*entry ni panjang nak mamppss.. Kalo ada banyak masa lapang bleh la baca. Kisah Luth masuk spital sebab kesilapan doktor. *Entry ni auto-publish
Sejahteralah ke atas kamu....
Airmata saya terus mengalir laju
apabila nurse di NICU, HTAA mengarahkan supaya Luth diletakkan di katil kecil
khas untuk bayi dengan semua pakaiannya perlu dilucutkan kecuali diaper.
Manakan tidak, sewaktu datang ke hospital, Luth dipakaikan pakaian yang lengkap
dengan barut, sarung kaki, sarung tangan dan bedung. Tiba-tiba di hospital yang
suhunya sejuk hasil kerja keras pendingin hawa, semua pakaian selesa Luth
diminta untuk ditanggalkan.
Perasaan sebak saya tidak habis
di situ sahaja. Malahan, apa yang saya tangiskan semasa mula-mula tadi hanyalah
permulaan.
.................................................
Semuanya bermula tengahari tadi
bila nurse di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah ibu, datang melawat
dan membuat pemeriksaan terhadap Luth. [Biasanya memang begitu. Tidak kira di
mana pun kamu bersalin, asalkan semasa berpantang tu kamu berada di kawasan
yang dipantau oleh Klinik Kesihatan tersebut, maka sudah menjadi tanggungjawab
mereka untuk mengambil alih tugas-tugas pemeriksaan rutin. Dengan syarat, kita
perlu maklumkan kepada mereka tentang keujudan kita di tempat mereka. Nurse
akan datang membuat pemantauan setiap 5 hari sehingga hari ke 20.]. Mula-mula
nurse menekan pipi Luth dan mendakwa ada tanda-tanda kuning pada Luth. Khuatir
kuning itu melarat, nurse itu menggalakkan Luth dibawa ke Klinik Kesihatan
untuk diperiksa oleh doctor.
Selepas nurse itu pulang, terus
sahaja Luth dibawa ke klinik oleh papa dan neneknya. Saya tak ikut. Luth hanya dibekalkan dengan susu badan saya
yang telah dipam. Bila berjumpa dengan doctor, Luth disyaki demam berikutan
suhu badannya terlebih 0.7 daripada normal. Kuning ada sikit, bacaannya tak
tinggi pun dan tidak membahayakan. Menurut doctor bayi yang berusia 5 hari
sangat berisiko dijangkiti demam virus jika suhu melebihi bacaan normal. Tanpa berlengah lagi beliau terus membuat
surat supaya Luth dirujuk kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan. Malam itu juga
saya dan Mat Azghul membawa Luth pergi ke hospital, dengan penuh persangkaan
baik bahawa Luth tiada apa-apa. [Sebab kami memang tak rasa pun badan dia
panas. Kami yakin dia sihat.].
................................................
Apabila Luth diarahkan untuk
dimasukkan ke troli bayi di NICU itu, nurse tunjukkan katil saya pula. Saya
termangu seketika. Katil saya? Kenapa perlu ada katil pula untuk saya? Saya
bertanya kepada nurse, Luth kena tahan ked an nurse kata ‘Ya’. Astagfirullah.
Saya datang sehelai sepinggang je. Dah la luka episiotomy belum baik. Saya
datang pun dengan barut yang ada herbal paste kat perut yang memang akan
bertaburan jatuh bila saya berjalan. Memang tak selesa langsung. Katil saya
plak terletak di dalam satu bilik kecil yang dimuatkan dengan 3 katil yang
sepatutnya bilik tu hanya muat 2 katil sahaja. Sempit nak mampus.
Luth dibawa pergi salah seorang
nurse. Nak ambil darah katanya. Saya pula diarahkan duduk di katil. Mat Azghul
hanya boleh masuk sekejap je dalam NICU tu. Huhu. Sedihnya saya. Daripada
katil, saya terdengar suara Luth menangis sekejap tetapi kuat. Walaupun baru 5
hari bersama Luth, suara tangisannya telah saya rakam dan simpan di dalam kotak
memori saya. Sayu sungguh hati saya bila mendengar tangisan Luth, namun saya
hanya mampu berdoa agar Luth kuat dan okay.
Tidak lama selepas itu, Luth
dikembalikan kepada saya. Saya lihat pada kain alas di dalam troli itu ada 2
kesan muntah di kiri dan kanan. Huhu.. Sedihnya. Saya belum pernah tengok Luth
muntah. Ntah apa la yang dilakukan terhadap Luth sampai Luth termuntah tu. Tapi hati saya lega seketika bila Luth sudah
berada dipangkuan saya. Menurut nurse, setakat pemeriksaan awal, Luth tidak
demam. Suhu normal, kuning pun ada sikit tapi tak serius. Cuma nurse kata belum
jumpa doctor sebab doctor busy dan darah Luth pun belum diambil lagi.
Selang beberapa minit, datang
seorang pembantu hospital yang ingin membawa Luth pergi lagi sekali untuk
diambil darah. Sebelum itu, beliau menemubual saya untuk mengetahui sejarah
kandungan saya. Dia tanya saya pernah demam ke tak semasa mengandung. Ada darah
tinggi ke tidok, ada kencim manish ke tidok, ada ahli keluarga yang demam atau
selsema dan batuk ke tidok di rumah tempat saya tinggal tu. Apabila beliau
telah berpuas hati dengan semua jawapan saya, Luth pun dibawa pergi. Saya
menunggu di katil dengan penuh debar. Pembantu hospital tadi ada maklumkan
kepada saya bahawa Luth akan di’drip’ persediaan jika ujian darah Luth positif
virus.
Penantian saya semasa Luth dibawa
pergi diresahkan dengan suara tangisan Luth yang panjang dan kuat. Kali ini
suaranya lain macam sikit. Hati saya bagai meronta-ronta menyuruh saya pergi
tengok apa yang telah dilakukan kepada Luth, tetapi saya masih ingat bahawa
saya ini umat yang bertamadun. Bukan sebarangan ingin menyerbu. Saya bersabar.
Seketika kemudian, saya dengar suara tangisan Luth semakin dekat. Bermakna Luth
sedang dibawa kepada saya. Apabila sampai kepada saya, Luth telah berhenti
menangis. Tetapi esakan suaranya masih bersisa. Airmata saya memang tidak dapat
diempang lagi. Laju saja mereka berjuraian di pipi saya. Saya ambil Luth dan
memeluknya. Pada tangan kanannya dipasang drip. Suara tersedu-sedannya masih
kedengaran sekali sekala walaupun dia sudah tidak menangis. Sebak sangat saya
rasa. Saya susukan Luth sambil menangis. [oloh... sedih sangat lettew konon..
woo...woo..].
Saya berharap Luth boleh
discharge daripada ward, malam itu juga. Tapi memang jangan harap la. Ada
doctor yang datang ke katil kami malam itu. Beliau maklumkan, setakat ini
keadaan Luth langsung tiada tanda-tanda demam. Cuma perlu tunggu keputusan
ujian darah yang hanya akan diketahui pada tengahari keesokan harinya. Jika
semuanya okay, barulah Luth dibenarkan pulang. Owh Tuhan... lamanya nak tunggu.
Malam itu saya langsung tidak
tidur. Saya pegang tangan Luth supaya dia tidak merosakkan drip pada tangannya.
Saya risau jika dia menggosok mukanya dengan tangan yang di’dripped’ itu dan
menyebabkan drip itu tertanggal. Jika tertanggal, drip lain akan dipasang pada
tempat lain pula. Mungkin tangan kiri atau salah satu kakinya. Lagi la saya tak
sanggup nak tengok. Jadi, saya rela tak tidur dan menjaga dia. Siannya anak
mama. Huhu. Saya yang dah tua ni pun rasa sakit sgt bila tangan kena drip masa
nak bersalin dulu. 5 kali cuba, kali ke 5 baru Berjaya cari urat saya. Bongok
betul. Derang ingat tangan haku ni gabus bunga nak main tikam-tikam je. Okay.
Tak baik marah-marah. Sekarang ni nak citer pasal Luth, bukan pasal mama dia.
Boo!
Esoknya, Mat Azghul datang membawa
barang2 keperluan saya seperti towel, baju, sabun, berus gigi,
bla..blaa...blaa. Mat Azghul sebenarnya ada kerja yang dia perlu submit by
email kepada superior dia. Saya plak kena tunggu tengahari nak tau keputusan
boleh discharge ke tak. So, sementara nak tunggu tengahari tu, Mat Azghul pegi
cari port untuk siapkan kerja dia, memandangkan kat NICU tu orang lain takleh
masuk selain ibu bayi je. Saya bersyukur sebab saya dibenarkan bersama Luth
sepanjang malam tu. Ada bayi yang ibunya tiada di sisi pun kerana katil tidak
mencukupi. Semua bayi yang tidak ditemani ibu, ditempatkan di bilik nursery di
dalam NICU dan dibiarkan je menangis sampai kerang. Sedih pilu betul.
Tengahari tu, keputusan darah
keluar dan ternyata Luth bebas daripada sebarang sakit atau demam. Doktor yang
memeriksa Luth kata, bacaan suhu di Klinik Kesihatan tu kurang accurate sebab
suhunya diambil ikut telinga. Sedangkan suhu yang benar2 accurate adalah
diambil bacaannya dari punggung. Bukan
ujian darah je Luth kena buat. Ujian air kencing pun kena gak. Sian plok budak
baru 5 hari dah jadi suspek. Kehkeh.
Saya lega dan bersyukur kepada
Allah kerana dipermudahkan urusan Luth, walaupun dalam hati saya agak bengang
dengan doctor kat Klinik Kesihatan tu. Dia punya pasal, tak pasal2 Luth yang
jadi mangsa padahal Luth sebenarnya sihat. Tapi saya pun tak la salahkan dia
pun. Dia hanya concern tentang pesakit dia kan. Yang penting sekarang, semuanya
dah Selamat. Alhamdulillah. Luth pun sampai ke hari ini [hari ke-40] sihat
walafiat. Kena cucuk Hepatitis pun elok je tak demam. Bersyukur ya Allahu ya Rahim.
kesian kat luth..ermm doc pun kadang2 tersilap kan.tapi xpela janji luth sihat..geram tgk muka luth comeiiiii rsa nak cium je hehehe
ReplyDeleteSiannya luth..boleh jugak terjadi kesilapan camtuh kan.tak pasal2 kena go through sessi tangis menangis..haru biru gitu..alhamdulillah, luth tak per2...
ReplyDeleteComelnya Luth.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah semuanya baik. :)
Alahai..cian tengok tangan comel kena cucuk drip tu..
ReplyDeleteBetul la lyd, rasa geram gak sbb silap doc kat KK tu, tapi dia pun amik langkah berjaga2.
Apapun, syukur Luth sihat2 je.
siannya luth xpasal2 kna drip...sian bila tgk baby comel yg kecik ni kena cucuk sana sini...tmbah2 kita sbg mak dia...sayu n sebak rasa hati...
ReplyDeleteLuth sangat comel..! Saya paham sgt perasaan duk NICU tu memang mata bengkak nanges je. Kalau tak nanges sbb Hakim, saya nanges tgk baby lain..huuu
ReplyDeletemasa anak kat NICU pasal anak kuning,,tgk ada insert drip ikut kepala. sebab kaki tgn budah tu dah lebam. Anak orang lain tp koi plak yang beria menangis tgk.
ReplyDeletebersabarlah dengan dugaan untuk membesarkan anak..
ReplyDeletemacam2 pengalaman dan cabaran yang terpaksa ditempuhi untuk menjadi ibu bapa ni.
awak, bertabahlah...jadi mak orang ni memang macam-macam... ko tengok je lah adik ipar ko tu..
ReplyDeleteAla ciannye dia, Alhamdulillah semunya dah ok..
ReplyDeleteerm.. geramnya tengok Luth, comel sangat... (^_^)
saya pun biasa dah rasa camtu...sedih bila anak kecil tu kena cucuk kat tangan...dulu anak saya yang ke 5,tak cukup kat kedua2 tangan,kedua2 kaki,kasihan..menitis juga air mata ni
ReplyDeleteala ciannya.
ReplyDeleteLawatan tirana aduka
alhamdulillah xde apa2 yg serius.
ReplyDeleteFaham sangat perasaan itu, KA baca sampai berderai air mata, teringat kisah menemankan adik di hospital; waktu kecil2 dulu ! apapun sebagai ibu kita kena kuat yer ,....
ReplyDeleteSiannya luth..sebak hati tgk jarum kt tgn baby..sy mse duk wad lu pun sakit pkai mende alah tu..nikan plak baby..waaa =(
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletemujur tak ada berlaku apa2 serius..
xpela lyd, maybe nurse tu concern..takut tjadi apa2 kat luth.
ginilh perasaan seorg ibu lyd.... bla anak sakit sikit, air mata kt mudah je mgalir.. ianya dtg semulajadi... rasa kasih pd anak melebihi segalanya...
** muka luth ikut awak la.. comel sgt2...
kesian kat luthhh..jadi mangsa...tp nasib baik tak ada pape...luth sangat comel la..
ReplyDeleteComel betul Luth ni..
ReplyDeletesemoga Luth membesar dengan sihat dan kuat :)
saspen cikgu baca entry lyd ni..terkenang masa razin dlu..anak sulung, tiada pengalaman, airmata jela pengubatnya..dua2 anak cikgu mmg kena kuning dan sekali dgn cikgu le kena bermalam kat wad 3 hri 2 malam..macam holiday plak..huhu
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeleteapa2 pun semoga dipermudahkan segala urusan..
kesian luth.. syukur selamat
ReplyDeleteKesianya...Alhamdulillah sumenya slmat...hope phni luth shat2 n jd anak y soleh Amin. Comel sgt baby ni :)
ReplyDeleteKsiannya Luth... Nasib baik xde apa2. Mcmana lah blh berlaku kesilapan mcmtu. xpsl2 da kena drip. Ksian dia... Semoga luth akan sentiasa sihat selalu..
ReplyDeleteas-salam..sian luth..
ReplyDeletesabaq je la kan..
jap je dah hari ke 40 ye..
bila blk kl ?
punye lame sy tak datang sini akak dah ade baby baru.. weee... comel luth. siaht selalu ye.. ;)
ReplyDeletekesian pd luth...sy pun ada cite mcm nie jgk..gara2 kuning yg kritikal.nti sy update pd blog
ReplyDeletekesian baby luth...huhuhu
ReplyDeleteassalamualaikum lyd...alahai kesian nyer...;)
ReplyDeleteAlhaamdulllah tak der apa2. Siannya luth, tersedu sedu nangis yer. Sebak plak baca n3 ni sis.
ReplyDelete