Sejahteralah le atas kamu......
Sejak jadi seorang ibu, aku cuba memilih yang terbaik dan paling berbaloi untuk setiap sen yang aku keluarkan bila membeli barang untuk Luth. Aku percaya semua ibu pun begitu. Di dalam post ini, aku ingin kongsikan perbandingan di antara beberapa jenis lampin pakai buang atau diaper yang telah aku lakukan dengan gigih. Aku lakukan ujian ini hanya untuk mendapatkan jawapan, lampin pakai buang yang mana adalah yang terbaik, at least di mata aku.
Jenama-jenama yang aku gunakan dalam perbandingan ini ialah;
1. PUREEN SUPER DRY 5 saiz M
2. DRYPERS WEE WEE DRY saiz S
3. JENAMA TESCO SEDERHANA MURAH saiz S
4. MAMI POKO EXTRA DRY Saiz M
5. HUGGIES DRY Saiz S
6. JENAMA TESCO TERMURAH Saiz S
7. WHOOPEE Saiz S
Aku tuang satu jar air kaler pink pada setiap diaper. Setiap jar isipadunya 400ml. Actually lebih banyak daripada jumlah urine bayi untuk sekali kencing. Biasanya kencing bayi dalam 40ml - 80ml [mengikut umur].
Aku pedap dengan tisu setiap permukaan lampin pakai buang yang telah aku curah dengan 400ml air tadi, hasilnya;
Ape aku eja huggies camtu? |
Pureen = Kering
Drypers = Sedikit Basah
Tesco Sederhana = Kering
Mami Poko = Kering
Huggies = Sedikit Basah
Tesco Murah = Basah
Whoopee = Sangat Basah
Aku tambah lagi 400ml air pink kepada setiap diaper/lampin pakai buang tersebut.
Lagi skali apa masalah aku eja huggies mcm tu. Hadoi. |
Hasilnya agak memeranjatkan;
Pureen = Basah
Drypers = Basah
Tesco Sederhana = Sedikit Basah
Mami Poko = Basah
Huggies = Basah Lencun
Tesco Murah = Basah Lencun
Whoopee = Basah Lencun
Perbandingan-perbandingan lain;
Lapisan Dalam ;
Pureen = Lembut kapas
Drypers = Biasa dan tidak kasar
Tesco Sederhana = Biasa dan tidak kasar
Mami Poko = Paling lembut
Huggies = Biasa dan tidak kasar
Tesco Murah = Seperti kertas
Whoopee = Biasa dan tidak kasar
Lapisan Luar ;
Pureen = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Drypers = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara.
Tesco Sederhana = Nipis
Mami Poko = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Huggies = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara ke luar
Tesco Murah = Tahan bocor, material plastik yang tidak mengalirkan udara.
Whoopee = Separa tebal
Harga ;
Pureen = Sederhana
Drypers = Sederhana
Tesco Sederhana = Murah [45sen sekeping]
Mami Poko = Mahal [70sen sekeping]
Huggies = Sederhana
Tesco Murah = Sangat murah [31sen sekeping]
Pet Pet = Sederhana
Aku pernah guna semua brand ni. Termasuk 2 lagi yang aku takde sample iaitu Pet Pet dan Diapex. Aku beli setiap jenis ni hanya untuk buat perbandingan ni. Beli pek kecik je la. Korang dah baca kan setiap perbandingan yang aku buat ni, harap membantu korang untuk buat pilihan.
Lampin Pakai Buang Diapex
Aku pakaikan Luth dengan Diapex sebab nak jimat diaper sejak kulit Luth melecet bila aku tersilap pakaikan dia dengan 'nappy liner' masa dia kena cirit birit. Sebab mami poko mahal, kalau sehari sampai kena pakai 7 keping, aku rasa aku boleh demam kura-kura kalo tiap2 hari macam tu. Huhu. Diapex pun boleh tahan juga harga dia kalau takde promosi. Aku beli ari tu pun sebab ada promosi, 2 pek Diapex Premium [44 keping] = RM50. Maknanya sekeping jadi RM0.56. Diapex Premium ni adalah untuk night use. Saiz M dia lebar dan panjang, macam saiz L dah. Lagi besar daripada saiz M Mami Poko. Jadi, oleh sebab dia besar dan panjang, maka ruang untuk kulit bernafas lebih luas.
Lampin Pakai Buang Pet Pet
Untuk Luth, masa dia new born dulu, aku belikan Pet Pet. Agak sesuai pakai Pet Pet masa tu sebab harga mampu beli dan Pet Pet ni bagus. Bayi ni masa dia masih dalam pantang, dia asyik berak je. Perut dia kan kecik. Lepas menyusu je berak, lepas menyusu berak. Memang waktu ni banyak diaper/lampin pakai buang yang diperlukan. So, kalo waktu ni beli Mami Poko, memang jatuh muflis la bapak dia. Lepas tu, najis bayi yang dalam hari ni, sangat la cair bersembur. Hehehe. Lampin Pet Pet ni dia lebar dan panjang. So, memang selamat daripada bocor kat tepi.
Lampin Pakai Buang Huggies
Dalam pantang juga, aku pakaikan Luth dengan Huggies Dry Comfort yang warna biru[org hadiahkan]. Tapi Aku rasa yang New Born dengan yang bersaiz S berbeza la. Yang new born punya materialnya lembut dan berjalur. Lampin Huggies ni ada banyak jenis. Yang aku buat perbandingan kat sini ialah jenis yang paling murah. Ada lagi yang lebih mahal mungkin juga lagi bagus daripada Huggies Dry Comfort ni. Yang aku kurang suka dengan Huggies ni ialah kelebarannya yang kecil. Dulu masa pakai Huggies, kalo Luth tido mengiring dan dia berak, memang tima kasih je la bocor. Habis seluar. Kadang-kadang bocor kat belakang pinggang sebab bahagian kapas yang menyerap kotoran tu tak sampai ke pinggang. Hanya betul2 kat belahan bontot je. Huhu.
Lampin Pakai Buang Drypers
Drypers agak kecil berbanding Pet-Pet. Saiznya hampir sama dengan Huggies [yang sama saiz la]. Kalau Luth pakai Drypers, kat peha berbekas getah dia tu. Lagi satu masalah Drypers ni pon sama macam Huggies. Kapas kat belakang tu hanya separuh. Tak sampai ke pinggang. Tapi masih okay juga Drypers ni. Mampu milik dah penyerapan dia bagus. Tapi kulit Luth tetap ada basah2 kalo aku tukar 4 jam sekali.
Lampin Pakai Buang Mami Poko
Aku bertukar kepada Mami Poko selepas habis berpantang. Waktu ni Luth dah kurang membuang air besau. Walaupun kalau dengar nama Mami Poko tu rasa macam "mahalnya", tapi kalo sehari hanya guna 2 keping, jimat la juga aku rasa. Mami Poko ni yang bagusnya, lebarnya yang lebar dan panjangnya yang sampai ke pinggang [maksud aku kapas yang boleh menyerap tu sampai ke pinggang]. Lepas tu permukaan dalam tu memang sangat lembut pada kulit bayi dan aku yakin Luth selesa dengan Mami Poko. Paling lama aku pernah tak tukarkan diaper/lampin Mami Poko ni ialah 14 jam. Boleh imagine tak 14 jam tak tukar diaper yang memang dah berat sangat dah. Tapi yang menakjubkan ialah kulit Luth yang kat dalam tu langsung tak basah. Masih kering. Hebat kan? So, walaupun Mami Poko ni sekeping 70sen [beli kat 99 SpeedMart la murah ni], tapi kalo sehari aku cuma gunakan 2 keping je, tak ke jimat jugak namanya tu? Berbanding kalo aku guna jenama yang sekeping 60sen, kena guna 4 keping lagi rugi aku rasa. 2 keping tu kalo dia tak berak la. Sekarang memang sehari guna 3 keping je sebab Luth dah kembali berak sekali sehari.
Lampin Pakai Buang Whoopee
Yang ini korang pon tengok kan pada ujikaji aku kat atas tu. Memang basah lencun. Huhu. Harga pon tak la murah sangat. Tahap sederhana yang dah nak ke mahal pon.
Lampin Pakai Buang Pureen
Aku tak tau harga diaper Pureen ni. Sebab dapat sample. Tapi bagi aku, aku agak puas hati pakai lampin pakai buang Pureen ni. Sebab sama macam Pet Pet dan Mami Poko, diaper Pureen ni lebar dan kapasnya panjang ke pinggang.
Lampin Pakai Buang Tesco
Yang murah tu memang basah lencun. Yang sederhana tu pulak masih boleh tahan. Actually, agak boleh tahan. Korang pon boleh tengok hasil penyerapan dia kan? Paling kering berbanding jenama hebat seperti Mami Poko walaupon dah 800ml air aku tuang atasnya. Tapi memandangkan saiznya pun sama macam Drypers dan Huggies, walaupun ia hebat menyerap tapi ruang yang sempit di dalam diaper tu menyebabkan kulit susah juga nak bernafas. Kulit tetap berpeluh.
Kalo diikutkan, aku nak test banyak brand lagi seperti Pampers, Hey Baby, Diapex dan lain-lain. Tapi tak jumpa dgn pek kecik. [Pampers lagi la payah nak jumpa. Dah pupus kot jenama Pampers ni.] Takkan la aku nak beli hok besor jugok semata-mata nak buat test ni. Aku pon cerdik jugak matematik. Kehkeh. Kalau sesiapa ada maklumat tambahan boleh komen. Boleh membantu yang memerlukan ye tak?
Kalo diikutkan, aku nak test banyak brand lagi seperti Pampers, Hey Baby, Diapex dan lain-lain. Tapi tak jumpa dgn pek kecik. [Pampers lagi la payah nak jumpa. Dah pupus kot jenama Pampers ni.] Takkan la aku nak beli hok besor jugok semata-mata nak buat test ni. Aku pon cerdik jugak matematik. Kehkeh. Kalau sesiapa ada maklumat tambahan boleh komen. Boleh membantu yang memerlukan ye tak?
Kesimpulan:
Kalau suruh aku buat kesimpulan, aku akan pilih yang pertama ialah Mami Poko, kedua Diapex, ketiga Pet Pet dan keempat Pureen. Aku memang dok citer pasal saiz yang besar dan kecik, nampak macam tak adil je ujian ni bila aku gunakan saiz M untuk Mami Poko dan Pureen tapi yang lain aku guna saiz S. Tapi hakikatnya Mami Poko saiz S dan Pureen saiz S serta Pet Pet saiz S memang lebih besar daripada semua brand lain bersaiz S yang aku bandingkan kat atas ni. Aku tak tipu punya. Bukan sesaje nak buat cerita berat sebelah ke apa. Aku langsung tak dapat bayaran pun di atas entry ni. Cuma aku betul-betul nak berkongsi maklumat je dengan penggelintar-penggelintar internet sekelian. Fuh ayat aku. Memang buku.
Macamana? Dapat idea tak nak beli dan gunakan yang mana untuk anak korang? [Soalan ni aku tujukan hanya untuk yang belum decide]. Akhir sekali, semuanya bergantung kepada jenis kulit anak-anak juga. Ada yang alahan. So, harap entry ini akan membantu. Kupai.
assalamualaikum lyd...satu info yg baik buat ibu2 yg ada anak kecik ni...:)
ReplyDeleteWaalaikumussalam mama. Mudah-mudahan membantu.
DeleteSalam... t.kasih sis..info yg sgt2 membantu.. skrg pening duk fikir nk tukar brand pampers ank.. sblom ni guna drypers tp tiap kali si kecik sy berak mesti kuar ikut tepi2 paha. Smlm beli whoopee.. klu baca info ni terlebih awl rasenye baik beli mami poko.. huhuhu.. t.kasih sis 😊
Deletesumayyah dulu kulit alah sangat.... habis merah merah... pakai cloth diaper baru ok...
ReplyDeleteOo...cloth diaper belum pernah try. Rajinnya awk.
Deletebravo!!! u helped a lot of moms out there untuk cari the best lampin, i dulu takder macam ni. btw dulu pun kami guna pet pet untuk JJ, elok jer takder rashes or anything, murah pun murah. Over here pun kami guna brand yg murah jugak,yg sepertiga harga pampers huhuhu.
ReplyDeleteKat sini dah susah nak cari jenama Pampers. Ada tu ada tapi kena gigih la mencari. Haaa... kan, bagus kan pet pet.
DeleteMula-mula baca cam kelakar je..rajin sungguh awak ni buat berbandingan...
ReplyDeletebuat yang terbaik untuk anak kan..
tapi..kan tiba-tiba rasa sayu jer hati...mengalir air mata..(memang takde kena-mengena) teringat masa timbang berat pampers Aiman (lampin pakai buang semua jenama pun saya panggil pampers..)
Sorry Lyd..emo pulak..
Untuk anak dan untuk beri maklumat pada kawan2 juga. :)
DeleteHuhuh... nita, jgn la sedih. Kang saya sedih gok kang. Aiman tengah bahagia kat sana.
anak aku pakai whoopee..sian dia basah2..kene tuka lain ni..haha..rajin betul ko buat experiment kan..bgs2..
ReplyDeleteKo tukar guna pet pet la bundle. Aku sajes.
Deletegood info lyd.. iman dulu sy kasi pakai hey baby je .. pastu tukar..kasi pakai pet2 ngan mami poko (waktu tido mlm) ..sesetgh jenama budak2 tak tahan.. beli bila ada sale..jimat la sikit..
ReplyDeleteha ah, beli masa ada sale. Dan kena rajin i survey. Hey baby oaky ke?
Deletepasni mesti mami poko cari Lyd...jadi model tgh buat ujian klinikal kat iklan dia. :D
ReplyDeletetapi kan..mmg tabik spring la, rajin sungguh lyd buat gini semua. dan sgt membantu utk mereka yg tgh pening pilih.
*balas tabik spring. Hehehe.
DeleteMIntak2 la masin mulut ujie. Kalo mami poko lantik jadi jurucakap ke hehehe... dpt stok mami poko sampai luth besar pon dah okay.
cikgu guna diapex skrg..dulu dh pernah guna pet-pet, huggies dan drypers..setakat ni mmg puas hati dgn diapex..murah je beli kat kedai ubat dekat umah..jatuh sekeping 40 sen lbh jer..hehe
ReplyDeleteEh, murah tu cikgu. Kalo tgk kat pasaraya, diapex macam mahal jugak. Ari tu nak beli jugak untuk buat ujikaji ni tapi takde pek kecik. Nak beli yg besar mahai sgt.
DeleteNak tanya, guna diapex easy atau diapex premium.? Sy baru nk try guna diapex..
DeleteAnk2 ummi plk kne bli diapers ikut kulit. Mana yg buatkn diorang rashes mmg rejected siap.. Mula dlu msa pntang pkai pet2..ok jer.. Pastu msa pntang rmai lak kwn2 dtg ziarah hadiahkn diaper mami poko.So, 2 bulan jgkla xbli diaper n pkai mami poko trus naik rashes kt bam2 ank.huhu..sgt sedih time tu. Trus ummi tukar pet2 blik still rashes gak. Then abi blikan huggies sbb time tu ade promotion. Ok plk huggies dgn kulit ank..So, smpai skrang pembeli setia huggies je.. nk try yg lain x brani plk.. Btw..entry ni sgt membantu kot2 nk try tukar jenama lain plk nt...tp tunggu ank besar sketla n kulit x sensitif sgt..hehe
ReplyDeleteOoo... anak pompuan ek? Tak sesuai guna mami poko ye. Ada jugak kawan saya yg kulit anak sensitif pun sesuai guna huggies. Saya pon nanti ingat nak tukar jugak guna pet pet balik.
Deletewaaa...manyak rajin la u...thanks bebanyak. selalu pakai huggies dgn drypers (tgk yg mana offer:))
ReplyDeleteTry la pakai diapex. Ada org komen kat sini diapex pon okay.
Deleterajin sungguh...dulu saya ade buat perbandingan jugak....tp bukan tuang air...cube pelbagai jenis pampers kat baby..hasilnye....kalo pakai drypers..malam je kene bangun 2 kali sbb baby kalo pampers basah je melalak...pampers murah x de jename ade jiran bg...bontot baby ruam...pet pet..ok x bangun malam....kulit baby pon ok...bile dh besar sikit..ade try mummy poko yg seluar tu...jwpnnye pampers penuh x pon meleleh ikut tepi...sudahnye pakai pampers pet pet yg biase (bkn seluar)smpai skrg saiz L....penah tnye doktor..pamper jename ape yg ok skali...doktor tu jwb..kain lampin yg selalu ditukar....ok fine doktor tu perli saye...hehehhe
ReplyDeleteSaya pun ada dgr kalo pakai yg jenis pants akan cepat bocor ikut tepi. Tapi betul, pet pet mmg bagus. Cuma nama dia je kelakar skit.
Deleterajin nau dia wat compare. hihik.. syukrii pakai huggies drypants. pasai murah kt pasaraya sini. hahaha.. semua dia okey..
ReplyDeleteNanti Luth dah berjalan pun saya plan nak pakai pants kat dia. Kalo dpt harga murah mmg untung.
DeleteCayalah lyd. Siap buat experiment tu. Tapi mamy poko memang best. Harga jer tak mampu milik. Saya pakai drypers & huggies.
ReplyDeleteDulu masa skolah menengah, cikgu suh buat eksperimen saya malas. Skrg kalo cikgu kimia saya tgk ni, mesti dia menitiskan airmata terharu.
Deletebagusnya buat ujikaji sendiri..terbaik la..
ReplyDeleteLepas ni banyak lagi ujikaji yang akak nak buat. Heheh.
DeleteLyd...bagusnya ujikaji ni...menyerlah bakat..hehehe,saya anak-anak dulu pakai pet-pet je,harga mampu beli.
ReplyDeletePet pet adalah pilihan yg bijak ummi arissa.
Deletewaa..
ReplyDeletefull review ni..
terbaek ler.
Ini belum full lai dik oii... Baru half review ni.
DeleteBagusnya lyd siap buat eksperimen lagi..kalau kat sini diaper yg kami guna nama tusshys..oklah jgk harga dan kualiti dalam 35sen..selesa jgk dan tak panas..yg brandbiasa dpt kat m'sia pun ade tp mahal sket lah..
ReplyDeleteJenama tusshys tu jenama tempatan ye ummuaidan? Kalo murah dan berkualiti, memang berbaloi kan? Untung la.
Deletetepuk dada tanya hati sendiri pilihan di tangan masing2 kan !
ReplyDeleteBetul tu KA.
Deletemami poko mahal tapi berbaloi.
ReplyDeleteTepat sekali LS.
DeleteMak-mak kita zaman dulu gunakan lampin kain putih yg dilipat utk baby mereka. Lepas guna, kena basuh...Zaman sekarang serba mudah: pakai dan buang....
ReplyDeleteHeheh, saya sempat lagi tolong pakaikan lampin kain tu kat anak2 buah dulu2. Pastu cover dgn plastik yg colourful.
DeleteKamu beli diapers product whoopee, she she Ez-Dri 100% berkualiti.. Sy ckp sbb sy sendiri kerja QC kat syarikat kilang lampin bayi
DeleteKamu beli diapers product whoopee, she she Ez-Dri 100% berkualiti.. Sy ckp sbb sy sendiri kerja QC kat syarikat kilang lampin bayi
Deleteaku penah try huggies & whoopy tp mcm nipis sgt & cepat penuh...petpet pn sama...skrg ni pakai dryper cam ok...tp klu g jalan2 mmg aku pakai mami poko...harga petpet skrg makin lama makin mahei la plak tp nasib dah guna dryper... Alhamdulillah kulit zharif x sensitif so pakai je la jenis apapn...dah basah lencun pn dia boleh cool je...xpenah merengek pasal lampin basah... yg penting kalau balik kg jgn bawak balik mami poko...mak mentua den sejam sekali dia suh tukar pampers (aku semua jenis pampers aku panggil pampers :D)
ReplyDeleteDrypers okay cuma dia kecik. Mcm pendek skit kot. Kalo luth pakai yg itu, peha dia berbekas. Peha gemuk kot. Pengsan kalo tukar mami poko sejam sekali.
DeleteAnak sedara MJ 2 2 org pkai PetPet, yg sulung dah 3thn lbh pun pkai Pet2 (now free diapers-cuma kekadang je)
ReplyDeleteRasanya PetPet ni mmg bagus kan ;)
Rajin Lyd buat perbandingan macam ni
Takde keja kan? Tetiba je jadi rajin. Saya suka sgt le buat ujikaji mcm ni.
Deleterajin nya lyd buat perbandingan ni.
ReplyDeletesemoga membantu..
masa jaga bby dulu mak baby bagi pet2
Ramai juga yang guna pet pet. Saje je merajinkan diri. Rasanya ramai yg boleh ambil iktibar.
DeleteDulu 1st baby pakai cloth diapers, so coming 2nd bby insyaallah usaha diteruskan. dd maybe time urgent jer...
ReplyDeleteAwak mmg rajin. Hehehe... Saya ni nak guna CD mmg malas nak basuh.
DeleteSy pkai whoopee harge pown murah...wat mase skrg sgt2 comfort kot bg khaliesha....
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau sesuai dgn anak. Asalkan anak selesa, tak kisah jenama apa pun kan?
DeleteRajinnya u buat perbandingan, btw good info :))
ReplyDeleteSaje2 je rajin. Harap2 info ni berguna untuk kamu.
Deleterajin!!!..tapi info sangat bagus!!tq
ReplyDeleteThanks sebab hargai.
DeleteMenarik kupasan sebegini dear...suka tgk sebab yg di test semuanya jenama2 yg ibu2 suka beli diluar sana...Umi Qi pengguna tegar Drypers....ye betul tuh dear mengikut kulit anak dan kesuaian anak dari segi berapa byk sehari dia guna...mami poko mmg bgus sbb hospital kerajaan pun guna pertama kali bg bb baru lahir jenama tuh...Qi pun pertama kali guna masa lahir di hospital guna mami poko...peyerapan dia bgus dan tebal...sekarang guna Drypers sbb ia punya penyerapan berkala terbaik...dari segi kencing baby yg tidak mengikut masa...so suka drypers....best plak baca perbandingan mcm nih :) good job dear
ReplyDeletesekarang dah guna petpet cemana? Ada komen? Bagus ke tidak.
ReplyDeleteYa Allah,rajinnya u dear.patutlah whoopee tu murah gila kan.2paket rm50.rara mmg dr dulu pakai mummy poko!
ReplyDeletehuhu bertuah le sapa yg mai baca ntry ni baru nampak clear :D. 1st saya pakai drypers soft best sgt pastu bila tukar wee wee tape dia kene paha kesian plak.pastu en asben terbeli huggies dry newborn okay tapi cam ketat ckit jenuh 'pujuk' anak dan diri sendiri sabo kene perabih gak.tensen sebab asyik bocor, penat kut nak rendam n basuh baju.pastu x tahan beli gak la mamypoko mmg puas hati sebab lebar tapi kalau lama sgt bila buka, mmg berbau 'hancing'nyer.tgk eksperimen di atas baru paham why he e.mamypoko ni malam jerr so siang saya mmg nak try semua selagi boleh, silapnya saya xbeli pek kecil tapi pek beso, jahilnya daku, sudahnya kalut nak perabih huhu~ pet pet ok gak rasanya pastu try whoopie pulak.ni pun kene beli saiz xtra sebab peha anak beso (ni pun saya perasan masa promoter huggies tu gtau, sblm ni saya xtau kenapa ada jenis yg muat dan ada jenis yg x muat huhu). pas baca n3 awk ni baru teringat kalau pakai whoopie mesti cepat rasa berat, cepat kene tukar.berpeluh gak la kene tukar byk kali.pastu saya try bosomi korea tu beli kat blog okay gak la lebar cam mamypoko dalam dia cam pet pet cuma baru2 ni cam bocor plak. habis dgn baju2 saya kena sekali. maybe sebab masa tu anak duk atas riba kut.la ni saya pakai huggies dry pantz biru siang, huggies merah malam. pantz ni x sesuai lagi actually sebab anak saya baru 3 bulan, xleh jalan tapi sebab dah terbeli kan huhu jenuh gak la nak sarungkan. yg merah tu mg bestt sgt, lebar n besar. soft la jugak tapi xla sesoft mamypoko yg 'gebu' tu. baru ingat nak beli whoopie balik tapi baca n3 ni dgn blog lain ada yg kata bau kimia dia kuat, dulu awai bagus, la ni dah glamer cam x bagus lak. hmm ntahla dok cari pampers murah yg rasa x membazir tukar byk kali di siang hari.
ReplyDeleteI suggest pet pet la. Untuk guna siang hari.
DeleteRajinnyaaaa. Btw tq so much sbb membantu. Mmg tgh pening taktau nak beli yg mna untuk baby yg nak lahir ni.
ReplyDeleteSama2. Harap membantu awak.
Deletesaya penah cuba pet pet, huggies, diapex, drypers, mamy poko. pilihan no 1 diapex, sebb memang kering walaupun dah penuh. mamy poko ok juga tapi mahal sangat, tp anak saya dah 2 tahun lebih, cikgu taska dia minta PU diaper, saya beli mamy poko yg pek besar, sbb lebih jimat dari diapex.
ReplyDeletejenama huggies dan drypers cepat basah, memang tak beli dah.
tanx sgt membantu
ReplyDeleteEntri yg amat berguna. Mami p0ko memg terbaik!!! Sy guna dri ank 1st dan yg ke2 skrg. Mahal,tp berbal0i c0z kulit ank x melecet.
ReplyDeleteThanx for info. Sgt membantu
ReplyDeletetesco sederhana tu sama spec dgn drypers kerana dibuat oleh kilang yang sama
ReplyDeletesinggah malam survey lampin pakai buang.. kikiki :)
ReplyDeleteSaya ada bawa masuk lampin pakai buang jenama baru Flex Babies. Kalau nak cuba. Boleh email ke asmadiaa@gmail.com. Quality premium, harga masih murah (pengenalan)
ReplyDeleteBoleh cuba lampin pakai buang yang baru diperkenalkan di Malaysia - F"28 Babies , Quality premium, harga ekonomi..dalam pengenalan . Boleh email ke asmadiaa@gmail.com
ReplyDeleteBoleh cuba lampin pakai buang Flex Babies, harga ekonomi quality premium.. Hubungi asmadiaa@gmail.com
ReplyDeleteDiapers: contact asmadiaa@gmail.com
ReplyDeleteFlex Babies
salam kak,saya baru baru ni ader perasan orang jual pampers bosomi kualiti macam mamy poko.akak pernah tgk x??nak try jugak tapi tak pernah tengok lagi...
ReplyDeleteThanx lyd. Info yg bagus. Semoga jadi panduan semua ibu bapa..g
ReplyDeleteSy first time pakai pampers diapex easy, alhamdulillah sgt3 berpuas hati, harga pun murah sgt. Sy beli saiz M78 dgn harga rm28.90, sekeping hanya 38sen. Murah kn? Penyerapan die pun sgt bagus. Sy pakai kat baby 7jam still kering. Thanks to diapex! Thanks jgk untuk awk yg dh bt review ni:-)
ReplyDeleteFairuz anith sy pernah pakai pampers bosomi tu mmg bagus Tapi harga die mahal skit n bila air kencing dh bnyk pampers akan rasa basah dibahagian luar. Ape yg bagus sbb baby sy pkai xpernah bocor:-)
ReplyDeleteAs salam...ibu2..sy ade jual pampers BOSOMI yg diimport dr korea..kualiti mmg bagus n ekonomi..ibu2 y berminat blh whtsapps sy 012-2557397@fb elisuslizahanania
ReplyDeleteThanx admin yg rajin buat experiment gini. Sy kebuntuan coz anak umo setahun lebih tgh allergic lampin pakai buang drypers yg selama ni die pakai dr kecik. Skang sy tgh bersusah pyh pakaikan lampin dan cloth diapers.baru nak gi beli lampin buang utk buat experiment cam awk tetiba jumpa blog awk. Tq.
ReplyDeleteSape yg nak cuba diapers bosomi Korea..Diapers kapas 100% dan semulajadi. Sesuai utk anak2 yg alergic dan harga lebih murah..Kualiti setanding mamy poko tapi harga lebih kurang pet pet dan drypers je.. boleh watsap 0129507247
ReplyDeleteSekarang nie tengah promo jenama Diapex so tengah usha review best ke Diapex nie. Boleh dipertimbangkan kot :)
ReplyDeletesaya juga ada membekalkan pampers bosomi yg tgh hot skrg ni sekitar ipoh, chemor, jelapang & kwsn2 berdekatan dgnnya...
ReplyDeleteMMg xblh dipertikaikan lg..kualiti pampers ni setanding mamypoko dan didatangkan dr kilang yg sama dgn mamy poko
Berminat call/wasap : 012-4695015
entry ni da lama..tapi baru bace..nway..good job..kalau kite nak try sume xmungkin kot...huhu
ReplyDeletebgaus puan buat eksperimen..sangat membantu..anak saya pernah guna pet pet mmg berbaloi..tapi sekrag pet pet mahal sikit so saya tukar hey baby...bagus juga hey baby..boleh tampung kapasiti yang banyak...pakai hingga meleret pun masih tak bocor...baru2 nie cuba pakai bosomi..saya test ngan anak 4 tahun..hihihi....malas nak berhenti kat toilet...habis jer kencing...terus bocor..sampai tertumpah atas lantai keta...huhuhu..baby pakai pun akan basah bahagian luar..rasanya dua kali kencing dah kena tukar...biasa perjalanan dari kelantan ke kajang...kalau pakai hey baby haya sekali tukar tap pakai bosomi sampai 3 kali tukar...tu pun dah lencun...bosomi lembut tapi lebih nipis dari hey baby...hey baby....
ReplyDeletecuba wat ujikaji diaper jenama Onwards pulak
ReplyDeleteJom pakat beli online kat 11street.my. Hari ni beli untuk PetPet M76 RM20.33 after less discount coupon RM 11 dan payment by Maybank card entitled less lagi 12%. Consider mula giler dapat harga serendah RM20.33.
ReplyDeleteGood review help a lot.. Tqvm
ReplyDeleteperghhh, terbaik lah entry nih......
ReplyDeletesaya biasa guna pet pet, drypers...sellau dan sesuai ngn kulit anak2..
mamypoko, der la kekadang, tp memang lembut betol la..selesa..
dah pernah jugak guna diapex...huggies pon pernah guna, tp kadang2 gak..
skang guna drypers, so far ok laa...
tp kalau baby yg kulit sensitif tu, kene hati2 jugak la kan nk beli lampin pakai buang nih....
Sy ade jual diapers bosomi dgn hrge murahh..mmg kualiti terrrbaiiikkk...boleh wassap utk order,area selangor ye...01127296546
ReplyDeleteSy jual diapers bosomi yg tgh hot skrg,kualiti mmg terrrbaikkk..kain kapas lembut..xpnh org komplen ank kne rashes pki bosomi..berminat boleh wasap ye 011-27296546
ReplyDeleteTAK SEMUA LAMPIN PAKAI BUANG TU X BAGUS.IA BERGANTUNG JUGAK PADA KEADAAN BABY. ANAK SAYA PAKAI LAMPIN PAKAI BUANG JENAMA TESCO ALHAMDULILLAH X DE ALAHAN MALAH X PERNAH BOCOR KALAU KENCING BYK(KLU LMBT TUKAR) BERBANDING LAMPIN PAKAI BUANG YANG LAIN....
ReplyDeletesy nk share ye tuan blog.. hihih
ReplyDeleteGreat info.. mekasih.. dah tau nak beli apa yg terbaik utk baby nnty..
ReplyDeleteASSALAMU'ALAIKUM PUAN, BOLEH SY SHARE ENTRY PUAN NI? NK SEBARKAN ILMU N RESEARCH YANG PUAN BUAT UNTUK MAKLUMAN PEMBACA LAIN
ReplyDeletewaaa... thanks sebab buat research camni.. sangat2 membantu...
ReplyDeletetapi ade x buat research 2016? hihihi.... kot2 da upgrade or downgrade kan...
apepun thanks sangat2..
Kite pon buat bende yg sama.. Sema brand kits try.. Tp anak x ngam ngan drypers mmommy poko.. Da leg pakai pet pet hey baby & tesco.. SMP la anak no 2 ni pakai tesco n petpet
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih for great sharing. Setakat ni, sy bg baby pakai pet pet je. Sebelum ni, ada try pureen dengan dryfirst dan ap entah satu lg. Lupa dh brand. Pd sy pet pet ok lah. Lom cuba lg yg lain.
ReplyDeletePernah try Loviia Diapers tak? Kualiti pun hampir sama Mamypoko. Anak2 saya sebelum ni pakai Mamypoko Extra Dry. Tapi bila dah jumpa Loviia, rasa mcm...Kenapa kita nak bayar lebih kan?? :) Harga pun reasonable. RM25/pack untuk semua saiz.. S(50).M(46).L(42).XL(38). Berminat boleh ws 019-3627174. Ready Stock..
ReplyDeleteTesco murah dengan tesco yg sederhana murah tu yang mana..ada picture pack camne upa x.. nk try lah
ReplyDeleteSalam..great info sis. Saya agen GLM jual diapers brand Nappy time. Jom cuba..sangat tahan lama sampai 12 jam. Blh wassap juga 017-9925262.
ReplyDelete