Sejahteralah ke atas kamu......
Kelahiran Luth memberi banyak pengalaman baru untuk saya dan Mat
Azghul. Mula-mula sudah tentulah
pengalaman melahirkan Luth. Ya. Saya mengaku memang sakit bersalin itu sangat sakit. Sakitnya tak dapat dijelaskan dengan karangan
dan setiap wanita yang pernah melaluinya mungkin akan explain sakit itu dengan
cara mereka sendiri. Bagi saya pula, sakit yang saya rasai semasa bersalin itu
adalah seperti perut di ‘squeeze’ sehingga kulit perut itu tegang macam belon
yang ditiup terlampau tegang dan hampir pecah.
Rasa itu sampai menyebabkan saya rasa seperti nak demam. Dalam masa yang
sama rasa nak berak sembelit yang sakit tapi tak boleh teran. Rasa mencucuk-cucuk di sekeliling bahagian kandungan,
rasa sengal + lenguh + memulas terhimpun pada saat yang sama. Huhu.. Seram.
Orang kata, sesakit-sakit
bersalin tu akan serta-merta hilang.... bila sahaja kita tengok bayi yang kita
lahirkan . Tapi saya tak. Bila doctor letak bayi atas perut saya, saya seolah
terlupa yang kelahiran dia tu adalah sesuatu yang saya nantikan. Fikiran saya waktu tu tak ingat lain hanya
rasa trauma sehinggakan saya macam buat tak tau je dengan baby Luth waktu dia
menangis kat atas perut saya. Kehkeh. Melampau betul saya rasa. Otak pun blur je. Saya pun tak tau nak respon apa terhadap Luth
waktu saya tengok dia untuk kali pertama.
Hanya saya rasa gembira bila tengok jantinanya lelaki. Hah! Finally saya
taHu jugak walaupun Luth asyik berahsia je dengan kami sewaktu dia di dalam
kandungan saya.
Berada di hospital tanpa Mat
Azghul di sisi membuatkan saya sangat sayu.
Saya rasa lonely sangat. Rasa
hopeless. Hilang tempat bergantung. Setiap kali Mat Azghul datang pada waktu
melawat, baru la saya rasa seperti bernafas semula. Dan itu adalah satu lagi bukti yang saya memang sangat-sangat the very-very
perlukan Mat Azghul di dalam hidup saya. Waktu melawat hanya 4 jam. Arghh... Padan le muka kan. Next time
insyaAllah nak bersalin kat private plak. Semata-mata hanya nak Mat Azghul
sentiasa ada di sisi.
Malam pertama bersama Luth,
memang membuatkan otak jadi makin blur.
Dia pada waktu siang tu hanya tidurrrrrrr je. Saya kejutkan untuk menyusukan dia, dia buat
‘derkk’ je. Nurse yang ajar cara-cara
breastfeeding pun bantu kejutkan Luth tapi tak ada respon. Menangis tidak. Terjaga tidak. Rasa nak
menyusu pun tidak. Hanya tidur. Kata
nurse, itu mungkin kesan pain killer yang saya ambil pada 6 jam sebelum
kelahiran Luth. Tapi masuk je jam 7
malam, dia mula menangis dan celik mata then tidur-tidur ayam. Perasaan yang paling meruntun hati bila saya
lihat Luth menyusu susu dari badan saya untuk kali pertama. Subhanallah. Perasaan itu sangat indah. Rasa terharu sangat. Mat Azghul pun turut terharu melihat adegan
itu untuk kali pertama dalam hidupnya.
Kecilnya dia. Pandainya dia. Comel sangat bila mulut kecil Luth berusaha
bersungguh-sungguh untuk menyusu. Kami
sama-sama rasa nak menangis, tapi akhirnya kami sama-sama ketawa sebab
terlampau comel. Bila papa Luth balik selepas
waktu melawat tamat, tinggal la saya dengan Luth sahaja berdua. Dia terjaga untuk menyusu sebanyak 4 kali. Penatnya saya rasa sebab luka jahitan masih sakit dan terpaksa bangun
dan menyandar untuk menyusukan Luth. Dugaan.
Tapi saya hadapi dengan cool je
sebab saya ni biasanya memang takde perasaan pun.
Cukup la setakat ini sahaja entry
ini. Apa-apapun saya bersyukur dikurniai
suami yang melengkapi keperluan saya.
Bagi saya, memang Mat Azghul suami sempurna yang Allah pilih untuk
saya. Kelebihan yang ada pada dia ialah
sikap ‘nak participate’. Itu yang jarang ada pada kebanyakan lelaki.
ps 1 : entry ni mcm tak habis je. Dah takde idea la nok.
ps 2: terima kasih banyak-banyak untuk yang masih setia singgah blog ai ini. Saya minta maaf sebab tak sempat blogwalking. Tak sempat lagi. Masih terhegeh2 nak manage masa dengan buat kerja rumah sambil jaga Luth.
Ni masa hari ke 3. |
Pandai posing |
I love you too Luth |
Dibotakkan pada hari ke-8. Sepatutnya sunat hari ke7 tapi tak sempat nak cukur masa hari ke 7 tu. Tanda kat hidung tu dia sendiri cakor dgn kuku, |
Selamat kembali ke dunia blog. Dan selamat menyambut insan baru. Alhamdulillah...semuanya selamat. Lepas Luth besar sikit tentu dia nak adik pula...
ReplyDeletethanks JR for the wishes. Adik luth tunggu la 2 tahun lagi. Heheh.
Deleteassalamualaikum...
ReplyDeleteapa khabar.. macam mana skrg.? hopefully bertambah sihat ye.. kembali bertenaga.. mmg sakit kan nak bersalin.. cam saya dah rasa 2 normal dan 2 operate.. saya lebih prefer normal dari operate sbnarnya.. sbb operate tu sakit lepas bersalin.. tapi normal hanya sakit waktu nak bersalin.. ape pun syukur pada allah kerana memberi peluang untuk saya merasa kedua2 sakit itu.. :) now fiyya dah cecah 4 bulan.. :)
comel nye luth... :) dah cukur dia ya.. makin ringan ler kepala dia kan.. :) bila balik KL? hmmmm ape pun selamat berehat ye.. :) pelok cium utk luth..
Kabar baik Nani. Skrg ni dah sihat. Cuma letih sbb belum pandai betul2 manage masa. Tido pon sakit2 badan. Saya dgr pon operate lg susah nk jaga. Erm... awak untung la dpt rasa 2-2. Kejap je fiyya dh 4 bulan kan? Beza 2 bulan dgn Luth tpi nnt sekolah tak sama baya kan?
Deletealololo..tomey2nye dia...
ReplyDeletennt turn ko plak. Eh ke wife ko dah bersalin? Nnt aku skodeng blog mu.
DeleteLyddd...kembali berblog jua. Dah balik rumah sendiri ke ni?
ReplyDeleteAdoi..ngeri pulak saya baca pengalaman bersalin, camne nih..
Peluk cium utk Luth yg comel...semoga jd insan bertaqwa. :)
Ujiee.. lama tak g blog awk. Dah blk dah umah sndiri. Takpe ujie, bila tiba masanya pasti bleh hadapinya. Kalo ramai org boleh, ujie pun bleh.
Deleteassalamualaikum lyd...tahniah2 kerana telah dikurniakan seorang baby lelaki yg comel...;)
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mama, terima kasih...
Deletewelcome back kak lyd...sangat3x comel baby kak....Semoga menjadi anak yang solaeh. AMIN~
ReplyDeleteThanks Bahrain. InsyaAllah akan jadi anak soleh.
Deletecomelnyaaaa!! tahniah k.lyd..lama tak singgah sini taw2 dah ada baby..hehe seprais..tahniah again to k.lyd sekeluarga. :)
ReplyDeleteHa ah, lama dah awk tak dtg blog akak. Thanks awak for the wishes.
DeleteSalam Lyd
ReplyDeleteTertunggu2 saya berita dari awak..heheh..terharu jgk baca pengalaman awak menyusu tuh..apapun tahniah kerana telah menjadi seorang ibu utk bayi luth yg comel..don't worry awak akan enjoy the motherhood and luth akan merubah kehidupan awak berdua seterusnya..tumpang gembira nie..:) take care..
Slaam ummuaidan. Terima kasih. Skrg ni pun mmg hepi the motherhood moments and feelings. Mmg hidup berubah 360 darjah.
Deleteas-salam..lyd..miss u :)
ReplyDeletealahai omeinya dia :)
tahniah dari ciksu ye..
Salam ciksu. Miss u too la. Thanks ye ciksu.
Deletecomelnya luth..aunty rse nk yumm la...=)
ReplyDeleteHahaha... bahye ni kena sorok luth, nnt aunty kunyah dia.
Deletelama x blogging...
ReplyDeletepipi Luth ada gaya ibu dia tu.. hehehe
ReplyDeleteEnjoy your motherhood coz not everybody is given this gift. Satu tanggungjawab yg besar utk membesarkan kurniaan tak ternilai dari Allah - anak. Sama-samalah kita berusaha utk buat yg terbaik & moga diredhai Allah.
ReplyDeleteala2.. comelnyer luth.. :)
ReplyDeletebetul..org kata hilang sakit bila tgk baby..takde mana hilangnya...rasa lagi ngeri adalah..sebab lepas tu nak kena jahit pulak...
ReplyDeleteThanks for any other informative web site. The place else may just I am getting that kind of info written in such an
ReplyDeleteideal method? I've a project that I'm simply now working on, and I
have been on the look out for such info.
Take a look at my web-site :: http://www.ideclare.com/
tahniah...semoga luth membesar sebagai anak soleh ;)
ReplyDeleteenjoy your motherhood btw
Alhamdulillah selamat dah yea... comelnye si Luth tu ^_^
ReplyDeletetahniah , terlambat wish, apapun hati pasti lega lepas selamat melahirkan yer! Moga anak & ibu terus sihat sejahtera ye ! sagtu pengalaman paling berharga dalam hidup kita kan !
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah ya.. Comel luth.. :D
ReplyDeletewaaaaa.... sy terlepas entry nih...huhuhuhu baru perasan.. bestnya ada pegalamn yg tak dpt dilupakan... ini...
ReplyDelete#terigin nk ada baby jgk...hahahahaha :P
SubhanALLAH anak awak sangat2 comel
ReplyDeleteni yang rasa nak beranak ni
hehehe
suk baby newborn tapi rasa dah tak larat beranak
cukup 4 kali
tapi bile tengok newborn comel2 gini rasa geram nak uli2....hehehhe
mana boleh uli anak orang so terpaksa ada anak sendiri untuk diuli ;p
semoga semuanya dipermudahkan untuk awak ya
inshaaALLAH pengalaman mendewasakan dan makin meningkatkan skill parenting kita day by day
good luck dan semoga sentiasa dirahmati ALLAH :)