging mmg tak abis mkn pun sbb tak suka.

    ReplyDelete
  11. haha..aku suke thigh..
    ye ke dada untuk org diet? x tau plak..tp kan, sanny pon sgt suka bahagian dada..i'm confusing..hehe

    ReplyDelete
  12. hehe . sy mane2 pun boleh , janji bukan di bahagian dia kua tuttttt . ;p
    JOM JOIN !
    http://makeuppengantinqaseh.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway-qaseh-aziz-bridal.html

    ReplyDelete
  13. Paling suke tang kepak n peha tapi sejak alergic ni...Dr advice kena makan bhgn dada je...

    ReplyDelete
  14. setiap kali order kat kfc mesti ada sambung sikit kat belakang, "kak, tak mau drumstics dan wings ye". suami tak makan kepak atas alasan yang tak diketahui. dada pun tak minat juga sbb kurang rempah, daging tebal sangat. selalu tak abis.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum Lyd...bab ayam2 ni mama kurang sikit sbb mama x makan ayam tapi masakkan lauk ayam no problem nyer...:)

    ReplyDelete
  16. bahagian apa pun tak kesah.. janji besar .. haha ~pelahap

    ReplyDelete
  17. belajar masa part time kat fast food...yer...saya suka thigh

    ReplyDelete
  18. Saya tak berapa minat ayam. Ia pilihan terakhir saya selepas daging. Kalau ikan semua jenis saya tibai...

    ReplyDelete
  19. saya sumbat je mane yang leh dimakan.. haha.. janji kenyang.. :)

    ReplyDelete
  20. Saffiya : Pilihan yg bagus kalo makan KFC. Baru la mcm iklan. Heheh.

    Cik Farizam : Ok, nanti saya usha giveaway tu. Thanks promote.

    Pen Biru : Haa.. sebab yg sama la saya suka dada. byk isi. Puas makan. Kenyang.

    Zila : Hahahha... Hampeh la ko ni. Hahahha.

    ReplyDelete
  21. Ujie : Best kan memilih. Heheh. Suami saya pun suka wing. Tapi dia tak la mcm saya, kalo takde, dia makan je apa2 yg ada.

    Ecah : Aku tau ko suka thigh. Ijan bitau. Sbnrnya entry ni pun aku nak petik nama ko dgn Sanny. Ala.. Sanny tu.. kalo diet dia tak menjadi bukan salah ayam dada. Tapi sumthing sumwhere pada dia tu. Hahah.

    Dell : Saya pun paling takleh la part vontot tu. Mcm geli, tapi tak baik kan sebab ada org suka.

    Mrs R : Alergic kenapa? Takleh makan kulit ayam ke?

    Wani Sc : Ada jugak rupanya org yang mcm saya, suka request masa kat KFC. Hehe.

    ReplyDelete
  22. Khairul : Yes! Kita boleh geng.

    Maszull : Mama sama macam ofismate saya kat Pahang dulu. Dia tak makan ayam dgn daging. Dia makan ikan je. Mesti sihat mama ni kan. Ayam zaman skrg banyak toksin.

    Adam Malik : Hahah... ayam besar tu kena makan ayam baka Israel atau ayam turkey la.

    Nafisa81 : Memandai je aok. Hahah.. koi tak pernah keja part time kat fast food la aok. Tapi sbb suka mkn kat fast food restaurant tu yg jadi tau tu.

    JR : Bagusnya kalo tak minat ayam. Ikan tu makanan yg menyihatkan. Tapi harga ikan dah naik kan. Mesti mahal menu JR skrg. Kekeke.

    Taufiq : Bagus ko ni. Tak memilih. Untung la wanita yg jadi isteri ko.

    ReplyDelete
  23. ko ni mcm aku gak la. aku sker mkn dada je. part laen aku x hadap sgt. kalo dpt bhgn laen, mesti aku rs x puas.

    ReplyDelete
  24. okay... akak ni tak kisah dik non. tp husben suka isi. akak suka tulang. sebab tu bahagian tulang biasanya dpt kat akak kecuali kalau makan dgn anak2. sbab azfar kan kena bagi bahagian isi.

    ReplyDelete
  25. wah, ada info tntg ayam.. hehehe..

    ReplyDelete
  26. Thigh...thigh..thigh...dada..dada...dada...drumstick....drumstick....hehehe...wings no la...

    ReplyDelete
  27. Replies
    1. Sepatutnya thigh tu peha. Drumstick tu mcm betis. Heheh. Tapi maybe boleh ckp nak bahagian pinggul kot kalau nak request kat KFC.

      Delete
  28. Masa belajar, part yg berbaloi makn kt kfc or mcd.

    1. Dada (pilihan pertama)
    2. thigh/rib ( ke2)

    Last pilihan tengok size drumstk kalu kecik.... Kua balik kfc/mcd cari mamak. Lg kenyang. Huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...