*entry ni panjang nak mamppss.. Kalo ada banyak masa lapang bleh la baca. Kisah Luth masuk spital sebab kesilapan doktor. *Entry ni auto-publish Sejahteralah ke atas kamu.... Airmata saya terus mengalir laju apabila nurse di NICU, HTAA mengarahkan supaya Luth diletakkan di katil kecil khas untuk bayi dengan semua pakaiannya perlu dilucutkan kecuali diaper. Manakan tidak, sewaktu datang ke hospital, Luth dipakaikan pakaian yang lengkap dengan barut, sarung kaki, sarung tangan dan bedung. Tiba-tiba di hospital yang suhunya sejuk hasil kerja keras pendingin hawa, semua pakaian selesa Luth diminta untuk ditanggalkan. Perasaan sebak saya tidak habis di situ sahaja. Malahan, apa yang saya tangiskan semasa mula-mula tadi hanyalah permulaan. ................................................. Semuanya bermula tengahari tadi bila nurse di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah ibu, datang melawat dan membuat pemeriksaan terhadap Luth. [Biasanya memang begitu...