Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

My Takuya Kimura

Sejahteralah ke atas kamu.... Ingat lagi tak drama Jepun Beautiful Life lakonan hero idaman Jepun si Takuya Kimura ni? [Untuk sesiapa yang tengok la. Huhu. ]. Dalam drama ni Takuya jadi hairstylist. Potong rambut orang. Hairstylist tu nama baru, dulu bukan orang panggil barber ke? Hahaha. Atau adakah title barber itu hanya untuk mamak tukang gunting? Aku ada Takuya Kimura aku sendiri. Ceng..ceng..ceng... Eh...eh, ini adik kepada antu kak Limah kah??? Jeling kemain tajam. Kasi potong ini rambut.... Channel Baby TV dan Bounce Bounce Baby jadi pembantu untuk suruh dia ralit dok diam-diam. Suka sangat buat muka gemuk. Wah, seriusnya muka takuya kimura ku yang menggunting rambut itu... Abih kontot rambut dia. Terus nampak macam budak lain. Nenek pengasuh kata, nampak macam budak besar. Hehehe... So, siapa yang memerlukan perkhidmatan memotong rambut kanak-kanak, boleh la hubungi Takuya Kimura saya.

Anak Papa Atau Anak Mama?

Sejahteralah ke atas kamu.... Peluk lengan mama. Hebat teknik meng'edit' gambar aku kan? hehe. Tengok TV bawah ketiak papa.

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana

Sejahteralah ke atas kamu... yang membaca blog ku ini.... Sebelum yuollzzz tertenyew-tanyew apa pekdahnya aku share gambar terkulat ni kat sini, biar aku explain le terus. Baru aku tahu yang dulu masa skolah rendah aku pernah sekelas dengan suami aku. Tengok le muka suci dia masa kecik dengan mulut muncung tu. Aku plak muka serius tak hengat. Aku masa kecit dulu bersekolah rendah di skolah kebangsaan Sg Lembing dari darjah satu sampai derejah enang. mat Azghul plak skolah rendah kat kampung dia. [Kami kampung lain-lain, tapi dekat je masih dalam kawasan Sungai Lembing].  Tapi rupa-rupanya sebelum dia tukar skolah kat kampung dia, dia penah sekolah kat SKSL sampai darjah 2. Tengok pada gambar tu ada tarikh Jan 88 maksudnya masa tu kami baru lapan tahun. Sekarang lapan perpuluhan 25 darab 4. Hahaha. Gambar ni pun kawan skolah aku yg pompuan paling tinggi tu post kat group WhatsApp. Dalam belanga bertemu jua. *semalam aku MC sebab dunia aku berpusing. Hari ni pun ma...

Succeed Ke Tidok Plan Aku Tu?

Sejahteralah ke atas kamu.... Jumaat lepas aku kata aku nak buat macam-macam kan? So, hari ni biarlah aku dedahkan kejayaan atau kegagalan aku mengikut plan yang aku buat sendiri tu.  Buat blanket atau alas baby. Completed. Mesti kena buat jugak ni sampai siap. Sebab waktu aku taip ayat ni pun, Ninee tengah bersalin. Aku plak memang plan nak balik kampung hujung minggu ni. Jadi, wajib siap. Dan berjaya. Hooreyy!!!  Ini hasilnya... Walaupun tak seberapa, tapi aku rasa hepi sebab seni jahitan aku dah makin improve.  Corak yang bunga-bunga biru tu, sama macam alas yang aku buat untuk Luth juga. Sama juga dengan alas yang aku buat untuk baby Iman, anak abang Long. Sempena mereka bertiga ni sebaya nanti masuk sekolah tahun yang sama, insyaAllah. Hip hip hoorey! Dan waktu aku tengah taip ayat ni, Ninee dah selamat bersalin melalui pembedahan, sebab baby yang comel ini suka dok songsang dalam perut mama dia. Ini la babynya... Ya Allah... comel sangat. Ta...

Plan Minggu Ini

Sejahteralah Ke Atas Kamu.. Weekend adalah hari yang dinanti-nantikan oleh aku, bahkan semua orang yang bekerja juga kot. Banyak benda aku nak buat hujung minggu ni. Ketama - Jahit Blanket/Alas Baby Untuk adik ipar aku Ninee. Dia nak bersalin dah sedikit masa lagi. Aku suka kalau dapat beri sesuatu yang aku jahit sendiri berbanding yang aku beli je, walaupun aku tak tau le dia suka ke tak terima hasil jahitan lintang pukang aku tu nanti. Kedua - Nak Buat Beg Untuk BreastPump Spectra.  Kalau beli lagi senang, tapi aku suka kalau aku dapat design sendiri beg tu ikut kesesuaian keperluan aku. Lagipun aku suka konsep 'the one and only in the whole world'. Ada satu je dalam dunia. Walaupun buruk of cos. Hehehe...  Ketiga - Nak Tido Berkubang Depan TV Seronoknya bentang Sport Toto depan TV. Alas dengan blanket, berkubang le 3 beranak depan TV sepanjang hari, bangun pun untuk mandi, solat, masak, makan dan rutin asas. Memang loafing dan santai gile khinz. ...

Kalau Dia Dah Mula....

Kalau dia dah mula tengok TV, ko tak payah le nak panggil dia. Memang jangan harap dia nak layan.  Sejahteralah ke atas kamu... Aku tengok rambut dia dah nak mula jadi kecoklatan ni. Aku dah jarang syampu rambut dia. Masa baru2 lahir dulu, tiap2 hari syampu. Sebab tu rambut dia mcm kewingg jeww. Sampai menjerit aku panggil nama dia suh posing. Sikit pun dia tak pandang. Lepas boring tengok TV dari bawah meja, dia pindah pegi kat tilam. Tapi sama je, still terpaku tengok TV. Padahal mama dia masa pregnant dulu langsung tak suka tengok TV. Tangan dah la gemuk. Rambut macam pokok nenas. Hahah. Kutuk anak sendiri.

Maaf Jika Pendapat Ini Kamu Tak Setuju

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku tak ada rumah sendiri. Belum beli (atau mungkin boleh dikatakan tak ada plan pun nak beli rumah sendiri). Aku faham, ramai yang tak setuju kalau aku kata aku tanak beli rumah sendiri. Ada kawan aku kata aku rugi, sebab harga rumah makin mahal, sedangkan rumah tu pulak boleh jadi aset untuk kita di hari tua. Ye, aku faham konsep beli rumah sebagai aset tu. Bagi aku, tak ada masalah. Sape nak beli rumah, beli la. Sape nak buat aset, buat la. Aku? Tak ada  niat pun nak buat aset tu semua. Prinsip aku ni senang je..... Bagi aku, rumah, tak kira sama ada disewa atau rumah sendiri, ianya adalah pinjaman Allah kepada kita. Harta yang kita beli guna duit kita sendiri, yang memang dah sah jadi milik kita sekali pun tetap hanya pinjaman dari Allah. Tak kira la kereta ke, moto ke, henfon, kasut, barang emas bla bla bla even kereta aku yang dah habis bayar tu pun, walaupun buruk, tetap pinjaman Allah je. Bila-bila masa Allah nak tarik balik, Allah bol...

Bilis Tetap Bilis, Takkan Jadi Jerung

Sejahteralah ke atas kamu... Warna Warni Kehidupan. Jika benar warna warni color blocking akan menarik perhatian dia, then kenapa; . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . remote jugak yang dia berebut dengan mama, kotak tisu juga yang dia main hempuk-hempuk kat lantai, buku-buku di dalam kabinet juga yang dia berusaha nak ambil dan bekas berpenutup hijau itu juga yang menjadi pilihan. Mainan canggih yang mama beli..... babai je la. Nakei lettew. Sekarang Luth dah pandai merayap. Kalau mama dalam bilik laundry, sidai kain tinggal dia sorang kat ruang tamu.... kejap lagi kang tetibe je ada makhluk merayap jenguk mama.

Super Ringkas, Super Singkat

Sejahteralah ke atas kamu... Remote Astro kat umah aku rosak. Beli kat Mydin, banyak button tak berfungsi. Beli kat 99 speedmart pun sama je tak berfungsi. Kat mana nak beli yang original? Ada sesiapa tau? Button kat decoder pun tak membantu untuk tukar channel. Buka tutup tv pun hanya BB TV je yang berkumandang. Dah tu cemana?

Sate Goreng Untuk Lahaban Di Aidil Adha

Sejahteralah ke atas kamu... Lahaban tu hampir nak sama cam bunyi lahabau. Mueheheheh. Resepi sate goreng yang simple, ini untuk jumlah ayam agak2 penuh 2 tapak tangan atau semangkuk yg percuma beli sabun biozip.[Lebih kurang sekilo ayam la]. Bahan-bahan perapan 1.  Serai 10 batang potong kecik. [ni yang paling utama, kalau tak ada serai ni memang tak sate la sate goreng ko tu.] 2.  Halia [besar ibu jari lebih kurang seinci je sudah la] 3.  Lengkuas [sehiris nipis je dah cukup, tak letak pun boleh lah] 4.  Kunyit hidup seinci[ni utk warna, kalo ko nak letak serbuk kunyit pun bleh. Serbuk kunyit Adabi letak 2 sudu teh, kalo serbuk kunyit Babas sesudu teh je dah cukup.] 5.  Bawang putih 5 ulas [agak2 la bawang putih tu besar mana, kalo besar sgt, 3 ulas pun jadi.] 6.  Bawang merah 7 ulas. [Kalau bawang merah tu besar-besar saiznya, 4,5 ulas je sudah]. 7.  Garam satu + setengah sudu teh.  8.  Gula *optional*, ikut ta...

Join Contest Huggies

Sejahteralah ke atas kamu... Syarat penyertaan untuk join contest Huggies ni ialah perlu ambil gambar anak anda bertemakan 'aksi lasak di luar rumah'. Maknanya, kat luar rumah la. Aku kalau nak amik gambar Luth betul-betul kat luar rumah flet aku ni, memang tak menarik langsung le gambar tu. Maka, gigih la aku ngajak Mat Azghul pergi taman untuk buat outdoor photoshoot.  Walaupun dah lapan tahun aku duduk kelumpo, tapi bukan aku tau sangat tempat-tempat kat kelumpo ni. Aku bukan jenis yang suka explore tempat-tempat baru, sebab motto hidup aku pun, "lebih baik aku tido daripada aku penat". Memang tak sesuai perangai pemalas ni. Mula-mula, ajak Mat Azghul pegi Taman Tasik Titiwangsa. Dia tanya aku, kat mana Taman Tasik Titiwangsa tu, aku jawab tak tau sebab aku memang tak tau. Tak membantu langsung. Pastu lalu depan Dataran Merdeka, drive je terus pastu nampak signage 'Taman Botani Perdana'. Ahh... pun boleh jugak la.... Al kisahnya, sampai le ke Taman...

Aku Kembali Rajin

Sejahteralah ke atas kamu... Mula-mula aku pasrah bila aku tiap2 hari update blog tapi aku tak dapat income yang banyak pun dalam Nuffnang. Sebab aku rasa, macam apa masalahnya.... blog aku bukan cerita benda2 yang selalu org google pun. Tapi bila aku tengok orang yang jarang update blog tetiba dia expose pasal dia dapat CPUV sampai 4, aku dah mula nak sentap. Pastu aku tengok contents blog dia pun lebih kurang aku, lagi le aku sentap. Why? Why? Why? Kenapa aku tak dapat CPUV? Bila aku gali punya gali, punca kemerosotan iklan kat blog aku ni, aku baru perasan kat dalam Nuffnang tu, aku punya maklumat blog memang hancur. Aku kata, aku update blog seminggu sekali. Pastu isi kandungan blog plak pasal kesihatan, politik dan agama. Pasal agama tu aku yakin takde masalah. Tapi politik dan kesihatan? Sape nak layan. Pastu ada jugak aku bagitau yang komen aku terima hanya 1 dan 2 je. [jujur kan jawapan ni masa mula-mula berblog dulu]. Dan audien aku pulak hanyalah kawan-kawan rapat da...

Ikan Siakap 5 Rasa

Sejahteralah ke atas kamu... Mat Azghul request nak makan ikan siakap 12 rasa. Aku try my best untuk tambah sebanyak mungkin rasa yang ada. Selain nenas, aku tambah jagung dan epal hijau. Fresh ikan siakap ni beli kat pasar malam kerinchi. Terlebih garing plak sebab aku takut nak balikkan ikan ni. Huhu. Macam hutan dah daun ketumbar aku tabur atas tu. Sedappppp... ceh perasan masakan sendiri sedap. Kalau makan siakap ni 2 orang, memang puas makan. Dah la ikan tu fresh, memang sedap.

Keselesaan Untuk Dikongsi Bersama Set Bilik Tidur Idaman

Sejahteralah ke atas kamu... Straight to the point, siapa nak beli cadar 100% cotton dengan kiraan benang dia 350, jenama Laurea, boleh le private message kat aku nu_sigma1980@yahoo.com.  Kalau dengar harga macam mahal [tak tau la, ramai yang kata mahal. Tapi aku rasa kalau mahal pun berbaloi la.]. Konsep dia macam ni, kalau ko sanggup beli kain pasang cotton berharga RM120, pastu tempah lagi, then ko memang rasa selesa pakai baju kain cotton tu. Atau paling busuk pun baju blaus atau t-shirt yang harganya 50-60 hinggit sehelai. Walau selesa cemana pun, takkan ko nak pakai baju yang sama tiap-tiap hari kan? Tapi cadar, ko boleh pakai tiap2 hari. Takde sape nak komplen. Kalau kotor, basuh then boleh pasang lagi. Lagipun, kalau selesa pun pakai baju cotton yang mahal tu hanya ko sorang je rasa. Apakata [bagi yang dah berkahwin], ko kongsi keselesaan kain cotton tu bersama pasangan ko. Serius ni tak tipu, cadar ni memang selesa.  Aku ni jual barang yang aku dah guna...

Gambar Lembu Disembelih Sempena Hari Raya Qurban Jangan Tengok Kalau Takut Darah.

Sejahteralah ke atas kamu. Raya haji ni, aku tak balik kampung. Mat Azghul tak dapat cuti. Ini adalah upacara penyembelihan lembu sempena ibadat korban, qurban, qorban, kurban di flat aku tinggal sekarang. Tanah kubur Budak tak mandi.