Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Kenangan : Suasana Menyambut Raya

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku paling suka suasana sehari atau 2 hari sebelum raya. Tak kira la raya puasa ke raya haji. Dua-dua pun aku suka. Kenapa? Macam ni cerita dia. Biasanya kalau kat kampung, sehari sebelum raya tu lah time abah atau [arwah] mak aku kemas laman rumah dengan lebih gigih daripada biasa. Biasanya setakat sapu daun kering dan buang rumput sikit2 je. Tapi time nak raya, abih semua kayu2 bawah rumah kena selongkar, sampul gula-gula yang aku selit tepi tiang pagar pun bleh jumpa, semua rumput2 dan lalang yang selama ni bermaharatuleha kat bawah pokok rambutan pun dah abih kena trim supaya tak tersekat di skala enam. Dan the best part of that ialah acara bakar-bakar time. Sampah sarap dan sampah masyarakat semua dibakar sehingga menimbulkan asap tebal yang berwarna putih. Dalam masa yang sama juga ketupat direbus dengan dapur kayu kat tepi rumah. Warna putih asap sampah dan asap dapur ketupat bercampur sambil sekali sekala ditiup angin dengan berlatarbelaka...

Aku Seorang Mama Yang Over

Sejahteralah ke atas kamurang.... Sejak aku jadi seorang emak ni, aku rasa aku dah semakin saiko. Kekadang aku over. Kekadang aku paranoid. Aku tak sure orang lain yang dah jadi emak tu poyo dan over macam aku ke tak tapi aku rasa ye. Tu la, dulu masa takde anak, aku selalu je terdetik dalam hati, "eleh... tu pun nak cemas" bila mak-mak orang yang citer pasal anak dierang tak sihat. So, sekarang bila aku sendiri dah jadi mak budak, perasaan aku dah jadi huru hara, risau dan cemas yang melampau padahal anak aku hanya ada hingus setengah titik je kat tepi hidung. Baru aku tau rasa dia. Aku tak reti nak describe cemana perasaan tu. Tapi perasaan itu memang aku baru rasa bila ada anak. Over No. 1 : Lanun. Tahun 2008 aku penah eksiden kat Karak masa aku drive sensorang dari Kuantan ke KL. Keta kenari aku terbalik lepas berlanggar dengan penghadang jalan yang kalo takde penghadang jalan tu, memang aku dah jatuh gaung. Lepas aku eksiden tu, aku memang jadi pemandu yang sup...

Luth : 3 Bulan

Sejahteralah ke atas kamu... Ada banyak benda yang aku rasa boleh aku jadikan entry baru untuk blog ni. Cuma yang 'banyak' tu adalah cite berkenaan Luth yang mungkin akan membuatkan orang bosan nak baca. Lagi-lagi pasal anak dia. Macam dia sorang ada anak. Jadi, sebab tu la blog ni aku dah jarang update sebab aku mcm takde idea sangat nak cerita pasal apa. Amponkan la haku ye kawan-kawan. Lubang Hidungmu. Luth dah berusia 3 bulan 7 hari. Muka dia makin jelas ikut muka aku. Lubang hidung la yang paling ikut aku. Wakakakah. Sekarang ni dia dah pandai berborak dengan sesaper je yang bercakap dengan dia. Aku selalu bercakap dengan dia. Kadang-kadang benda yang takde kaitan pun aku cerita kat Luth. Pastu mula la dia pun akan berborak jugak dgn aku bila aku pause kejap cerita aku. Pastu pantang kalo orang agah dia, memang dia akan suka ternganga-nganga mulut. Ketawa mengilai belum lagi la. Cerita Jijik. Setakat ni karektor dia yang paling aku pening ialah dia tak su...

Vaksin atau Tanpa Vaksin

Sejahteralah ke atas kamu... Lagi entry berkenaan motherhood. Sorry le kalo boring. Sesape yang biasa baca blog aku sejak aku pregnant dulu mungkin perasan yang aku kata aku tak makan sebarang supplement pun masa mengandungkan Luth. Aku ni bukan la jenis yang suka sangat menongkah arus. Aku tak makan ubat-ubat seperti folic acid, calcium, B Complex dan seumpamanya tu pun sebab aku sangat-sangat benci the idea of, "kalo tak makan ni nanti perkembangan otak anak terjejas." atau "nanti anak boleh jadi cacat kalo tak makan folic acid". So, daripada aku makan ubat2 tu dgn perasaan risaukan anak aku lahir-lahir nanti tak cukup sipat, lebih baik aku takyah makan. Nanti kebergantungan aku kepada Allah dah jadi tak seratus peratus. Sedangkan Allah lah yang menentukan cukup sipat atau berkembang ke tak otak anak ko tu kan. Alhamdulillah, anak aku sihat walaupun aku tak makan ubat doktor bagi. Kuning pun tidak. Saiz pun sedang2 elok je. Syukur sangat. Apa yang aku amal...

Selamat La Dia Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu... Allah lebih tau. Korang yang selalu baca blog aku mungkin perasan yang aku penah cakap aku teringin sangat nak anak pompuan. Masa Luth belum lahir lagi dulu, kiterang tak tau jantina dia. Scan2 pun tak nampak. So, aku ada gak harap aku dpt anak pompuan. Comelnya kalo anak pompuan bila dipakaikan dan digayakan dengan macam2 aksesori. Hairband, sepit rambut. Gaun. Baju renda2 ropol2.  Tapi sekarang ni, takyah ada anak pompuan,.... aku dah ketor kepala nak beli baju untuk anak. Seriously mcm tersampuk syaitan perasaan nak membeli baju banyak-banyak untuk Luth. Itu baru je anak lelaki. Kecik lagi plak tu. Berjalan pun belum boleh. Gigi pun tak tumbuh lagi. Shopping baju untuk Luth kat online. Lagi la bahye. Hahahha.... Sekarang ni aku excited nak belikan baju jenis romper kat Luth. Aku rasa cam comel je budak kecik pakai romper. Kemas pun kemas. Ada skali tu, masa masih dalam cuti bersalin sebelum naik kerja aku gi shopping sensorang kat MidVal...

Kenapa Letak Nama Luth?

Sejahteralah ke atas kamu.... Ada juga beberapa orang yang bertanya aku... "macamana boleh dapat idea nak bagi nama Luth tu?". Aku pun tak de jawapan, cuma aku kata aku suka nama tu. Bila aku tanya, kenapa boleh tanya aku soalan tu... derang cakap sbb nama tu unik gile. Padahal aku rasa nama tu takde la unik mana pun. Ramai je org bagi nama anak dierang dengan nama Luth, cuma tak ramai yang panggil anak dgn nama tu sebab nama anak dierang panjang lagi. Nama Luth tu hanya sebagai pelengkap. Sebelum Luth terhasil lagi aku dengan husband aku memang dah bercadang nak bagi nama anak kami dengan nama-nama ringkas yang mudah disebut dan diingat. Niat aku cuma nak bagi nama yang baik untuk dia. Kalau boleh nama para nabi. Jadi ada 3 pilihan nama nabi yang paling ringkas iaitu Nuh, Hud dan Luth. Nama Nuh pun okay tapi kang sama plak macam nama Noh penyanyi kumpulan Hujan. *tetibe*So, tinggal lagi 2 antara Hud dengan Luth yang akhirnya kami pilih Luth. Tak tau arrr ap...

Back To Work anddd... Blogging....

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku. Agak sedih bila blogwalking semalam baru aku sedar yang blog aku dah diremove daripada bloglist kebanyakan blog-blog yang ada dalam bloglist aku. Korang ni dah lupakan aku ekkk??? Ahhh takleh jadi ni. Ari ni kena update blog jugak. *Entry ni nak guna 'aku' la. Sebab di dunia sebenar memang aku cakap 'aku'. Tetibe dalam blog mcm nak sopan2 plak kan....  hipo plak rasa. Pendapatan . Aku baru start keja Isnin lepas. Dah seminggu dah aku keja selepas 3 bulan menenangkan jiwa raga spent quality time dengan Luth. Agak kelam kabut jugak aku nak susun semula jadual hidup aku. Sekarang ni aku masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dgn :- 1. tugasan yang makin bertambah, 2. jumlah masa yang sama iaitu dua ploh pat jam tapi dengan 3. volume kemalasan serta ke'terhegeh-hegeh'an aku yang lama dulu. Memang macam cacing kesejukan la aku nak menyiapkan semua benda. Oppss... Maksud aku, aku dan mat azghul. Tanpa dia, hid...

Antara Mimijumi dan Tommee Tippie

Sejahteralah ke atas kamu..... Saya ni memang rupalistik. Nak beli botol susu anak pun nak cari bentuk yang paling comel dan unik. Harga toksah cite la. Kalo mak mentua tau harga sebenar botol susu tu, memang kena bebel sekarung. Masa beli tu bukan fikir lagi anak suka ke tidok, yang penting nak memenuhi nafsu serakoh mama dia yang gomut ni je. Sebelum Luth lahir, saya beli seketul je botol susu kat dia. Botol Mimijumi. Comel woo. Pastu terasa cam dok negara bersalji je bila pakai botol tu sebab memang cool gila design dia. Gambar budak ni salah satu faktor yg mempengaruhi saya beli botol susu ni. Tengok cara dia minum tu macam susu tu sedap benor. Mula la saya pun terbayang nak campak Luth dalam rumput bersama botol susu ni then amik gambar. Menurut review yang saya baca, ramai yang kata botol ni best. Sebijik cam breast ibu. Tapi sebenarnya teat dia sangat la keras. Cuma yg bagusnya botol ni kat bahagian puting tu sekali dengan penutup. Maksudnya hanya ada 2 pieces je part ...