Skip to main content

Sate Goreng Untuk Lahaban Di Aidil Adha

Sejahteralah ke atas kamu...

Lahaban tu hampir nak sama cam bunyi lahabau. Mueheheheh.

Resepi sate goreng yang simple, ini untuk jumlah ayam agak2 penuh 2 tapak tangan atau semangkuk yg percuma beli sabun biozip.[Lebih kurang sekilo ayam la].

Bahan-bahan perapan
1.  Serai 10 batang potong kecik. [ni yang paling utama, kalau tak ada serai ni memang tak sate la sate goreng ko tu.]
2.  Halia [besar ibu jari lebih kurang seinci je sudah la]
3.  Lengkuas [sehiris nipis je dah cukup, tak letak pun boleh lah]
4.  Kunyit hidup seinci[ni utk warna, kalo ko nak letak serbuk kunyit pun bleh. Serbuk kunyit Adabi letak 2 sudu teh, kalo serbuk kunyit Babas sesudu teh je dah cukup.]
5.  Bawang putih 5 ulas [agak2 la bawang putih tu besar mana, kalo besar sgt, 3 ulas pun jadi.]
6.  Bawang merah 7 ulas. [Kalau bawang merah tu besar-besar saiznya, 4,5 ulas je sudah].
7.  Garam satu + setengah sudu teh. 
8.  Gula *optional*, ikut tahap manis yang ko suka. Sate kena ada manis sikit baru sedap. Tapi jgn plak sampai manis macam pengat pisang. 
9.  Ajinomoto *pun optional*

Kalau nak rasa lagi kick, boleh masukkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar ke dalam bahan2 ni. 

Semua bahan-bahan perapan ni, ko satukan mereka dan kisar menggunakan blender. Sila ingat untuk masukkan air sama level dgn jumlah bahan2 tu. Kalau rajin terlebih, boleh la tumbuk, tapi nanti takde air plak yang akan membanjiri ayam yang ko nak perap tu kan.

Jadi le begini.....
Kalau ada banyak masa, perap la semalaman. Kalau dah suntuk sangat, beberapa jam pun boleh. Atau kalau dah tak sempat sangat, lepas je blen d boleh terus masak pun boleh jugak. Boleh belaka.


Cara nak masaknya, ayam yang basah-basah berair dengan air perapan ni, masukkan semua dalam kuali. Buat ala2 macam nak masak rendang tu. Biar je dia mereneh dengan air perapan tu sampai dia jadi kering. Tak perlu masukkan minyak lagi. Sebab, nanti ayam tu akan mengeluarkan air masa tengah masak kat atas dapur tu. Sila bersabar dan tunggu air dia kering, baru masukkan minyak masak sawit atau minyak sayuran. Masuk la dalam secawan. Dan biar minyak tu menggoreng sate ni.


Tak sesedap yang macam arwah mak aku atau yang ibu mertua aku buat [teknik ini yang arwah mak aku punya. Ibu mertua aku punya teknik lain sikit. Tapi pun sedap jugak].

Aidil Adha eve [sehari sebelum raya] Mat Azghul kerja. Aku pesan suruh beli ketupat segera untuk dimakan bersama sate ni. Dia balik pon dan lambat, dia cari kat speed mart dan mini mydin, semua ketupat segera dah habis. Aku ni nak tanak terpaksa la nak buat sendiri nasik himpit.  Kalo tidak nanti tak syok ah makan sate dgn nasik putih.  Aku tanya ibu mertua aku cara-cara nak buat nasi himpit sendiri. Kata ibu mertua aku, untuk hasilkan nasi himpit yang berkualiti antarabangsa [okey, ibu tak cakap pun camtu, aku tambah-tambah je], sukatan beras ialah, 1 bahagian beras dengan 3 bahagian air. Maknanya, kalau ko guna cawan, sukat le 1 cawan beras + 3 cawan air. Kalau ko nak sukat guna mangkuk ke baldi, ikut suka, asalkan air kena 3 kali lebih daripada beras.
Aku masak secawan kecik je. Nak makan pun 2 orang je. Lepas nasik masak, pindah masuk bekas plastik, aku lapik guna aluminium foil dan tekan dengan memakai glove tangan. Gambar glove aku tak ambil sebab comot benor aku tak basuh. Hahahaha.

Dipadatkan.

Tadaaaa.... buruk sungguh rupa nasik himpit aku. Ini jadi mcm ni sebab aku tak tunggu lama pun lepas aku padatkan tu. Sebab buat pagi tu, pagi tu jugak nak makan. Ni pun tengah panas lagi aku dah potong. Kalau betul2 ikut timing dia, nasi himpit ni cantik je takde la bersepai macam ni.

So, itu sahaja resepi kita untuk kali ini. Jumpa lagi next time.

Comments

  1. tak pernah buat, tapi macam nak try jer...moga2 adalah kerajinan..hehehe terima kasih bg resepi
    lamanya tak buat nasi himpit macam tu last sekali buat ngan arwah mak.... menggamit kenangan la pulak... oklah tu Lyd asal sedap dimakan kann... rupa tak penting ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ada kerajinan ye nita. Ye la, dulu2 arwah mak pun guna teknik ni je buat nasi impit. Bila dah ada yg segera, terus je guna yg segera.

      Delete
  2. Sate goreng tuh mudahlah kan tuk orang yg takdpt cari lidi cucuk atau takder arang nak bakar..sypun biasa buat ms raya..yg nasi himpit tuh pun pernah buat..tp cantik sikitlahdryglydnyer...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... mestilah takde sape boleh challenge nasi himpit saya yg tak cantik ni.

      Delete
  3. Satey goreng macma ni boleh la kan buat lepas gian, btw thanks for cara2 nasi impit, dah ada dalam my makan2 wish list cuma tak tau nak buat macam mana hihihihi. Ni JJ mesti suka tolong tekan2 nasi himpit ni nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la confirm JJ suka tugas menghimpit nasik himpit tu nanti. Nanti share ye aksi dia tolong u.

      Delete
  4. Pernah buat, tapi anak2 yg agaknya berjiwa tradisional itu lebih prefer sate bakar...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...antar amenu yang sgt unik utk dicuba...yeyyy tq dear...nak copy yer resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u'r welcome dear. boleh la share kat blog nnt kalo dah try.

      Delete
  6. haha jangan cakap la kak.. sate goreng ni saya buat ratah je haha.memang sedap :D tak caye tanya saya :P

    selamat hari raya kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke afzal, akak tak percaya ni akak tanya awak. hahah.

      Delete
  7. Harus try ni lyd. Nampak sedap. resipi pon simple jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck. Selamat menerai. Bila la nak jumpa fiza ni. Keja dah dekat dah.

      Delete
  8. nampak sedap sgt tu... & tq mendoakan Adik juga yer

    ReplyDelete
  9. xpernah wat satey goreng tue..boleh cuba nti

    ReplyDelete
  10. boleh try ni..nmpak sedap..blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. bersepai nasi himpit akak.. hehehe..lady tgk mak lady buat, die tindihkan dengan batu penggiling tok lady tg x gune dh.. hehe

    ReplyDelete
  12. itu sebab ema tak reti nak buat nasi impit sendiri..sedangkan nasi impit yg pakai rebus pun ada yg jadi macam kak lyd ni...hehehe..sbb tak tunggu lama utk sejuk..panas-panas terus ngap..

    ReplyDelete
  13. Haha... nasi himpit pn tny mak mcm mama nak buat ek?

    ReplyDelete
  14. bagus la .terbaik ni.
    ciksu tak pernah buat ketupat mini sendiri lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...