Skip to main content

Tak Perlu Resepi Gempak Untuk Sedap

Sejahteralah Ke Atas Kamu...

Aku suka banjo. Juga burger tepi jalan. Rasanya tidak la begitu mewah. Sekadar sekeping telur atau daging kisar yang digoreng di atas kuali leper, roti ban besar yang dibelah 2 dan mungkin dipanaskan seketika di atas kuali leper [kalau peniaga tu rajin, kalo tidak makan roti sejuk je la kan.], 2 kepingan timun yg nipis, sekeping tomato [kadang2 je ada], beberapa keping bawang besar mentah yg segar bila makan mulut bau ketiak bangla, sos cili dan mayonis. Tu je. Rasa burger begini begitu nostalgic. Aku suka pun bukan kerana rasanya begitu sedap, tetapi kerana nostalgicnya tu la.

Nampak macam sedap

Memang sedap pun. TAPI..... rasa nostalgic yang aku cari tu tiada dalam banjo ni.

Nampak telur ni dah discramblekan. Kemudian dicampur perisa dalam tu. Kemudian ada black pepper dan seasoning oil jenama Maggi. Juga sayur salad. Bawang pun digoreng dulu.

Sedap, tapi tak original.


Burger atau banjo tepi jalan yang ada sekarang, mana nak dapat dah rasa macam dulu. Sebab penjual burger dah makin kompetitif. Masing-masing mencipta resepi sendiri untuk melariskan jualan masing-masing. Yang bagi aku agak bagus. Aku bukan la nak kata burger resepi terbaru ni tak sedap. Sedap la of cos. Cuma aku rindu dengan banjo yang sempoi yang mcm jaman dulu punya.


*aku paling malas nak letak watermark pada gmbr. So, sesape nak amik gmbr dlm blog ni silakan. Tapi pastikan guna utk kebaikan.

Comments

  1. saya pun suka jugak beli burger kat tepi jalan..tapi jarang beli banjo. nampak cam sedap jer..rasanya dah terlambat kot nak rasa nostalgic yang Lyd katakan tu... :(

    ReplyDelete
  2. hehehe... takkan tak ingat nita, rasa burger zaman dulu2. Simple je. Daging burger tu pon goreng garing.

    ReplyDelete
  3. mungkin kalau nak nostalgik, buat sendiri banjo kat rumah... tapi makanlah di tepi jalan dekat2 dengan gerai burger tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjo kat umah takde acuan dia tu. *alasan je banyak. hahaha*

      Delete
  4. Suka benjo juga. Terigat burger tepi jalan kat jln silang tu. Owhhhh...noatalgia :-)

    Lyd, restaurant hj tapah bistro kat bangi tu memang sedap. Thai food pon sedap especially tom yan dgn paprik. Dim sum...lagi lah sedap. Chinese muslim yg jual :-)S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan banjo. Kalo ada telur kuning tu tengah2 lagi le sedap.

      Delete
  5. benjo yang tersedap bile ada banyak mayonis dan telur kuning bulat di tengah...

    baru la rasa super...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kan? Kalo ada telur kuning bulat tu sedap.

      Delete
    2. betul...

      kalau mcm telur dadar bukan benjo namanya... hahaha!

      Delete
  6. I like I like burger tepi jalan. Dengan papa JJ dulu, kalau I mention burger branded dia buat derk jer, tapi kalau I cakap "otai burger" hahaha laju. Tengah malam pun sanggup lari beli. Kadang2 kalau kena dengan tempatnya, sekali gigit tu boleh menggamit kenangan kanak2 makan satu burger kongsi dua orang huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... ye ye.. betul. Satu burger kongsi 2 org. Pastu ukur yg mana lagi besar. Nak amik yg lebih besar tu. Padahal beza sikit je. Wah, bagus papa JJ. Suka makanan tempatan.

      Delete
  7. sy juga suka benjo..tp buat sendiri.. roti gardinea..goreng telur mata & bubuh sos..lebih rasa keaslian benjo nya.. benjo homemade hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya yang buat sendiri gak yg sedap MK. Cuma ada time kerajinan hanya tinggal 1% tu yg nak beli. kehkeh.

      Delete
  8. Hahaha... sedapnya nampak rupa benjo tu... tapi akak jarang beli benjo... suka burger ayam atau daging... betullah Lyd, burger dulu2 mmg lagi sedap... walaupun tanpa byk ramuan, simple je... tapi tetap memberi kenikmatan setiap kunyahan (hahaha...). Sekarang pun sedap juga tapi biasalah bila ditambah dengan pelbagai bahan, keaslian tu hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu beli beger ayam kak. Benjo biasa buat sendiri je. Tp ada masa malas dan nak makan sesuatu yg tak berat sgt. Kalo beger ayam tu macam berat skit berbanding telur kan.

      Delete
  9. Iya, burger original juga yang sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakcik. Yang paling simple jugak yg paling sedap.

      Delete
  10. Ckp psl burger...gerai burger kesukaan saya dan suami dah lama tak bukak..ntah apa cite penjualnya. Tmpt lain tak sedap pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peniaganya dah kaya kot. Takpun dah pindah. Chey, memandai je.

      Delete
  11. cikgu panggil burger jalanan..sedap ag drp mekdonal..kan..kan?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya panggil beger tepi jalan. Beger malaysia lain pulak kan?

      Delete
  12. Betul tuh lyd..benjo atau burger dulu2 memang sempoi..bahan2 punsempoi namun dr segi taste mmg tiada tandingan wpun murah jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama yg femes ialah ramly burger kan? Tu la jenama yg dipercayai. Rasa pun paling sedap berbanding jenama lain.

      Delete
  13. yg tepi jalan lebih sedap dr yg ada jenama ni kak....

    kak pergi ke..ema InsyaALLAH..jomlah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu senang nak dpt plak tu.

      Bukan dah lepas ke alumni tu?

      Delete
  14. Lebih baik makan burger tepi jalan dari makan mcd. Jimat sikit..hahaha.Dah lama tak makan burger ramly..lawa gamba tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya ada jugak org yg sedar betapa lawa gmbr ni. Hahahaha... JImat dan sedap tu yg penting.

      Delete
  15. rindu zaman harga burger murah...............

    ReplyDelete
  16. Di rumah saya sentiasa ada stok burger, bukan utk saya, tapi utk anak2.....

    ReplyDelete
  17. Btol tuh akak . Pyka pon suka makan burger yg jual tepi jalan tuh . Sedap dan murah ! Kalau mcd nie sklai skala je la nak mkn pon . Tapi kalai yg nie hari2 boleh beli . Hee

    ReplyDelete
  18. Mengimbau kenangan lalu ni. Hehe. Dengan burger pun jadi.. :). Burger yang dulu bukanlah yang sekarang.

    ReplyDelete
  19. ajernyer betoi... jangan duk perasanler resepi gempak2 rasa cam hampehkan...
    yang penting sedap di tekak..
    nak buat camner penjual burgerpun kena ikut peredaran zaman gak...

    ReplyDelete
  20. wah tiba-tiba saya nak ke kedai beli roti burger,nak buat banjo kat umah...sangat menggoda walaupun hanya sebiji telur sahaja...hahaha

    ReplyDelete
  21. haha..laki aku sakit perut tiap kali makan burger tepi jalan..puas fikir kenapa...lupa dia kan kalah dgn seasoning, lada sulah ke ke..lada itam ker..

    ReplyDelete
  22. Lama X makan burger jalan silang berhadapan metro Jaya k.l...kenangan 97 Naik bas mini pink no 19...😭😭

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca